Saturday, February 27, 2010

"REUNION MAJMUAH 6"

Reunion Majmuah 6

Alhamdulillah penulis di beri kesempatan untuk mengimarahkan "REUNION MAJMUAH 6" di taman jaya pada pagi tadi. Walaupun pada mulanya agak keberatan untuk join sama tp penulis cuba juga mguatkan diri untuk bersama-sama dgn shbt2 majmuah 6 dr nilam puri tersebut. Al-maklumlah terasa sedikit segan kerna penulis bukan berasal dr nilam puri yg asli.

Namun tetap pnjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi ats kesempatan yg diberikan olehNya untuk penulis mentautkan ukhwah di antara teman2 dr "majmuah 6" Ukhwah tidak akan pernah kenal sesiapa atau dari mana ia datang. Yang penting seseorang itu cuba mengambil peluang sedaya dan sebanyak yang mungkin untuk mentebarkan "ROH UKHWAH" di muka bumi Tuhan ini. Terima Kasih Ya Rabb Ats Ukhwah ini!!

Sepanjang tautan ukhwah bersama "majmuah 6" :-


Menunggu Kehadiran teman2 yg lain):-

Sesi ta'ruf ringkas

Tekunnya mdgr!

Bersama anak kpd shbt dr majmuah 9

JOm mkn sesame

Syukran jazilan buat semua shbt "MAJMUAH 6" ats kebersamaan ini. Mohon maaf andai tdpt khilaf sepnjang ana bersama kalian semua. Minta halal dunia akhirat...

Kenapa Bersikap Assobiyah

Larangan Islam Terhadap Nasionalisme

Nasionalisme merupakan suatu konsep yang sangat berbeza dengan Islam, sebab ia menyeru kepada kesatuan berdasarkan pada ikatan kekeluargaan dan kesukuan , sementara Islam menyatukan manusia berdasarkan pada Aqidah, iatu keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya SAW. Islam menyeru ummat nya bersatu berdasarkan ikatan ideologi Islam. Menyatukan manusia berdasarkan ikatan kesukuan jelas dilarang.

Diriwayatkan dari Abu Daud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
"Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assobiyah(nasionalisme/sukuisme), orang yang berperang kerana assobiyah serta orang-orang yang mati kerana assobbiyah"

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW ketika berbicara mengenai masalah nasionalisme, rasisme dan patriotisme, telah bersabda,
"Tinggalkanlah, ia tidak berguna"( Bukhari dan Muslim)

dan dalam Hadis yang ditulis oleh Misykat al masabih, Rasulullah SAW berkata :
"Dia yang menyeru kepada Assobiyah laksana seorang yang mengigit kemaluan ayahnya."

Di ceritakan oleh At-tabrani dan Al-hakim bahawa dalam suatu insiden beberapa orang memperkatakan dan merendah-rendahkan Sahabat Salman Al Farisi. Mereka membicarakan inferioriti orang Parsi dibandingkan dengan orang Arab. Ketika mendengar hal ini Rasulullah SAW, menyatakan dengan tegas "Salman adalah sebahagian dari kami, Ahlul Bait (keluarga Rasul)". Pernyataan Rasulullah SAW ini memutuskan seluruh ikatan berdasarkan kepada faktor keturunan dan kesukuan.

Juga kisah dalam dua riwayat yang berbeza oleh Ibnu Al-Mubarak dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah, bahawa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar berkata kepada Bilal, "Kamu anak seorang budak hitam" Rasulullah SAW yang mendengar perkara ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan bersabda: "Ini keterlaluan Abu Dzar". Orang yang ibunya berkulit putih tidak mempunyai kelebihan yang membuatnya menjadi lebih baik daripada seorang yang ibunya berkulit hitam". Peringatan ini meninggalkan kesan yang amat dalam diri Abu Dzar. Ia kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahawa ia tidak akan mengangkatnya selagi Bilal belum menginjakkan kakinya ke atasnya.

Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa ikatan nasionalisme tidak mendapat tempat sama sekali dalam Islam. Kaum muslimin diperintahkan untuk berdiri bersama-sama dan tidak memisahkan diri antara satu sama lain hanya kerana mereka berasal dari suku kaum yang berbeza. Rasulullah SAW juga bersabda:

"Orang-orang yang beriman, dalam kecintaannya, kasih sayangnya dan persatuan yang kuat, laksana satu tubuh; ketika satu bahagian tubuh men derita sakit , maka seluruh tubuh akan merasa sakit dengan mengigil dan demam."

(H.R Muslim)

"Orang-orang yang beriman seperti satu tubuh; jika matanya sakit, maka seluruh tubuhnya akan merasa sakit." (Muslim)

"Orang Arab tidaklah lebih baik dari orang bukan Arab. Sebaliknya, orang bukan Arab juga tidak lebih baik dari orang Arab. Orang berkulit merah tidak lebih baik dari orang berkulit hitam kecuali dalam ketqwaannya. Umat manusia adalah anak cucu Adam dan Adam diciptakan dari tanah liat."(H.R. Bukhari dan Muslim, dari Abu Musa)

Perkara ini bererti bahawa orang-orang Islam, baik keturunan Cina, India, Melayu, Jawa, Afrika, Eropah mahupun Asia, merupakan umat yang satu dan mereka tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Seharusnya tidak ada satupun ikatan nasionalisme pun yang dapat memecahbelahkan kesatuan ummat Islam. Allah berfirman sebagai berikut:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara." (Al-Hujurat:10)

Thursday, February 25, 2010

“From Nothing, To Be Something”


Class fiqh mawarith dan tartil batal. Tak terhinggalah rasa seronoknya hati penulis waktu itu. Al maklumlah, hari itu penulis rasa agak kepenatan sedikit. Balik rumah ingat nak tido tp lain yang jadi. Itulah kehidupan, sesuatu yg kita tidak rancang yang kita lakukan walaupun pada asalnya kita dah merancang untuk melakukan sesuatu yang lain.

Penulis mengadap laptop dan ketika itu alhamdulillah idea yang mencurah-curah datang untuk mengarahkan pena ini menulis lagi. Kali ini ia mengfokuskan untuk berbicara tentang “KUPU-KUPU”! Kenapa mesti tentang kupu-kupu??? Ini kerana penulis teruja untuk mengaitkan antara kupu-kupu dengan kehidupan ini sendiri. Lagipun binatang yang bernama kupu-kupu ini mempunyai nilai tersendiri dalam diri penulis. Jom kita terjah apa kah ia!!!

Seekor kupu-kupu cantik baru bisa terbang dengan cantik setelah melalui sebuah perjuangan yang cukup berat dan dilakukan dengan sungguh-sungguh dalam sebuah metamorfosis yang luar biasa. Bermula dari ulat, kepompong kemudian secara perlahan-lahan ulat berusaha dengan sekuat tenaga keluar dari lubang kecil. Melalui lubang kecil itu, sayap kupu-kupu mulai terbang sempurna. Ia dapat terbang dan memperolehi kebebasannya. Tanpa disedari, ulat yang tadi telah menjadi seekor kupu-kupu cantik sesuai dengan warnanya.

Layaknya kupu-kupu, manusia tidak hanya sekadar mengikuti siklus kehidupan yang telah ada. Maknanya di sini, manusia harus dapat mengambil titik baik dalam sebuah kehidupan untuk berubah menjadi ke arah yang lebih baik dan sempurna. Dalam metamorfosa, manusia diberi kebebasan oleh Tuhan untuk memilih, apakah manusia akan memilih untuk menjadi seorang yang (pendosa) atau menjadi takwa? Tuhan telah mendorong manusia untuk membersihkan jiwanya agar mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat. Dalam hidup ini banyak sekali pilihan, jika kita ingin menjadi takwa, maka kita harus bijak memanfaatkan potensi yang diberikan Tuhan kepada kita.

Perjalanan hidup manusia dari zaman pertengahan remaja hingga menginjak ke zaman akhir remaja adalah gerbang menuju kedewasaan. Di masa ini manusia digembleng menjadi seorang yang berpribadi yang kuat dan baik samada memalui pendidikan formal ataupun pendidikan non formal. Selain kegiatan akademik, kegiantan non akademik juga membantu membentuk karakter yang matang, dewasa dan bersiap sedia menghadapi mehnah dan cabaran hidup ini. Tidak hanya sekadar tahu menikmati masa muda. Kita diharapkan bisa memanfaatkan masa muda dengan mengikuti kegiatan-kegiatan yang bermanfaat. Jadikan masa muda yang sedang dijalani bisa bererti bagi diri sendiri mahupun orang lain, sehingga kita menjadi to be something. Kita harus menyedari bahawa proses yang sedang kita jalani ini merupakan proses metamorfosa. Kesabaran dan sikap berhati-hati sangat diperlukan pada peringkat proses ini agar menjadi manusia yang seutuhnya (insanul kamil). Kita harus mempersiapkan planning dalam hidup untuk menghadapi hari esok. Jika ada seseorang yang masih bersikap dengan ikut-ikutan semata-mata (belum bisa menentukan sikap) bagi menghadapi pergolakkan dunia yang begitu bebas, saya katakan bahawa manusia tersebuat gagal melalui proses metamorfosa. Metamorfosa bukan sekadar kata, tetapi memerlukan tindakan dan motivasi yang kuat untuk melewatinya. Memerlukan tahap-tahap perjuangan yang berat sehingga ia memiliki sesuatu yang memadai. Tuhan menjelaskan dalam Al-Qur’an bahwa manusia masih harus berjuang untuk menyempurnakan dirinya.

“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya. Sesengguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya." (Q.S Asy-Syams: 7-10)

Manusia bebas menentukan sikap, tetapi bukan bererti sebebas-bebasnya tanpa ada aturan dan batasannya. Di sana harus ada aturan yang harus dipenuhi. Ada beberapa hal yang perlu disedari oleh manusia yang sedang melakukan metamorfosa:

1. Menetapkan Tujuan Hidup

Sebagai makhluk ciptaan Tuhan hendaklah kita menyedari tujuan hidup yang sedang dijalani. Mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat serta memperoleh redha-Nya adalah dambaan setiap manusia. Ke mana arah yang dituju haruslah jelas. Bisa penulis analogikan bahawa jalan yang lurus adalah jalan yang terdekat untuk memperolehi kebahagiaan dan penyempurnaan. Maka jelaslah di sini, bahawa Tuhan adalah tujuan utama dan akhir bagi setiap manusia.

2. Temukan Jalannya

Untuk mencapai tujuan hidup yang dimaksudkan, manusia hendaklah menyiapkan alat untuk membantu apa yang di inginkan itu menjadi realiti. Lingkungan tidak memaksa kita untuk harus seperti bagaimana dan menjadi apa kah kita ini. Kita sendiri yang akan menentukan siapa diri kita. Selain teman yang bisa membantu menemukan jalan, kita harus berusaha melalui tahap metamorfosa secara sendiri sehingga hasil yang diharapkan bisa optimal. Mulailah berazam dengan mencuba menjadi kupu-kupu yang cantik yang disenangi banyak orang, mencari jalan yang diredhai-Nya dengan melaksanakan ajaran Al-Qur’an dan sunnah rasul-Nya.

3. Beramal
Melakukan amal dengan mengoptimalkan semua potensi yang dimiliki sebagai manusia ciptaan Tuhan, sehingga kita bisa menjadi to be something yang diharapkan sejak awal. Amalan yang dilakukan tidak serta-merta menjadikan kita manusia yang hebat, malah ada tahap-tahap yang mesti kita lalui. Selangkah demi selangkah menjejaki jalan yang penuh berliku. Dengan mengoptimalkan potensi yang ada, maka akan tercipta pribadi yang seutuhnya. Manusia tidak boleh membiarkan dirinya terjerumus kepada pendustaan. Kita hendaklah senantiasa membekalkan diri dengan elemen ilahiyyah (ketuhanan) yang menjadikan kita meraih hidup yang barokah.

Dengan semboyan “Aku pikir, Aku rasa, maka Aku bisa”. Yakinlah, bahawa diri kita akan menjadi manusia yang utuh tanpa membenarkan diri kita terumbang-ambing oleh arus.

Menjadi seorang aktivis akan melatih kita untuk menghadapi kegagalan hidup, pengalaman demi pengalaman bisa didapatkan di dalamnya. Proses pendidikan baik formal mahupun non formal sanggat membantu membentuk karakter. Siapapun yang sedang menjalanai proses metamorfosa dengan manjadi mahasiswa hendaklah memanfaatkan waktunya dengan seoptimal yang mungkin. Gunakan kesempatan “study” ini di samping jua aktif dalam organisasi kerna aktif dalam organisasi bisa melatih kita menjadi manusia dewasa baik dari segi kognitifnya mahupun psikomotor.

Melalui proses metamorfosa, menyedarkan kita adanya hikmah di sebalik sebuah proses itu. Kupu-kupu tidak menyesal melewati proses yang begitu rumit dan melelahkan seperti itu. Melalui proses ini kita belajar dan mengambil iktibar bahawa kita tidak akan mudah menyerah kalah menghadapi cubaan serumit apapun.Kita relatekan dalam perjuangan kampus sesukar mana sekalipun cubaannya, aktivis tetap akan istiqomah dalam perjuangan tersebut.

Kupu-kupu yang cantik dan indah itu tentunya akan berusaha untuk menjadi to be something.

Wednesday, February 24, 2010

Maulidur Rasul :- "Kekasih Sepanjang Hayat"



TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.


Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.

Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh.

Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul?

Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda.

Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

# Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

# Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

# Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

# Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

# Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

# Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

# Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

# Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Kahwin Kerna DIA kah Aku???

Sedikit kesempatan untuk penulis ambil bagi berbicara tentang “soal perkahwinan”. Seharusnya dalam membicarakan soal ini, kita perlu bersifat matang dan merujuk berdasarkan al-quran dan as-Sunnah. Moga perkongsian ini mampu melebarkan roh “THE POWER OF SHARING” ini ke setiap ruang hati2 manusia yg ingin hatinya di lawati…

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia.


Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi.

Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari.

Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan.

Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka.

Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.

“Kriteria Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.

“Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas,” katanya.

Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

“Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti.” (Riwayat Abu Hurairah)

Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya.”

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri.

Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri.

Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh.

“Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari.

“Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.

“Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya.

“Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.

“Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik,” katanya.

Di sini, penulis mengambil kesempatan untuk mgucapkan tahniah kpd shbt penulis sendiri "infazah mohd razali" insyallah yg akn mlgsungkan perkhwinannya bln 6 nanti dgn "akhi mohd fikri". Penulis doakan moga Allah mempermudahkan segalanya...Bercinta sampai syurga dan miliki cinta insani yg halal dcc Allah...

Air Mata Insan

PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:


1- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2- Menangis kerana rasa takut.
3- Menangis kerana cinta.
4- Menangis kerana gembira.
5- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6- Menangis kerana terlalu sedih.
7- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10-Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

# Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
# Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
# Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

# Apabila dahinya berpeluh.
# Air matanya berlinang.
# Hidungnya keluar cecair.


Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Monday, February 22, 2010

Jom pakat mai ramai2!!

Thursday, February 11, 2010

Rehlah Lughotul Arabiyah

menikmati makanan di restoran al-rawsha

wakil kedutaan jordan

Melawat di kedutaan jordan

Ukhwah menjalar di sini


ksian kuda, di apit oleh kami...

insyallah ibu mithali.hehe

sama tp serupa!!

Baru sampai di zoo negara

Saturday, February 6, 2010

Suka-Suki Memori PRK 2010


Jgn perbodohkan MAHASISWA!


Bantah2x E-Voting


Bersama pengasas PERNIM "Norlina alawi

Muslimat kuat!!!!

Menunggu pjelasan dr NC dan TNC bhubung pyelewengan yg berlaku dlm prk


Tuesday, February 2, 2010

Jom kita sesama to-pup ilmu di kuliah magrib hari ini

Keputusan p'raya kampus UM digantung




Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.
Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.
Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.
Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.
Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.
Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.
Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.
Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.
Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.
Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.
Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.
Sebaliknya, Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat dan disambung semula selepas itu.
Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.
Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.
 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes