Sunday, October 31, 2010

Sewajarnya Pendidikan Islam Dan Moral Turut Diperkasakan

Alhamdulillah subjek sejarah telah diperkasakan dengan menjadikan ia subjek wajib dan teras bagi UPSR....

Jika subjek Sejarah telah diperkasakan dengan menjadikan ia subjek wajib, kita sewajarnya bertanya: mengapa subjek "Agama Islam dan Pendidikan Moral" tidak dijadikan subjek penting dan turut diperkasakan sama ada di sekolah menengah atau di sekolah rendah? Dengen melihat pelbagai gejala sosial yang melanda remaja sehingga memaksa kerajaan Melaka mewujudkan Sekolah Harapan. Maka perlukah alasan lain untuk memperkasakan kedua-dua subjek berkenaan dalam dunia pendidikan kita hari ini.....?

Dalam sibuk-sibuk kerajaan mahu memastikan warganegara memahami sejarah negara, jangan lupa jati diri dan sahsiah pelajar perlu diperkasakan agar penularan pelbagai elemen negatif yang berunsurkan Barat dan budaya hedonisme dapat disekat. Sewajarnya pendidikan Islam dan Moral turut diberi perhatian dan diperkasakan dalam dunia pendidikan kita pada hari ini.

"Tahniah Skuad Kijang"


Alhmdulillah, kesyukuran dipanjatkan padaNya....Sejarah tercipta, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam. Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.

Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.

Tahniah buat skuad kijang atas kejayaan ini.Kawe bangga menjadi anak Kelate...!! Gomo Kelate Gomo. 

Sunday, October 24, 2010

LAUREN, Adik Ipar Blair Peluk Islam....

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan. “Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. 

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom. 

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. 

Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. 

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. 

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin. 

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi 

Thursday, October 14, 2010

Mahasiswa Bantah Konsert Adam Lambert...!!!

Konsert Adam Lambert tetap dihalalkan....!!!

Adam Lambert adalah artis kotor yang terkenal dengan imej 'gay' serta pengakuannya bahawa beliau memang pengamal gay amat menjijikkan. Beliau yang terpampang di internet turut memaparkan perlakuan songsang ketika beraksi di pentas.

Apakah mesej yang hendak kerajaan paparkan dengan kelulusan konsert Adam Lambert ini? Adakah ini bermaksud, kerajaan mahu menghalalkan kegiatan gay dan seks bebas di Malaysia. Adakah mungkin juga pergaulan bebas dan perzinaan telah dihalalkan? Bukan payah bagi remaja yang mengandung tanpa suami, sekolah di Melaka telah menyediakan tempatnya," ujar beliau lagi.

Tambahnya, disebabkan sikap segelintir penganjur yang tamakkan keuntungan maka masalah yang bakal menimpa masyarakat khususnya anak-anak muda tidak dihiraukan.

Walaupun mungkin garis panduan yang diberikan amat ketat, namun siapapun tidak akan lupakan artis simbol seks ini. Yakinlah, konsert sebegini pasti mengundang padah.

Akan ada remaja perempuan yang mengandung hasil anak luar nikah selepas menonton konsert ini. Akan ada botol-botol arak yang diminum oleh remaja khususnya yang beragama Islam, dan mungkin ada pasangan gay yang turut hadir ke konsert sebegini


Bantah selagi mana mahasiswa mampu bersuara dan bertindak demi kesucian nilai agama ISLAM....

Sunday, October 10, 2010

Aku rindukan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu mampu mengawal emosi yang diterjah dari lonjakan amarah.Prinsip aku ialah ` peduli ummah ` dan yang berat jangan diringankan, yang ringan jangan diberatkan kerana itu semua suatu kehidupan....

Saturday, October 2, 2010

"Kerna Kita Semua Adalah IKON"


Terbuka Untuk SEMUA......!!!!

GENERASI SEKARANG PENENTU GENERASI MASA DEPAN. Sarjana Muda Pendidikan Islam UM dgn krjsma JAKIM,PMAPIUM& API Universiti Malaya menjemput anda untuk menghadiri Forum Pendidikan:IKON Serba Boleh Abad 21,tema "rela dididik sebelum mendidik" pd 8/10/2010 hr jumaat jam 8pg-4.30ptg,d DKU APIUM yang akn dirasmikan oleh YB DR... Haji Mohd Puad Zarkashi (Timb.Menteri Pelajaran Malaysia).


 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes