Sunday, March 28, 2010

KEMPEN JAUHI ZINA

Thursday, March 11, 2010


MARI KITA SEMUA PI KONGRESS MAHASISWA!!

Tuesday, March 9, 2010

SESAMA MUSAFIR!!


AKU BUKAN SEORANG GURU, HANYA SESAMA MUSAFIR YANG KAU TANYAI ARAH. AKU MENUNJUK KE ARAH DEPAN, KE DEPAN DIRIKU SENDIRI, DAN KE DEPAN DIRIMU...

Saturday, March 6, 2010

Suntingan Input Daripada "Forum ‘Universiti Diliwat


Alhamdulillah, Forum ‘Universiti Diliwat’ yang diadakan 4 Mac Forum bertempat di Chinese Assembly Hall mendapat sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran peserta dari pelbagai kampus.

Tiga orang panelis yang dijemput juga menjadi daya penarik kepada forum itu. Mereka ialah saudara Hisyamuddin Rais,Prof. Azmi Syarom(pensyarah undang-undang Universiti Malaya) dan saudara Shazni Munir(pengerusi Solidarity Mahasiswa Malaysia) yang menggantikan Prof. Aziz Bari. Saudara Syafiq Aziz dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertindak selaku moderator.

Forum ini menyentuh mengenai pelaksanaan e-undi,demokrasi kampus dan pandangan panelis mengenai aksi-aksi mahasiswa mutakhir ini. Antara input dan info yang kita dapat ambil dari panelis forum ini ialah:-

1- Saudara Hisyamuddin Rais ketika menyeru kepada semua aktivis-aktivis mahasiswa agar menggunakan medium yang ada seperti ‘you tube’, facebook dan lain-lain dengan semaksima mungkin kerana medium ini merupakan medium yang tidak dapat disekat oleh kerajaan. Sebagai mahasiswa kita perlu bijak menggunakan segala peluang dan ruang yang ada bagi menyatakan suara-suara kebenaran.

2- Prof. Azmi Syarom pula menegaskan sebagai generasi muda yang sentiasa mempunyai idea baru, mahasiswa perlulah lebih berdikari dan tidak hanya menjadi pengikut kepada pihak yang berkepentingan. Beliau juga turut menyelar tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang mencampuri urusan mahasiswa terutama yang berkaitan pilihan raya kampus.

3- Hujah Prof. Azmi Syarom ini juga disokong oleh saudara Shazni Munir yang mengatakan suatu ketika dahulu semua aktiviti mahasiswa termasuk pilihanraya diuruskan oleh mahasiswa sendiri, dan sewaktu itu Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak diwujudkan lagi sekaligus menyaksikan majoriti mahasiswa lebih berdikari dan proaktif berbanding mahasiswa hari ini yang sering dituduh sebagai mahasiswa lesu.Beliau juga menegaskan pertembungan antara dua pihak di semua universiti bukanlah pertembungan antara pihak mahasiswa tetapi antara pihak mahasiswa dan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Melalui forum tersebut, diharapkan dapat memberi semangat dan keazaman kepada para mahasiswa agar berhenti dari terus dibodohkan oleh pihak yang berkepentingan. Student power3x!

“MAHASISWA BIJAK ADALAH MAHASISWA YG TAHU MENILAI”

Tuesday, March 2, 2010

المحبة

أحبك حبين حب الـهوى # وحب لأنك أهل لذاكا

وأما الذي هو حب الهوى # فشغلي بذكرك عمن سواكـا

وأما الذي أنت أهل له # فكشفك لي الحجب حتى أراكا

فلا الحمد في ذا أو ذاك لي # ولكن لك الحمـد في ذا وذاكـا

Aku mencintai-Mu dengan dua cinta
Cinta yang timbul dari kerinduan hatiku dan cinta dari anugrah-Mu
Adapun cinta dari kerinduanku
Menenggelamkan hati berzikir pada-Mu daripada selain Kamu
Adapun cinta yang dari anugrah-Mu
Adalah anugrah-Mu membukakan tabir sehingga aku melihat wajah-Mu
Tidak ada puji untuk ini dan untuk itu bagiku
Akan tetapi dari-Mu segala puji baik untuk ini dan untuk itu”.

إلهى لو كنت أعبدك خوفا من نارك فأحرقني بنار جهنم

وإذا كنت أعبدك طمعا في جنتك فأحرمنيها

وإما كنت أعبدك من أجل محبتك فلآ تحرمني من مشاهدة وجهك

“Wahai, Tuhan! Apabika aku beribadah kepada-Mu hanya karena takut kepada neraka-Mu maka bakarlah aku di neraka-Mu. Dan apabila aku beribadah kepada-Mu hanya menginginkan surga-Mu maka keluarkanlah aku dari surga-Mu. Tetapi, jika aku beribadah kepada-Mu hanya untuk-Mu semata, berikanlah kepadaku keindahan-Mu yang abadi “.

المخلص
عأيشة ابراهيم

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes