Saturday, May 22, 2010

MISI KAHERAH: "Bukakan matamu" atau "Celikkan Hatimu"

Hatiku kembali tenang...

Alhamdulillah,selamat sudah kakak ku berperang di medan bilik bersalin dan telah selamat melahirkan seorang "CAHAYA MATA PEREMPUAN" tepat jam 9.08pm (Jumaat) setelah mengharungi pelbagai dugaan.Berazimatkan Firman-Nya (mafhumnya):
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu melakukan taat dan menghadapi musibah, teguhkanlah kesabaran agar kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah kamu beruntung merebut syurga dan bebas dari neraka". Syukur alhamdulillah ats nikmat dan pemberianMu....Hatiku kembali tenang untuk meneruskan misi ke Kaherah "Kembara Lughoh Arabiyah" setelah mengharungi dugaaaNya...

Lambaian Kaherah
...
Terasa "Bumi Kaherah" sedang melambai-lambai kami! Insyallah malam ini penulis bersama lebih kurang 30 orang sahabat yang lain akan berangkat ke Kaherah Mesir, flight pada jam 1pagi. Buat siapa yang pernah mengenali jasad ini, mohon maaf dunia akhirat jika terdapat sebarang kekhilafan terutama buat dua orang tuaku dan sahabat baik ku Aiman Ruslan...

Bermusafir adalah masa yang terbaik untuk ku melakukan perubahan atau anjakan paradigma dalam hidup ini. Sesuai dengan tema musafirku kali ini, 'Bukakan matamu'atau 'Celikkan Hatimu'. Berazimatkan dan bermotivasikan firman Allah ini, "Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (QS. An Nisaa 4:100). Moga Allah permudahkan buat kami semua...

Dengan bermusafir, bermacam perkara yang boleh kita perhatikan sepanjang perjalanan. Di kala mata melihat keindahan alam ciptaan Allah, mulut dan hati bertasbih memuji kebesaranNya. Kita juga boleh mengambil pelajaran dari akibat orang-orang kufur yang terdahulu, sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran : "Maka mengapakah mereka itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kufur yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri Akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?". (QS Yusuf 12 : 109)

Teringat penulis pada kata-kata seorang guru Sejarah, ( Cikgu Syibli) sewaktu di tingkatan 6 "STPM". Kata beliau "kalau kamu nak berubah jadi orang, kamu kena keluar dari kampung ni." Kata-kata yang takkan penulis lupakan sampai bila-bila. Kata-kata itu jugalah yang telah menjadi motivasi buat saya untuk berjaya melangkah keluar dari ruang lingkup kehidupan biasa menuju ke arah yang lebih baik peringkat demi peringkat sehingga sekarang.

Penulis tidak kata, yang tinggal di kampung itu tidak baik, tetapi hakikat kehidupan manusia itu perlukan perubahan dalam hidupnya dari semasa ke semasa. Dengan melangkah keluar itu, kita dapat melihat dunia luar yang lebih mencabar, membuka mata hati, belajar banyak benda baru dan sedar akan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Mengambil peluang dan ruang sebanyak mungkin untuk mengajar diri ini tentang erti hidup yang sebenar. Sebagaimana firman Allah:
"Dan beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir (yaitu)orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."(QS. Ali 'Imran, 3:191)

Nantikan kedatangan kami "UNIVERSITI AIN SHAMS"!!

Thursday, May 20, 2010

"Selamat Hari Guru"

Merekalah muaddib, murabbi dan mualim dalam mendidik pelajar. Berazimatkan firman Allah di dlm Surah al-Maidah, ayat 56, yg bermaksud: Dan sesiapa yg mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama)Allah itulah yang pasti menang". Selamat Menyambut Hari Guru kpd semua barisan pendidik dan tenaga pengajar di seluruh Malaysia khususnya WARGA SMPI 07/08 yg bakal bergelar seorang murabbi nanti.

Selamat hari guru khusus buat semua insan yg pernah mendidik diri ini walau hanya untuk mengenal huruf Alif. Semoga Allah merahmati usaha serta jasa kalian dlm mendidik diri yang lemah lagi faqir dan jahil ini. Moga diri ini menjadi "murobbi sejati" suatu hari nanti...

DEMONTRASI BANTAH JUDI!!

Demontrasi seluruh negara bantah judi esok

PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima demonstrasi di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Perhimpunan yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, demonstrasi di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (al-Quran al-Maidah 5:90).

Ats nilai iman dan taqwa inilah pemimpin agama, mufti mahu pun NGO dan
orang politik hendaklah bersama-sama membetulkan pembelotan kuasa dan
budaya berjudi yg ditanam oleh kuasa Barisan Nasional. Peringatan
Allah SWT telah jelas, judi adalah budaya kotor yang wajib dihindari
dan ia merupakan larangan tegas agama agar setiap pihak menjauhinya.
Natijahnya judi, seumpama arak dan lain-lain perbuatan syirik adalah
termasuk di dalam lembah kedurjanaan yang menghalang kejayaan ummah...

Sunday, May 16, 2010

"Mahkamah Syariah Versi Acuan 1 Malaysia??"


Alhamdulillah masih diberi nikmat bernyawa olehNya dalam mengharungi liku-liku hidup yang masih berbaki ini. Syukur tidak terhingga juga kerna Allah masih memberi kudrat serta kekuatan untuk pena ini terus menulis.Terima Kasih Ya Rabb...Kali ini penulis cuba untuk merespon isu "ORANG BUKAN ISLAM BOLEH MENJADI PEGUAM SYARIE".

Kini HUKUM ISLAM dalam Mahkamah Syariah sudah jadi kucar kacir akibat pemikiran sekular sesetengah pemimpin yang mengharuskannya. Di mana Mahkamah Syariah kini boleh dikendalikan oleh orang BUKAN ISLAM atau dalam erti kata lain adakah ini dipanggil "Mahkamah Syariah Versi Acuan 1 Malaysia"?!

Seorang wanita yag bukan beragama Islam baru-baru ini telah memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil dalam usaha awalnya untuk menjadi seorang PEGUAM SYARIE di Wilayah Persekutuan.

Manakala Hakim yang memberikan kebenaran itu adalah seorang Melayu Muslim iaitu Datuk Mohd. Zawawi Salleh telah MEMBENARKAN "Victoria Jayaseele Martin" mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.

Komentar Penulis

Kita lihat situasi di Malaysia sekarang semakin genting. Yang meluluskan permohonan ini adalah orang Melayu sendiri, beragama Islam. Sejauh mana kefahaman orang bukan Islam ini tentang Islam? Kita sebagai orang Islam sendiri pun saya yakin belum cukup tinggi ilmu kita tentang Islam. Dan sekarang kita nak masukkan seorang yang bukan Islam untuk mengendalikan kes-kes berkaitan agama Islam.

Mengikut Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan hanya warganegara beragama Islam layak memohon dan beramal sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Syariah. Sebagai peguam di Mahkamah Syariah, mereka perlu berhujah dengan menggunakan dalil al Quran, al-Hadith yang berlandaskan hukum syarak. Keputusan hakim membenarkan orang bukan Islam bertindak sebagai peguam di Mahkamah Syariah bererti mereka akan merendahkan taraf al-Quran dan meletakkan hukum syarak pada tahap yang sangat rendah.

Konsep 1Malaysia dan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menepati kehendak rakyat Malaya negara ini yang kini seperti carcamerba. Sekarang ini dalam era 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' semuanya boleh asalkan ianya menepati konsep "1 MALAYSIA". Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menentang keras keputusan hakim tersebut pun tidak dapat menggunakan bidang kuasanya sebagai Penguatkuasa Agama. Syabas para perjuang UMNO!!

Sistem kehakiman Islam menekankan keadilan yang tinggi dan tidak membenarkan ia digunakan dalam keadaan yang boleh menimbulkan kezaliman. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:

" Jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil". (al-Maidah: 42).

Sepatutnya, umat Islam berusaha memartabatkan undang-undang syariah kerana ia berasaskan keadilan di bawah neraca Allah. Islam melarang umatnya mengambil hak orang lain dengan jalan batil. Ini ditegaskan menerusi firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud:-

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya"(al Baqarah:188).

Wallahu a'lam...





Wednesday, May 12, 2010

KERAJAAN LULUS LESEN JUDI, RAKYAT MESTI BANGKIT !!


Tahniah 1Malaysia kerna luluskan lesen judi

Akhbar Harian Cina, Sin Chew Daily kelmarin melaporkan kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara rasmi meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya. Ini menjadikan Kumpulan Berjaya sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak di negara ini yang memiliki lesen sah mengikut perundangan negara.
Tahniah Kerajaan 1 Malaysia "UMNO/APCO" kerna telah menghalalkan judi secara tidak langsung tegahan firman Allah seperti di bawah ini di letakkan di belakang. Inilah hasil acuan UMNO/APCO wujudkan!!

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa ... See Moremanfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Kebiadapan kerajaan BN tidak boleh dibiarkan kerana kita bimbang lebih banyak lagi lesen judi akan diluluskan pada masa depan kerana perniagaan judi memang mendapat sambutan hangat dan kerajaan sudah tentu gembira kerana wang cukai akan bertambah.Tanpa menghiraukan HALAL atau HARAM kerajaan BN terus bergelumang dengan dosa dan pada masa yang sama mengajak dan menggalakkan rakyat berjudi.

Rakyat Harus Bangkit

Kerajaan 'Parti Islam' Umno meluluskan lesen judi bertaruh bola tanpa segan silu dan takut kepada Allah. Rakyat yang mengundi BN turut sama dapat 'SAHAM' luluskan lesen judi.RAKYAT MESTI BANGKIT TUKAR KERAJAAN PADA PRU KE 13 NANTI.

Ekoran daripada itu esok akan diadakan "DEMONSTRASI AMAN" bagi membantah sikap Kerajaan Malaysia yang enggan membatalkan kelulusan lesen judi Piala Dunia dan Konsert 12 jam Pitbull di Masjid Jamek Kampung Baru.!Rakyat tidak boleh duduk diam dan memerhatikan pemimpin negara membuat keputusan yang jelas melanggar hukum Islam dan norma agama2 lain.

Oleh itu, RAKYAT HARUS BANGKIT!!!

Monday, May 10, 2010

Kerajaan 1 Malaysia : Haram Pada Politik Masjid, Halalkan Arak Judi


Alhamdulillah, penulis telah selamat sampai di kampung halaman tercinta walaupun hati agak bercampur rasa sedih kerna meninggalkan bumi campus UM seketika, yang telah banyak mengajar diri penulis tentang erti perjuangan. Sempat membaca komen akhi Wan Afifi dalam facebook tadi "
hilang sorang lagi tenaga DAIE di kampus...semoga keberadaan di luar, dirasai..." Tetiba komennya membuatkan penulis terfikir sejenak, betapa besarnya tanggungjawab kita dalam menjadi seorang daie. Moga redha Allah menjadi milik para penolong agama Allah dan moga dengan ruang dan kesempatan yang Allah berikan untuk berada di tanah arab Kaherah Mesir nanti dapat dimanfaatkan seboleh mungkin demi agama Islam.Ameen...

Masih panas dengan isu kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010. Ini adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus sebagai seorang yang beragama Islam.

Apakah dengan memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata-mata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

Di sini, penulis cuba bawakan perbandingan antara dua negara iaitu antara negara Malaysia dan Norway dalam bab berkaitan arak dan judi bagi membuatkan kita boleh berfikir dan menilainya dengan lebih bijak. Insyallah...

IKLAN ARAK SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DI NORWAY!!


Norway adalah salah satu negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran UMNO/APCO???

Penulis sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Selain itu, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

Jelas kepada kita, UMNO hanya "menanam tebu di bibir". Mereka heboh dalam bab "kalimah Allah" tapi benda yang jelas haram seperti arak dan judi, UMNO boleh biarkan serta galakkan macam itu sahaja. Walaupun Norway tidak mengharamkan arak sama sekali, namun segala bentuk iklan arak diharamkan di Norway. Sebagai contoh pada 2008, sebuah pasukan bolasepak dari England bernama Everton FC telah menentang sebuah pasukan bolasepak Norway bernama SK Brann. Everton FC mengiklankan jenama beer “Chang” di atas jersey bolasepak mereka.

Namun, sewaktu mereka bermain di Norway, mereka terpaksa bermain dengan jersey kosong kerana undang2 Norway mengharamkan iklan arak dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Padahal, di waktu biasa, pemain yang sama seperti diatas akan memakai jersey seperti ini:
IKLAN ARAK DI MALAYSIA TIDAK HARAM

Berbeza di Malaysia, arak masih boleh diiklan di akhbar-akhbar bukan Melayu, di panggung-panggung wayang dan di beberapa media yang lain. Malahan, pada satu masa dahulu, Carlsberg telah menjadi penyumbang kepada Sukan Komenwell dan ianya dilakukan secara terbuka.Yang menghairankan adalah Norway adalah negara bukan Islam, tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Rasmi” di dalam perlembagaan Norway, tiada slogan seperti Islam Hadhari dan hampir tiada orang Islam di negara Norway.

Tapi kita lihat, undang-undang arak lebih ketat di Norway berbanding Malaysia. Norway berpendapat kalau diizinkan iklan arak hanya akan menggalakkan lagi rakyatnya minum arak. Kesan dan impaknya nanti, masalah ketagihan arak di Norway akan bertambah buruk dan tidak dapat dikawal. Norway adalah negara yang lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia namun, mereka lebih ketat mengawal arak berbanding Malaysia. Inilah acuan dan kesan pemerintahan kerajaan UMNO/APCO!!

MELAYU/ISLAM DUDUK DI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK

Pada masa yang sama juga, UMNO mengizinkan orang Melayu Islam dilantik menduduki Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor. Melayu Islam diizinkan Kementrian Kewangan (bawah UMNO) untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan Guiness Anchor. Itu tandanya UMNO menyokong industri judi dan arak di Malaysia.

Kesimpulannya, UMNO bersikap munafik dalam isu arak. Di hadapan rakyat umum, mereka bersandiwara kononnya berjuang Islam. Tapi, hakikat sebenarnya mereka adalah penaja dan pengempen arak nombor satu.

Syukurnya penulis tidak menjadi salah seorang penyokong UMNO. Sekurang-kurangya insyallah akidah dan agama penulis terselamat dengan tidak menyokong UMNO. Sokongan galakan UMNO pada industri arak dan judi ini akan menyebabkan akidah dan agama Islam boleh diperkotak katik dengan begitu sahaja.


SARANAN BUAT AWANG ADEK, MENTERI, UMNO/APCO, PARA MUFTI DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA


Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah fahamilah tegahan dalam firman Allah ini :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa
manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Buat para mufti, kalian tidak boleh berdiam diri sama sekali dalam soal arak dan judi di negara ini, kerana sudah jelas dan nyata Allah telah berfirman dalam al-Quran bahawa minum arak dan berjudi adalah haram dan dosa besar. Kalau sebelum ini, terdapat seorang mufti boleh pula mengulas dari sudut hukum terhadap calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim, yang pernah meminum arak sebelum ini sebagai haram, mengapa untuk mengulas tentang isu ini tidak boleh?! Kita meminta mufti supaya dapat mengulas dari sudut yang sama berhubung perkara itu.

Penulis dan rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan untuk lesin judi Piala Dunia 2010.
Kami BANTAH!!






Saturday, May 8, 2010

"Lagak SPR Semasa Penamaan Calon Di Sibu"

Alhamdulillah, penulis bersama beberapa teman yang lain selamat sampai di bumi UM setelah selesai mengikuti konvensyen undang-undang di Ipoh Perak. Allah, lancarkan segalaNya dan masih diberi kesempatan, kekuatan serta semangat untuk up date isu lebih-lebih lagi bagaimana perjalanan "PENAMAAN CALON SEMPENA PILIHANRAYA KECIL DI SIBU" yang telah berlangsung hari ini. Alhamdulillah, hari penamaan calon berjalan dengan lancar. Kali ini, penulis tertarik dengan gelagat SPR yang tak habis-habis dengan sandiwara mereka!!

3 calon diisytiharkan layak bertanding oleh SPR ialah :-

1)Richard Wong Ho Leng (calon DAP)
2)Robert Lau Hui Yew (calon BN)
3)Narawi Haron (calon BEBAS)
Pada kebiasaannya, selepas penamaan calon, wakil SPR akan memberi komen dan amaran tertentu mengenai proses hari berkempen sehinggalah di hari pengundian.

Kali ini,di Sibu menampakkan SPR lebih memfokuskan kepada ‘TEKNIK KIBARAN BENDERA'. Rasanya SPR sudah tidak punyai idea dan isu untuk memfokuskan perkara yang lebih relevan untuk di komen.Alih tak alih isu kibaran bendera juga yang diaorang nak komen! Menurut SPR,bendera yang mewakili parti yang bertanding sahaja dibenarkan dikibarkan di tempat-tempat awam.
Hal ini kerana terdapat banyak kibaran bendera Pas dan PKR turut menemani mengiringi calon Dap ke pusat penamaan calon yang mengakibatkan pemimpin-pemimpin UMNO terasa kurang senang kerana tiadanya bendera UMNO di sisi ketika mengiringi calon BN.

Hakikatnya....

Bendera PAS dan PKR berhak dan bebas untuk dikibarkan di bumi Sarawak ini kerana mereka sebuah parti yang berdaftar dan telah bekerjasama dengan Dap. PAS dan PKR juga mempunyai cawangan serta cabang masing-masing di Sarawak untuk menggerakkan jentera parti mereka bagi mendampingi rakyat Sarawak. Maka tak patut dan tak relevan langsung SPR nak mempersoakan isu ini. Mungkin mereka dah ketandusan idea untuk memberi komen pada hal yang sepatutnya mereka komen...

Entah lah sampai bila SPR akan bertindak secara telus dan adil dalam menguruskan pilihanraya di negara ini. Apa yang mampu penulis simpulkan tentang SPR ini, buat masa sekarang mereka hanya mampu memekakkan telinga daripada berkata tentang kebenaran. Sudah banyak bukti dan isu yang telah mengambarkan sejauh mana telus dan adilnya tindakan SPR ini. Moga rakyat mampu menilai...

Altantuya Di Sibu

Selain itu, Timbalan Ketua AMK Cabang Kuala Lipis, Nor Azwan Ramli telah didakwa mengeluarkan perkataan menghasut semasa hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bandar Sibu pagi tadi apabila beliau mbangkitkan isu Altantuya di Sibu.

Kita melihat apabila isu Altantuya dibangkitkan, UMNO begitu takut sekali. UMNO masih lagi tidak boleh lari dari bayang-bayang mereka sendiri dan isu ini terus menghantui mereka.

Apapun tekanan serta halangan yang dihadapkan UMNO kepada PR, moga kita semua tetap kuat dan istiqomah dalam mendepani cabaran yang akan tiba. Selain itu,moga kita mampu menggerakkan jentera pilihanvraya tanpa rasa takut dan gentar dengan tindakan pihak polis mahupun UMNO sekalipun.

Lawan tetap lawan!!!

Wednesday, May 5, 2010

Cemasnya Merpati Dua Sejoli, Najib Dan Rosmah

Gelisahnya Najib dan Rosmah

Gelombang PRK SIBU, menampakkan kerajaan UMNO/APCO tidak mampu untuk berada dalam keadaan zon yang selesa dan tenang. Ekoran daripada situasi serta isu yang tidak memihak kepada UMNO,kini kita dapat lihat UMNO berada dalam keadaan yang cukup tertekan dan cemas untuk menghadapi pilihanraya kecil di Sibu nanti. Sebagai buktinya, Najib bersama Rosmah awal-awal lagi dah turun ke Sibu minggu lalu bagi memancing hati rakyat di Sibu. "Gelisah dan cemasnya "merpati dua sejoli ini"

Mungkin dengan pelbagai isu dan situasi yang berlaku sekarang ini, terdapat hikmahnya bagi membuka mata rakyat menilai semula kerajaan UMNO/APCO sekaligus mencemaskan hati-hati pemimpin UMNO dalam menghadapi isu-isu ini.

Antara isu dan situasi yang cukup jelas mencemaskan UMNO/BN ialah :-

1) Kecenderungan pengundi Cina menyokong Pakatan Rakyat sehingga ke tahap 80% di sesebuah peti undi seperti yang diterjemahkan pada PRK Hulu Selangor.

2) Isu pembunuhan Aminulrasyid yang membuktikan rakyat berasa tidak selamat dan menampakkan kredibiliti Tan Sri Musa dalam mendepani isu Aminulrashid ini.


3) Semangat perkauman Melayu yang ditunjukkan oleh Perkasa dan ianya seolah-olah disokong oleh Umno semata-mata.
4) Masalah kemiskinan yang berlaku di Sarawak

4)Isu RM50000 bagi peruntukkan MCA di Perak


5) Slogan "1Malaysia" dilihat sebagai retorik kerana pada masa yang sama tindakan dan kenyataan pemimpin kerajaan tidak menggambarkan semangat 1Malaysia apabila semangat perkauman terus berpaksi di dalam Umno, Perkasa, MIC, MCA dan lain-lain. Malah tindakan-tindakan dan polisi kerajaan terhadap Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak berubah, dasar MEB tidak memuaskan hati rakyat dan lain-lain. "

"Suntikan Semangat Menghadapi PRK SIBU"


Perjuangan Islam bukanlah perkara yang ringan, Allah swt telah menjanjikan balasan yang terbaik bagi mereka yang istiqomah dalam perjuangan Islam. Maka, tentu saja untuk mendapatkan janji yang terbaik dari Allah swt tersebut tidaklah mudah, melainkan penuh dengan ujian, halangan, rintangan, dan berbagai macam perlawanan. Untuk itu, marilah sama-sama kita kuatkan dan luruskan niat dalam mengahadapi PRK SIBU memenangkan Islam di sana. Tundukkan pandangan mata dan hati dari segala bentuk duniawi yang akan melemahkan iman dan menidurkan kita dari perjuangan Islam....

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi mu, jika kamu Mengetahui.” ( At Taubah[9]: 41)

Mengimbas waktu zaman perjuangan Nabi dahulu, Inilah yang dilafazkan oleh orang – orang Quraisy tatkala nabi saw menyampaikan dakwahnya :

"Apa yang engkau sampaikan kepada kami ini adalah suatu yang dibenci oleh pemerintah" Firman Allah swt yang bermaksud : Dan ingat bagaimana perancangan orang – orang kafir untuk memenjara , membunuh dan menghalau engkau ( keluar dari daerahmu ) , mereka merancang sedang Allah jua merancang dan Allah adalah sebaik – baik perancang . (Surah al Anfaal : Ayat 30)

Teringat penulis kata-kata Presiden Pas,Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang mengatakan:-

"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak oleh rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah makna sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"

Moga kata-kata ini mampu memberi suntikan untuk kita terus istiqomah dalam perjuangan Islam lebih-lebih lagi dalam menghadapi PRK SIBU dalam waktu terdekat ini...

Takbir3x!



Monday, May 3, 2010

Noh Omar Borek, Safuan Hilmi Rintik!!

Belum pun lagi reda isu Mohd Safuan Hilmi yang telah malakuan ugutan kpd Tok Guru, kini seorang lagi pimpinan UMNO iaitu Noh Omar dengan berani telah menghina Tok Guru Nik Aziz berkenaan isu "menjadikan masjid sebagai medan politik" Bapak Borek Anak Rintik!! Dunia semakin mengakhiri zaman kerna dengan sewenang-wenangnya ulama' dihina dan diherdik sebegitu sekali. Kedua-duanya lahir dari tarbiyah dan didikan UMNO.Inikah manusia yang di didik oleh UMNO, manusia yang sewenang-wenang menghina para ulama' kita. Tidak takutkah kalian akan azab dan balasan Allah Taala.Nauzibillah....Moga Allah senantiasa melindungi para ulama' yang berada di jalanNya dan memberi hidayah pada orang yang tertutup hatinya untuk nampak nur Islam.


Noh Omar Hina Tok Guru

Ini antara kata-kata hinaan Noh Omar kepada Tok Guru Nik Aziz...

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.

“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.
“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan. “Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini. Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.

“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.
“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor. Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain. “Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak? “Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,”.

Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat. Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah. “Orang Islam di Selangor faham agama.

Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.
“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri. “Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor. “Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya.

Komentar bagi isu ini dan jawapan terhadap Noh Omar

Waktu itu, hati penulis hanya mampu berbisik, minta Allah tunjukkan jalan kepada mereka dan segeralah bertaubat mohon keampunan dariNya. Apabila disebut masjid, sudah pasti ia disebut sebagai rumah Allah. Allah SWT menurunkan Islam agama yang syumul, merangkumi semua perkara, termasuk ekonomi, budaya, politik dan sebagainya.

Kita tidak tahu samada Noh Omar tidak mengerti firman Allah dalam suara Al-Maidah ayat 3 ataupun beliau tidak pernah mengetahui akan firman Allah tersebut. Mengatakan bahawa tidak layak bercakap politik dalam rumah Allah, sama seperti mengatakan bahawa Agama Allah ini tidak cukup sempurna. Justeru, mana hendak diletakkan maksud Firman Allah SWT;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا "Hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku cukupkan atas kamu nikmat-nikmat-Ku, dan aku Redha bagi bagi kamu islam sebagai agama" (Surah Al-Maidah : 3)
Sejak 1511 lagi, tanah melayu telah dijajah oleh pemikiran selain Islam. Bermula dengan Portugis, belanda, Inggeris, Jepun dan akhirnya UMNO/BN/APCO. Mungkin kebekuan pemikiran barat ini, menyebabkan orang memahami islam ala paderi atau kristian. Apabila disebut agama, maka difahami fungsi masjid seperti fungsi Gereja.

Inilah yang disebut sebagai "agama suku, politik suku". Pemikiran halus ini wajib dihapuskan. Jika ada manusia atau ulama' yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh berbicara politik, maka pasti ulama itu adalah ulama berfikiran penjajah. Ia sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak ada bezanya dengan paderi di gereja-gereja.

Noh Omar kena sedar dan buka hati, Islam ini bukan dilihat datang dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau tidak tapi kebenaran islam dirujuk kepada sumber yang asli iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang dibuat oleh nabi, maka itu adalah kebenaran dan manusia kena akui kebenaran tersebut.

Jika ada ulama yang mengeluarkan fatwa tidak sealiran dengan nabi, pasti ulama itu adalah ulama songsang. Persoalannya, apakah nabi SAW menggunakan masjid untuk politik?Ya, politik nabi SAW adalah politik Islam, politik nabi bukan politik perkauman seperti UMNO. Politik Nabi SAW bukan politik penindasan. Politik nabi bukan politik jual negara. Politik nabi SAW adalah politik menuju kepada kejayaan umat di dunia dan di akhirat. politik nabi SAW adalah politik keadilan sejagat.Politik nabi juga tidak bertunjangkan rasuah!

Justeru itulah, nabi SAW bercakap politik dalam masjid. UMNO tidak relevan bercakap politik dalam masjid, kerana politik mereka perkauman, penindasan, jual negara dan politik UMNO politik yang menghalalkan rasuah.

Mengimbas kembali juga masa pilihanraya di Hulu Selangor baru-baru ini, di mana Datuk Zahid Hamidi turut mengfitnah Datuk Hassan Ali kerna membaca khutbah berbaur politik. Sampai bila UMNO terus nak mempergunakan isu masjid sebagai tempat tidak boleh berpolitik sedangkan mereka perlu buka hati dan minda mereka supaya bercakap kepada perkara kebenaran. Seharusnya rakyat lebih bijak untuk menilai kata-kata pimpinan UMNO yang hanya mengeluarkan kenyataan di dasari nafsu kepentingan politik UMNO semata-mata sehinggakan Al-Quran dan As-Sunnah diletakkan di belakang.

Moga Allah senantiasa melindungi kita daripda segala fitnah dan janji Allah itu pasti, dan Islam pasti akan tertegak suatu masa nanti...

Sunday, May 2, 2010

Kami Sayang Tok Guru!!


Terkejut apabila penulis membaca berita tentang isu "Ugutan Bunuh Kepada Mursyidul Am Pas" pagi tadi. Pemuda yang membuat ugutan tersebut bernama MOHD SAFUAN HILMI telah berani menghina dan mengugut untuk membunuh tok guru Nik Aziz.

Mohd Safuan, melalui laman web sosial facebooknya dikatakan telah menulis :-

"Belum lengkap lagi sbb (sebab) sekor (seekor) lagi barua x (tidak) mati iaitu nik aziz. Tggu (tunggu) aku p (pergi) bunuh nik aziz dulu baru lengkap. Setan tu x layak duk kt (dalam) muka bumi ini lagi. "Senang bunuh org (orang), tikam je, aku snggup (sanggup) dihukum gantung jika aku dpt (dapat) bunuh nik aziz al dajjal tu" katanya semasa berkomunikasi dengan salah seorang daripada rakan facebook.
Facebook Safuan Hilmi bagaimanapun di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut. Dalam profil sebelum ini, Safuan meletakaan ahli Umno pada bahagian pandangan pilitiknya.
Moga kita sesama renungkan firman Allah ini...sebahagian ayat Al-Quran yg bermaksud:

"Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dal...am menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)."(Al-Isra':33)

Ya Allah Ya Tuhanku engkau Maha Mengetahui lg Maha Berkuasa kau panjangkanlah usia tok guru...Inilah dia tanda-tanda dunia akhir zaman, ulama' sudah tidak dihiraukan, dihina dan smpai jadi macam ni skali...Masyaalah, sama-samalah kita bermuhasabah bertaubat dan mengambil iktibar dari semua ini..Dunia sudah semakin hampir ke penghujunnya adakah kita semua sudah bersedia untuk ke sana??? renungkanlah..

Kita mengharapkan pihak yang bertanggungjawab melakukan siasatan terhadap isu ugutan bunuh tok guru ini dengan lebih telus dan serius.

Moga diberikan hidayah olehNya kpd pemuda ini kerna membuat ugutan inginmembunuh "TOK
GURU NIK AZIZ"...Apa komen UMNO terhadap isu ini?? Kita nantikan
penilaian jujur dari rakyat dalam menghakimi badan kerajaan ini..


KAMI SAYANG TOK GURU....

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes