Tuesday, June 29, 2010

Rakyat Tak Mahu Pinda Tapi Rakyat Mahu Mansuh ISA!!

Pindaan ISA dilulus Jabatan Peguam Negara – Hishammuddin
29/06/2010 7:05pm

KUALA LUMPUR 29 Jun – Pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan enam undang-undang pencegahan yang lain telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kesemua pindaan itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi ini, tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan.

"Pindaan kepada ISA dan akta-akta pencegahan telah siap dibincangkan antara pihak kementerian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara.

“Bagaimanapun ada beberapa perkara lagi yang kita perlu perhalusi berkaitan akta-akta berkenaan sebelum dibawa kepada Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat antara kementerian, PDRM dan wakil Peguam Negara, Datuk Idrus Harun di Parlimen hari ini.

Selain ISA, undang-undang yang akan dipinda adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 berkaitan perhimpunan.

Pada Mac lepas, Kabinet memutuskan pindaan ISA harus dibentang pada persidangan Parlimen bersama-sama enam lagi akta berkaitan pencegahan yang juga perlu dipinda. – Bernama

Mansuh ISA

Rakyat tak mahu pinda tapi rakyat mahu mansuh ISA...!! Kalau pinda sudah tentu kezalimannya tetap sama.

Dari Sujud Ke Sujud

Rekahan bumi semakin jelas,
Angkara tangan manusia durjana,
Semakin hari semakin ganas,
Merobek segala jiwa terseksa,

Rebahkanlah wajahmu di tikar sejadah,
Hadapkanlah hatimu ke qiblat Baitullah,
Tuntunlah jiwamu menuju cintaNya,
Moga kebahagiaan bakal menjelma,

Dari sujud ke sujud,
Ku temui cintaNya...

Dari sujud ke sujud,
Ku dekati kasihNya...

Dari sujud ke sujud,
Ku hambakan diri padaNya...

Dan dari sujud ke sujud,
Ku akan terus mencari kasih sayangNya...

Ya Tuhan,
Ku gagahi tapak langkahku ini,
Ku lalui dengan penuh kekuatan,
Andai rebah di pusara dunia,
Ku mohon agar hidupku bermakna,
Kerna ku tahu KAU YANG MAHA KUASA...

Tanganku berdoa mengharap kasihMu,
Hatiku berbicara zikir padaMu,
Jiwaku berkata inilah cintaMu,
Dari sujud ke sujud ku tak jemu mencariMu...

Sistem kehakiman sudah tidak bebas?

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengekalkan hukuman ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menimbulkan kontroversi. Ia menjadi perdebatan ramai ekoran keputusan mahkamah mengenakan denda RM2,000 ke atasnya selepas didapati bersalah mengigit seorang penjawat awam yang bertugas. Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, menjelaskan kelayakan seorang ahli Parlimen gugur jika beliau dihukum penjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000 dan tidak mendapat keampunanBagi menjelaskan kontroversi ini, TARMIZI MOHD JAM mendapatkan pengamatan pakar perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkenaan simpang-siur isu ini.

Apa pandangan profesor terhadap kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu?

PROF. DR ABDUL AZIZ BARI: Saya fikir isu ini mudah dan tidak sepatutnya menjadi perbahasan. Kalau kita lihat undang-undang ia cukup jelas di mana Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 48(1)(e) jelas menyebut bahawa Tian Chua hilang kelayakan kerana beliau telah disabitkan dengan satu kesalahan dan dihukum denda tidak kurang daripada RM2,000. Dalam kes ini, Tian Chua didenda RM2,000 jadi apa yang tidak jelas? Saya setuju dengan pandangan yang sama yang dinyatakan oleh YB Karpal Singh dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato' NH Chan. Malaysia menjadi bahan ketawa dunia kerana bertengkar dalam soal yang cukup jelas. Orang biasa yang tak belajar undang-undang pun tahu maksud "tidak kurang daripada dua ribu". Apa yang hendak dibelit lagi?

Kalau begitu apa yang jadi kelam kabut dan timbul macam-macam pandangan tentang sama ada Tian Chua masih atau telah terbatal kedudukannya sebagai ahli parlimen?

Saya rasa kita tahu kenapa jadi begitu. Kita tahu kenapa Tian Chua diseret ke mahkamah dan disabitkan. Tetapi selepas kekalahan di kubu mereka di Sibu, Barisan Nasional (BN) jadi takut. Kita boleh faham kenapa SPR sendiri dengan tiba-tiba macam tidak begitu berminat mengadakan pilihan raya. Dan saya sendiri pelik kenapa soal mengelakkan pilihan raya kecil disebut oleh Hakim Dato' Ghazali Cha.

Apakah Profesor menganggap kenyataan hakim berkenaan tidak betul?

Saya tidak fikir hakim berkenaan patut berkata begitu. Kita kena sedar bahawa kes Tian Chua ialah kes jenayah dan dengan itu ia perlu ditangani mengikut undang-undang jenayah. Kalau beliau bersalah beliau perlu dihukum mengikut undang-undang. Pada saya hakim tidak perlu mengambilkira kesan hukuman itu; itu pertimbangan politik bukan undang-undang. Macam juga kes Bung Mukhtar yang berpoligami tanpa kebenaran. Hukumlah mengikut undang-undang yang berkenaan. Jangan kaitkan benda yang tidak relevan. Dan saya amat prihatin dengan kenyataan YB Tian Chua yang menyebut bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak melayan hujahnya yang mahukan keterangan yang diterima oleh majisteret dalam mensabitkan dirinya. Ini cukup penting bagi saya; yakni sama ada benar Tian Chua menggigit anggota polis berkenaan sebagaimana yang dituduh atau sebaliknya.

Mengandaikan Profesor menjadi hakim dalam kes Tian Chua ini, apa yang akan Profesor akan lakukan?

Kalau saya duduk di situ, saya akan timbangkan hujah Tian Chua yang mempertikaikan bukti-bukti yang diterima dalam mensabitkan beliau. Kalau majisteret itu betul, kekalkan hukuman yang dikenakan ke atas Tian Chua. Kalau tidak batalkan keputusan majisteret itu dan bebaskan Tian Chua. Apa kaitan dan relevannya soal pilihan raya kecil? Di sinilah kesalahan hakim mahkamah tinggi itu. Mungkin dia tidak baca dengan teliti peruntukan perlembagaan tadi walaupun beliau hendak mengelakkan pilihan raya kecil. Apa pun saya sudah katakan tadi, ini tak betul kerana tak ada kaitan. Kalau Tian Chua bersalah dia perlu dihukum; soal sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau tidak tidak ada kaitan. Kerana kesilapan hakim itu seluruh negara jadi kelam kabut sebab isu yang kecil ini. Kita semua jadi bodoh kerana membincangkan satu benda yang cukup jelas; yang tidak ada keraguan.

Apa yang menyebabkan kelam kabut ini timbul?

Pada saya mudah sahaja. Inilah yang berlaku apabila kehakiman sudah tidak bebas. Walaupun ada pihak yang akan menafikan, kita tahu, berdasarkan kes-kes yang dibawa ke mahkamah, undang-undang dibaca dengan pelik dan ganjil. Saya tidak fikir kita tidak tahu mengapa Tian Chua dibawa ke mahkamah. Dan kita tahu mengapa beliau disabitkan atas keterangan yang begitu dipersoalkan. Saya tak nampak logiknya Tian Chua menggigit anggota polis. Lainlah kalau kita memang anti Tian Chua dan sentiasa mencari jalan untuk membatalkan kerusi parlimen yang disandangnya.

Profesor menyebut kehakiman yang tidak bebas; boleh huraikan lebih lanjut khususnya dalam konteks kes Tian Chua ini.

Pertama bebas atau tidak itu adalah soal tanggapan, soal persepsi. Tetapi ini kita rumuskan berdasarkan apa yang berlaku di depan mata kita. Dalam kes Tian Chua ini seperti yang saya katakan tadi ia perlu diputuskan berdasarkan undang-undang; khususnya undang-undang jenayah dan undang-undang keterangan. Bukan kerja hakim untuk mengatakan bahawa pilihan raya kecil patut diadakan atau tidak. Hakim patut mengelakkan dari dari meletakkan mahkamah dalam kontroversi. Sekarang ini kita lihat ada dua aliran; yang pertama kes-kes diputuskan dengan cara membaca undang-undang melalui cara yang ganjil dan luar biasa dan yang kedua kita lihat hasil akhirnya sering memihak kepada Barisan Nasional (BN). Saya tak fikir ini satu kebetulan. Semacam ada sesuatu yang dirancang. Apalagi bila undang-undang tidak dibaca dengan betul

Lagi penafian menyertai UMNO bersama 40 ulama muda

Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam.

Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. “Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami”, kata beliau.

Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga “survivor” persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI.

“Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini”, kata beliau dengan nada kecewa.
Ustaz Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis
Keratan Akhbar bertajuk "Ulama Muda Masuk UMNO"
Wartawan yang hadir
Cikgu Khoo Yang Chong menyampaikan ucapan

# http://peghelihla.blogspot.com

TGNA Bersimpati Dengan 40 Ulama Cari Makan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran.

“Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya www.blogtokguru.com.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai merujuk tindakan 40 ulama muda, terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelulusan akademik, menyertai UMNO dan menyerah borang permohonan keahlian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.


Nik Aziz turut mengulas isu lesen judi yang menjadi polemik kepada negara sebelum Najib umumkan ia tidah diluluskan dalam sidang medianya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Kekayaan yang diperoleh negara tidak setimpal sekiranya kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat teruk serta tidak mendapat keberkatan.

“Di Kelantan kami percaya keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan,” kata Nik Aziz.

Sebelum Najib mengumumkan ia tidak diluluskan, beberapa pemimpin Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar kerajaan memberi lesen judi bagi mengawal kegiatan perjudian, selain untuk memberi hak kepada orang bukan Islam. - Sinar Harian

TGNA Bersimpati Dengan 40 Ulama Cari Makan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran.

“Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya www.blogtokguru.com.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai merujuk tindakan 40 ulama muda, terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelulusan akademik, menyertai UMNO dan menyerah borang permohonan keahlian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.


Nik Aziz turut mengulas isu lesen judi yang menjadi polemik kepada negara sebelum Najib umumkan ia tidah diluluskan dalam sidang medianya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Kekayaan yang diperoleh negara tidak setimpal sekiranya kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat teruk serta tidak mendapat keberkatan.

“Di Kelantan kami percaya keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan,” kata Nik Aziz.

Sebelum Najib mengumumkan ia tidak diluluskan, beberapa pemimpin Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar kerajaan memberi lesen judi bagi mengawal kegiatan perjudian, selain untuk memberi hak kepada orang bukan Islam. - Sinar Harian

Sunday, June 27, 2010

Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari oleh anak murid beliau

Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya

Murabbi yang ana kasihi,

Penyertaan ustaz ke dalam UMNO, bukanlah suatu yang sangat mengejutkan ana kerana ana sedia maklum hubungan ustaz dengan UMNO sebelum ini.

Ana tahu ustaz, bahawa UMNO sedang mempergunakan ustaz dan geng- geng ustaz sebagai alat politik mereka. Kita boleh menutup mata bila berdepan dengan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat apa yang terjadi kepada saudara Anwar Ibrahim. Mereka sangat memerlukan undi Melayu pada saat ini kerana pilihanraya semakin hampir.

Cumanya pada kali ini, ana memilih untuk berlaku naif. Ana bukannya tidak dapat membaca tindakan politik UMNO yang saya benci, tetapi kethiqahan ana kepada Ustaz menyebabkan ana terasa ingin menasihati ustaz.

Oleh kerana parti adalah wasilah dan segala jamaah adalah wasilah , oleh sebab itulah wasilah- wasilah ini dengan realiti yang ada sentiasa berijtihad bahawa cara ustaz antara cara terbaik.

Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad.

Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO.

Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT.

Jujurnya memasuki pada waktu genting seperti ini membawa beberapa tanggapan yang bercampuk aduk ketika ini. Memasuki UMNO ketika UMNO sangat pro- Amerika dlm pendirian praktis dan lisan menyebabkan ustaz akan ditimpa masalah imej dikalangan rakyat. Sedangkan menerima hadiah daripada pemerintah pun dielak oleh salafussoleh agar mulut mereka tidak takut menegur kesalahan pemerintah.

Ana mengharap para ustaz yang masuk kali ini, oleh kerana mereka banyak menegur dan membasmi kejahatan walaupun bid'ah yg kecil dalam ceramah mereka sebelum ini(satu perkara yg baik), maka kalau ustaz membisu dengan kemaksiatan yg nyata dilakukan oleh UMNO, kedudukan ustaz akan terhina di sisi umat.

Syeikh yang ana kagumi,

Ana ingin mencabar ustaz menggunakan wasilah yg ada untuk membasmi kezaliman UMNO yang nyata dan pendirian politik antarabangsa pemimpin UMNO yang ke arah cara pemerintahan kafirin sekarang ini. Harap ustaz merealisasikan usul- usul perjuangan Sheikh Muhammad yang jelas menentang MUWALAT ini dalam kebanyakan kitab beliau. Kalau tidak , tinggalkan nama perjuangan sunnah ustaz kerana ustaz sedang merosakkan nama pejuang sunnah itu.

Sesungguhnya tugas Ustaz sangatlah berat apabila berada dalam UMNO. Mana Ustaz nak tangkis fitnah dari pentaksub parti pembangkang lagi, mana nak berdepan dengan najis mughallazah dalam UMNO sendiri dan sebagainya.

Ustaz Fathul Bari yang ana muliakan,

Seperkara lagi Ustaz, ana harap Ustaz berjaya melakukan ta'awun bukannya tuhdod. Ta'awun maksudnya di sini pengislahan sistem UMNO yang sekular kepada Islam. Dalam masa ustaz melakukan kerja dakwah ustaz, jangan pula melakukan tuhdod yakni membantai kerja dakwah pejuang di sebelah sini, PAS. Kalau ustaz hentam kerja dakwah ulama' PAS, ustaz tunggu ana langgar ustaz. Hehe...

Apapun ana ucapkan selamat berjaya kepada ustaz. Ana mengambil ketetapan falsafah bahawa UMNO atau PAS atau pemimpin HANYAlah asbab sementara sahaja. Bukan akidah.

Ana tidak beriman kepada jenama PAS atau pemimpin Hadi atau Nik Aziz. Jika wujud keperluan menjatuhkan sesesuatu demi Allah, demi sistemNya, Nik Aziz pun ana akan langgar. Muktamad!

Berbalik kepada Ustaz Fathul Bari dan sahabat, pertamanya, ana ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Menanti dan meneliti bentuk jalan apakah yang boleh dilakukan Ustaz Fathul Bari dan sahabat demi Allah dan sistemNya. Kemudian, seandainya kami dapati ustaz semakin menajiskan dirinya, maka, ana akan langgar.

"Ya Allah, Tuhan kami semua. Jika Ustaz Fathul Bari dan sahabat benar keranaMu, Ya Allah, berikan kekuatan kepada beliau. Jika Ustaz Fathul dan sahabat semakin melanggarMu, atau melewatkan proses tegaknya sistemMu, maka; berikan kekuatan kepada kami atau mana- mana golongan yang Kau hadirkan untuk melanggarnya. Amin."

Ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang murid ustaz, dan kekal murid sebelum dan selepas kritikan ini.

Allah tahu yang terbaik.

- asyrafmuiz.blogspot.com

Jangan Takut, Jangan Sedih,"Nahnu Ansorullah"!!


Bermotiwasi dan berazimatkan Firman Allah Taala ;


{ كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ }


“..Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, mengajak kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah..” – surah al Imran:110, al Quranul Karim.


Allah Taala berfirman lagi di dalam al Quran ;

{ إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ }


“..Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah dahulu telah membantunya (Baginda salallahualaihi wasalam)..” – surah at Taubah:40, al Quranul Karim


Terlebih dahulu kita menanggapi secara terbuka maksud isyarat ayat ini. Ayat ini menimbulkan persoalan kepada kita, adakah Allah berhajat kepada qudrat kita dalam membantu agama-Nya? Adakah Allah berkehendak mutlak terhadap kapasiti tenaga hamba-Nya untuk membantu risalah Muhammad?


Ayat ini menjelaskan bahawa, andai kita tidak mahu membantu agama Allah Taala, Allah sendiri tidak berhajat kepada bantuan kita. Inilah jawapan kepada persoalan tersebut.


Kita bersyukur kerana diberi ruang dan kesempatan untuk memahami Islam dengan baik, belajar di tempat bakal-bakal murobbi mencurahkan baktinya, iaitu di Universiti Malaya. Namun, jika kita sebagai mahasiswa tidak meletakkan diri kita selaku pembantu agama Allah, sudah tentu Allah akan menggantikan barisan yang lebih baik daripada kita.


Jadilah kita penuntut ilmu yang bekerja untuk risalah dakwah Baginda salallahualaihi wasalam. Adakah urusan dakwah berlaku tanpa perlu bekerja? Rasulullah slallahualihi wasalam sendiri mengatur perencanaan dalam dakwahnya. Baginda pergi ke Thaif, menghantar rombongan bertemu Raja Najasyi, dan seterusnya berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu Allah Taala.


Sekalipun Allah Taala memberi jaminan kepada Rasulullah salallahualaihi wasalam untuk membantu risalah Islam, tetapi banyak perkara yang dilakukan oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam tanpa bersikap malas dan putus asa, agar agama ini dibantu oleh generasi-generasi selepas Baginda.


Rasulullah membina peribadi para sahabat, menjadi tauladan kepada mereka semua dengan nasihat dan amalan. Rasulullah salallahualaihi wasalam tidak berpeluk tubuh dan pasrah menunggu sehingga Allah berkata ‘kun fayakun’, lalu seluruh manusia beriman dengannya. Sekalipun Allah Taala Maha Kuasa untuk melakukan semua itu. Tetapi perkara itu berlaku dengan praktikal dan strategi yang dirancang oleh Rasulullah sehingga dakwah tersebar ke seluruh pelusuk alam.


Firman Allah Taala lagi,

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan
Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim.
Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah!
Dialah Pelindung kamu.
Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

(Surah Al-Hajj, 22:78)


Jangan takut, jangan sedih...

Tika lidah berkata..”aku sedih dengan mereka” Tika lidah bertutur..”aku kecewa dengan mereka” Saat lidah terdiam, takut untuk menyatakan, Saat anggota kaku, segan untuk melaksanakan, Minda hilang dalam khyalan, Semangat sepi tidak dicambahkan, Dugaan itu cukup untuk melemahkan iman Ujian itu amat memeritkan hati insan, Namun itu memang ketetapan bukan? Setiap liku tarbiyah, Setiap cabang dakwah, Pasti tumbuh duri2 yang menyakitkan, Tentu ada paku2 yang berselerakan. Namun, Janji Allah itu pasti, Sabda nabi itu realiti, Usah gusarkan hati, Jangan bersedih hati, Kita pemimpin, kita pendidi
k, Kita jua dipimpin, kita jua dididik, Manisnya pasti ada, senyuman pasti akan terukir jua, kerana kita tiada yang berseorangan, tiada yang bersendirian.

Diriwayatkan dari Abu malik Al-Asy’ari sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka di cemburui oleh para Anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah”. para sahabat bertanya,”wahai rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?” Rasullah menjawab,” mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanap ada pertalian persaudaraan di antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka berada diatas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.
Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud

“Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati”.(Yunus,10:62)

Thabatkan hati kami di jalan jihadMu...

Saturday, June 26, 2010

"Kenapa UMNO Dahagakan Sangat Ulama??

Melihat pada isu 40 ulama yang menyertai Umno kelmarin, membuatkan penulis berpandangan untuk melihat apa yang sebenarnya tersirat di sebalik berlakunya isu tersebut atau dalam erti kata lain KENAPA UMNO DAHAGAKAN SANGAT ULAMA...??

Kita sedia maklum, reputasi UMNO memang diketahui umum tercalar sangat teruk dengan timbulnya isu kelulusan judi bolasepak. Sekalipun Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah mengumumkan menarik balik sebarang kelulusan lesen judi bolasepak, tindakan kerajaan Malaysia yang telah gagal memahami hukum halal haramnya kesalahan judi ini benar-benar menyebabkan rakyat Malaysia terutama golongan atas pagar 'berfikir semula' akan sokongan mereka kepada UMNO. Malahan ahli-ahli UMNO sendiri ramai yang mendesak agar kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut.Sikap kebisuan mufti-mufti juga sudah cukup menyedarkan rakyat!

Dalam suasana yang kelam-kabut inilah, UMNO mula bercakap dan mengatur starategi mengenai perlunya kumpulan ulama' di dalam parti tersebut setelah isu "JI" telah dimainkan oleh mereka. Bagaimana mereka mendapat ilham tidaklah diketahui tetapi jelas ini adalah suatu tindakan seolah-olah cuba melenyapkan dan memancing kembali persepsi rakyat yang mula meragui akan keperihatinan UMNO terhadap hukum-hakam Islam.

Untuk mengatakan UMNO memainkan isu ulama' ini bertujuan memadamkan reputasi PAS sebagai Parti yang bertunjang Islam adalah mustahil kerana dasar perlembagaan UMNO sendiri meletakkan bangsa Melayu sebagai asas perjuangannya! Manakan mungkin Islam mampu didaulatkan melalui perjuangan kebangsaan? Hakikatnya sejak merdeka sehingga sekarang UMNO jelas gagal mendaulatkan Islam malahan telah 'berjaya' menghancurkan sahsiah umat Islam di Malaysia yang bermajoritikan bangsa melayu.

Pada pandangan penulis, apa alasan 40 org ulama untuk bersama-sama `berjihad' dengan sekutu Apco??? Kalau penulis melihat kepada sebelum ini, alasannya tetap sama dengan beberapa orang yang berkelulusan agama yang lebih awal diperbodohkan dan diperkotak katik kan seperti Nakhaei, ustaz Firdaus, ustzah Mashitah dan terbaru ustaz Jamil Khir. Kesemua mereka ingin men`syahadah’kan parti sekular itu untuk kembali kpd Al-Quran. Hasilnya? Hasilnya kita dpt lihat bagaimana... Bertambah baikkah atau bertambah teruk? Disaat dua tiga yang ternama itu berada di dalam parti itu, pemimpin mereka bercita-cita untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama ada malah pusat judi terbesar kekal tersergam indah di puncak gunung. Apa yang dua tiga org ternama di dalam bidang agama ini telah mampu buat? Yang kita lihat hanya kebisuan yang terus menerus. Jika yang sudah ternama seperti ini tidak mampu buat apa-apa melainkan cukup bulan makan gaji, adakah 40 ulama ini boleh buat??? Kita tunggu dan lihat nanti bagaimana...Rakyat aken terus memerhati dan menilai...

Kita tidak mahu bersangka buruk terhadap 40 orang ini. Kita cuba beri masa kepada kumpulan 40 ini tempoh `berpantang’ 40 hari juga. Selepas itu, dalam tempoh 100 hari kita mahu lihat apa perubahan yang berlaku di dlm parti sekular yang mereka sokong itu. Jika di dlm tempoh tersebut mereka gagal untuk menjadi lebih cerdik dari kebanyakan yang jahil di dalam parti yang baru mereka sertai itu, kita nasihatkan kepada mereka kembalilah semula ke pondok atau pengajian agama seandainya mereka masih segan untuk berjuang bersama kita..

Wait and see...!!

Abu Darda menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«وَفَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ إِنَّ اْلأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ»

Keutamaan ulama atas ahli ibadah bagaikan keutamaan bulan terhadap seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, melainkan mewariskan ilmu. Karena itu, siapa saja yang mengambilnya, ia telah mengambil bagian (tanggung jawab) yang besar. (HR at-Tirmidzi dan Abu Dawud).

Tanggung jawab yang dimaksud adalah tanggung jawab mengembangkan misi risalah para nabi untuk menuntun umat manusia pada hidayah.

Warisan para nabi berupa ilmu itu tidak serta-merta bisa dimiliki sebagaimana warisan dalam bentuk harta. Siapa yang ingin memperoleh warisan ilmu itu, ia harus berupaya meraihnya. Muawiyah menuturkan, Rasul saw. pernah bersabda:

«يَا أَيُّهَا النَّاسَ تَعَلَّمُوْا، إِنَّمَا الْعِلْمُ باِلتَّعَلُّمِ، وَالْفِقْهُ بِالتَّفَقُّهِ، وَمَنْ يُرِدْ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِيْ الدِّيْنِ»

Wahai manusia, belajarlah kalian, sesungguhnya ilmu itu tidak lain diperoleh dengan belajar, pemahaman itu dengan pendalaman. Siapa saja yang Allah kehendaki kebaikannya, Dia akan memahamkannya dalam masalah agama. (HR Ibn Abi Ashim dan ath-Thabrani).

Peliharalah kami dari kebatilan dan sebarang fitnah...

WACANA PERDANA: "Bolehkah Melayu Bersatu??"


Jom kita sesama pakat pi dan mengimarahkannya terutama warga Kelate...!!

Friday, June 25, 2010

40 Ulama : Tahukah kamu...

Belum pun lagi reda isu "JI" yang dimainkan oleh Umno, penulis baru diberitakan sebentar tadi, seramai 40 orang ulama telah pun menyertai Umno. Isu yang ingin penulis bangkitkan di sini bukanlah “kepartian”, tetapi isu Agama Islam dan kebatilan. Kita cukup ketahui sebelum ini, beberapa unsur percanggahan dengan Agama Islam telah jelas dan terang dilakukan oleh parti tersebut. Bahkan unsur kezaliman juga telah banyak berlaku dan cukup jelas untuk menyedarkan kita.

Antara bentuk percanggahan dengan Islam ialah perjuangan sekularisme, liberalisme, nasionalisme dan sebagainya. Manakala unsur yang berbentuk kezaliman ialah menolak pelaksanaan hudud, judi, arak, pemisahan masjid, mempermainkan hukum Allah, kehilangan duit negara berbillion-billion ringgit dan sebagainya.

Maka kepada 40 orang yang telah menyertai parti tersebut, penulis sebagai mahasiswa Universiti Malaya menyatakan pendirian setegas-tegasnya memandang kemasukkan mereka ini suatu yang tidak relevan. Insyallah kami selaku mahasiswa di Universiti Malaya bersedia untuk berhadapan dengan ulama-ulama ini.
Kita tidak mahu mereka “berpotensi” untuk bergelar ulama bisu seperti ulama yang dah ada sekarang dalam parti tersebut. Sebagai buktinya, kita boleh lihat bagaimana sikap kebisuan ulama sebelum ini apabila timbulnya isu "judi". Kalau betul mereka menyertainya untuk menyebarkan dakwah Islam, bermakna mereka sudah tersilap pilih jalan untuk menyebarkannya. Tidak tahukah mereka, selama ini perjuangan parti tersebut sudah bercanggah dengan Islam? Adakah mereka tidak tahu, sebelum ini parti tersebut pernah menghina sunnah Nabi yang anda perjuangkan? Adakah mereka tidak tahu, parti tersebut menolak pelaksanaan hukum Allah?

Penulis dan warga Malaysia yang lain menantikan ulasan dan hujah daripada mereka untuk membolehkan perkara yang haram, dan mengeluarkan dalil untuk bercanggah dengan Islam.

Seorang ulama sejati tidak akan tunduk kepada kemungkaran!! Umno dalam usaha memperbodohkan minda orang-orang melayu dengan kemasukkan ahli-ahli agama ini untuk penyucian imej mereka yang telah kotor dan berkarat hanya dengan mengunakan umpan perkataan "ULAMA".

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [Hadis Riwayat Baihaqi].

Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan ciri khas seorang ulama yang membedakan dengan kebanyakan orang yang mengaku berilmu atau yang diakui sebagai ulama bahkan waliyullah. Dia berfirman:

إِنَّماَ يَخْشَى اللهَ مِنْ عِباَدِهِ الْعُلَمآءُ

“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama.” (Fathir: 28)

Badruddin Al-Kinani rahimahullah mengatakan: “Mereka (para ulama) adalah orang-orang yang menjelaskan segala apa yang dihalalkan dan diharamkan, dan mengajak kepada kebaikan serta menafikan segala bentuk kemudharatan.” (Tadzkiratus Sami’ hal. 31)

"Ingatlah berjuang di Jalan Allah memerlukan pengorbanan dan kesabaran kalian yang tidak ada batasnya"

Renungkanlah...

Aku Menunggu Mu...

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.
"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Begitulah manisnya mereka yang berada di jalan islam..
Berjuang pada jalan yang sama sehinggalah tertegaknya bait al-muslim..
Allahhuakhbar!!!

Islam is Only Way Of My Life....

"iluv islam"

Thursday, June 24, 2010

"Judi Dan Tun Mahathir"

"Kalau saya jadi kerajaan, saya akan luluskan (lesen judi)" - Tun Mahathir
Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.

Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi. - MKini

"Bebaskan Mahasiswa"

Kami mahu berpolitik kerana kami benci dan tidak rela diri kami dibodohkan oleh puak-puak yg berkepentingan. Yang kami mahukan adalah kebenaran, yang kami dambakan ialah keadilan.Tanggungjawab kami sebagai mahasiswa adalah menuntut ilmu sebanyak yang boleh dan dakwahkan kebenaran kepada manusia...Bebaskan kami daripada AUKU!!

"Jom Demonrstrasi Aman Bantah Judi 1 Juta Rakyat Malaysia"

















JOOM KITA SEMUA TERUS ISTIQOMAH MEMBANTAH!!

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya.[16]Merekalah orang-orang yang ti...dak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan" (Surah Hud ayat 15-16)

Tuesday, June 8, 2010

CERAMAH YAHUDI & JUDI

Jom sesama mengimarahkannya...!!!
"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya.[16]Merekalah orang-orang yang ti...dak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan" (Surah Hud ayat 15-16).

Saturday, June 5, 2010

"Hancur Israel". "Jahanam Israel" dan "Selamatkan Palestin"

Salam perjuangan dari bumi kaherah...Dari mesir, penulis juga cukup terkesan dengan sikap kerakusan dan kezaliman Israel terhadap umat Islam sehingga hari ini telah merampas dua kapal .Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. Ia bukan membawa alatan senjata.Ia konvoi myambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! Jangan diharap pada PBB! Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela! Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dar mulut pemimpin mereka.Telinga ini sudah tidak mampu mdengar kesedihan disebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Mereka yg dibunuh mesti dituntut bela.!! Mengimbas kembali sirah nabi, apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untuk mgerjakan umrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kpd Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat...Sedikit persamaan blh difahami dr kisah rasulullah ini,hakikat pengajarannya tetap besar nilainya kpd ummat Islam!

Banyak yang dapat dipelajari dari peristiwa serangan ganas tentera rejim Israel terhadap kapal misi yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Rupanya ada hikmah yang dapat di ambil dari peristiwa ini.Umat Islam, wajar berfikir secara mendalam akan peristiwa ini.

Antara hikmah dari peristiwa ini ialah:

Pertama: Isu Gaza tidak lagi hanya menjadi isu umat Islam, tetapi kini telah menjadi isu kemanusiaan yang menjadi fokus masyarakat antarabangsa, khususnya negara Eropah. Perkembangan ini sangat menarik, menyebabkan Amerika kebingungan bagaimana hendak menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku selama ini dan tidak pernah diduganya.

Kedua: Selama ini penentangan terhadap pencerobohan Israel di Palestin, khususnya kepungan terhadap Gaza banyak disuarakan oleh umat Islam, justeru majoritinya adalah umat Islam. Tetapi kini senarionya berubah sama sekali dengan kebangkitan masyarakat antarabangsa menentang Israel kerana kekejaman Yahudi itu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat betamadun.

Ketiga: Kemunculan negara Turki yang mengambil inisiatif – bersama NGO hak asasi manusa di Eropah – untuk menyediakan kapal dan mengumpul bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini menyebabkan kerajaan Turki dan rakyatnya muncul menjadi pembela nasib rakyat Gaza, di mana pemerintah Turki pimpinan Presiden Abdullah Gull dan Perdana Menteri, Recip Toyyeb Erdogan sebagai pembela rakyat Gaza.

Keempat: Keberanian Turki memberi amaran dan mencabar Israel kerana keangkuhan dan sikap tidak berperikemanusiaannya.

Kelima: Sikap positif pemerintah negara Eropah dan rakyatnya terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, akibat dikepung oleh Israel.

Keenam: Sikap tidak berperikemanusiaan pemerintah Mesir yang terus menutup sempadan ke Gaza melalui Rafah menyebabkan semua bantuan kemanusiaan melalui jalan darat ke Gaza terhalang. Hanya di saat akhir negara itu membuka sedikit sempadan dengan pemeriksaan sangat ketat dan hanya mereka yang mempunyai urusan amat penting baru mendapat surat izin dari kerajaan Mesir untuk rakyat Gaza menyeberang ke Mesir dan sebaliknya. Mesir hanya membuka sempadannya setelah masyarakat antara bangsa mengutuk Israel kerana tindakannya menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketujuh: Menyerlahkan sikap Israel yang terus berdegil untuk meneruskan sekatan ke Gaza dan enggan menerima keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya diadakan Suruhanjaya Penyiasat Antarabanga mengenai isu serangan terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Israel juga masih mendakwa serangan itu dimulakan oleh sukarelawan kemanusiaan di kapal tersebut yang kononnya membawa pelagai senjata, dakwaan ini dinafikan oleh pelbagai pihak.

Inilah perkembangan baru yang sangat menarik, membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai kezaliman Israel. Selepas ini, jika masih ada lagi negara umat Islam, khususnya pemerintah negara Arab, yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel mestilah dihentikan. Sungguh malang, setelah masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Eropah menentang kekejaman Israel, mengapa masih ada lagi negara Arab yang mengadakan hubungan dengan negara haram Yahudi itu...

Selepas kapal Marvi Marmara, Israel menunjuk keangkuhannya lagi degan merampas sebuah lagi kapal ( Rachel Corrie ) bantuan ke Gaza sekumpulan
aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan
Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini. Dunia masih belum lagi reda dgn tunjuk perasaan anti Israel atas tindakkannya merampas kapal ( Marvi Marmara ) missi bantuan ke Gaza bbrapa hari lalu namun regim tersebut tetap tdk menghiraukan semua itu. Memanglah Yahudii laknatullah! Sama2lah kita memohon dari Allah agr kesemua enam rakyat Malaysia dan yg lain di ats kapal itu tidak di apa2kan.

Al Quran mengajar kita untuk memiliki kesatuan kerana dengannya datanglah kekuatan dan keberanian. Dengan kedua-duanya, Yahudi akan lari dgn ketakutan dan saat itu giliran kita pula memburu mereka....Janji Allah itu pasti...

ALLAHUMMA, hantarkan bantuan tentera-Mu yangtidak dapat dilihat, dan hancurkanlah pembuat rosak zionis ini.Janganlah Engkau tinggalkan walau sedikitpun dari mereka di atas bumi ini; kiranya Engkau tinggalkan mereka nescaya mereka akan berbuat rosak
dan menyesatkan hamba-hambaMu. Ya Allah Ya Aziz Ya Mutakkabbir, kuatkan jiwa-jiwa kami semua dengan keimanan dan ketaqwaan. Agar kami dapat bersatu dan berjihad demi
saudara-saudara kami di Palestin bumimu dan bumi para anbia.. Hancurkanlah Pakatan Zionis Yahudi serta gerakan kuffar Freemasonary, Illluminaty dan lain-lain. Amin Ya Rabbal Alamin....

"Hancur Israel", "Jahanam Israel" dan "Selamatkan Palestin"
 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes