Saturday, January 23, 2010

Demonstrasi Demokrasi Campus


1- Alhamdulillah, penulis tadi bersama dgn rakan-rakan seperjuangan dari beberapa buah universiti membuat “DEMONSTRASI DEMOKRASI CAMPUS di kompleks membeli belah sogo.Antara yang dituntut dalam perhimpunan tersebut ialah :-

a) KEBEBASAN AKADEMIK
b) KETELUSAN PENTADBIRAN
c) AUTONOMI UNIVERSITI

2- Lebih kurang 200 aktivis mahasiswa berhimpun di ibunegara tersebut kerna ingin membantah proses pilihanraya kampus. Suara keramat mahasiswa terus kedengaran, “STUDENT POWER” dgn hasrat suara kebenaran ini sampai ke telinga masyarakat. Ini bagi menyedarkan masyarakat tentang hak mahasiswa yg telah diragut oleh pihak yg tidak bertanggungjawab.

3- Ketika penulis bersama shbt2 yg lain, pihak polis mengarahkan agar kami semua bersurai. Selain itu, sekali lagi pihak polis mencipta provokasi dgn bertindak ganas terhadap mahasiswa dan turut merampas banner yg menyatakan suara kebenaran mahasiswa. Ini secara tdk langsung membuktikan negara ini adalah “ NEGARA POLIS”.

4- Dalam perhimpunan itu, sembilan pelajar universiti telah ditahan dan telah dibawa ke ibu pjbt dang wangi. Moga kalian terus kuat dlm pjuangan ini. Kami semua bersama kalian.


5- Antara 9 yang telah ditahan itu ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

6- Kepada yg menentang kebenaran, ketahuilah kami sebagai mahasiswa tidak akn pernah berputus asa dgn mehnah ini semua. “Mahasiswa tetap akan bangkit”.

Monday, January 18, 2010


Kenapa mesti mahasiswa bantah "E-VOTING???

Saturday, January 16, 2010

Sekitar detik "Rapatan Umum Penyerahan Memo E-Voting di Putrajaya



1- Pada (15 Jan)di putrajaya, provokasi pihak polis telah menyebabkan perhimpunan amam sekumpulan mahasiswa menjadi kacau bilau. Tindakan provokasi polis ini benar2 mengecewakan dan dianggap tidak patut.

2- Dua siswa dan juga seorang wartawan telah ditangkap dalam demostrasi aman tersebut. Dua siswa tersebut ialah Syaznir Munir Ithnin dan Shahruldeen dari campus UM. Mankala wartawan tersebut ialah Zainulfaqar Yaakob. Kepada kalian semua, penulis harap kalian terus tabah dan tidak pernah putus asa dalam perjuangan. ALLAH BERSAMA DGN KITA!!!

3- Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan yg menimpa semasa demostrasi aman ini, memorandum bantahan perlaksanaan sistem pengundian elektronik (E-Voting) berjaya di hantar kepada pegawai KPT.


4- Keesokan harinya, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan menggunakan pentas sudut pidato UKM bagi membantah perilaku pihak polis yang bertindak provokatif dalam demosstrasi mahasiswa di putrajaya itu.

Ayuh kita sama2 turun ke " MALAM EKSPRESI GENERASI PERUBAHAN" di mana PRO MAHASISWA membawa satu agenda baru iaitu :-

" KESENIAN DAN KEBUDAYAAN"


Mahasiswa bijak adalah mahasiswa yang tahu mengekspresikan idealisma melalui seni dan budaya.

Wednesday, January 13, 2010


Ayuh, kepada semua sahabat dari pro mahasiswa dan pengerak untuk kita sama-sama mengimarahkan forum intelek ini.

Monday, January 11, 2010


"MAHASISWA CELIK ISU SEMASA" Jom semua kita turun ke "FORUM" malam ini!!!!

Thursday, January 7, 2010

Rumah Pelajar APM Di Pecah Masuk

1- Selesai solat subuh pagi tadi, terus pergi ke tasik varsiti untuk mengisi hati ini dgn sedikit makanan rohani. Antara yg penulis dpt simpulkan dari tazkirah tersebut ialah :-

Sebagai mahasiswa, kita haruslah :-

a) Mempunyai displin dan kekuatan yg sgt jitu demi melakukan sesuatu perkara.

b) Kita juga tdk boleh menyerupai sifat org munafik. Antara sifatnya ialah bila bercakap dianya bohong, bila berjanji dia tdk menunaikannya dan bila diberi amanah dia tdk laksanakan.

c) Selain itu jgk diselitkan dlm tazkirah tersebut berkenaan dgn “sujud”. Sujud yg paling lama dilakukan oleh Rasulullah ialah sujud yg terakhir dlm solat dgn disertai zikir dan doa.

2- Jam 11 pagi, terus bergegas ke auditorium KPS untuk mendengar taklimat berkenaan dgn “E-VOTING. Sejauh manakah sistem “e-voting” ini mampu menjamin ketelusan PILIHAHANRAYA CAMPUS UM 2010 kali ini??

3- penulis jgk sempat pergi melawat ke rumah shbt2 APM di bukit angkasa yg mana rumah mereka menjadi mangsa pecah masuk pencuri. Rumah mereka dipecah masuk ketika ketiadaan sesiapa pun di rumah kerna masing-masing ada kelas. Kerugian yg mereka alami lbh kurang RM 20,000. Takziah penulis ucapkan atas musibah yg telah menimpa kalian.


4- Insyallah malam ini, penulis akan ke Melaka. Moga Allah permudahkan perjalanan penulis.ameen…
 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes