Sunday, March 28, 2010

KEMPEN JAUHI ZINA

Thursday, March 11, 2010


MARI KITA SEMUA PI KONGRESS MAHASISWA!!

Tuesday, March 9, 2010

SESAMA MUSAFIR!!


AKU BUKAN SEORANG GURU, HANYA SESAMA MUSAFIR YANG KAU TANYAI ARAH. AKU MENUNJUK KE ARAH DEPAN, KE DEPAN DIRIKU SENDIRI, DAN KE DEPAN DIRIMU...

Saturday, March 6, 2010

Suntingan Input Daripada "Forum ‘Universiti Diliwat


Alhamdulillah, Forum ‘Universiti Diliwat’ yang diadakan 4 Mac Forum bertempat di Chinese Assembly Hall mendapat sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran peserta dari pelbagai kampus.

Tiga orang panelis yang dijemput juga menjadi daya penarik kepada forum itu. Mereka ialah saudara Hisyamuddin Rais,Prof. Azmi Syarom(pensyarah undang-undang Universiti Malaya) dan saudara Shazni Munir(pengerusi Solidarity Mahasiswa Malaysia) yang menggantikan Prof. Aziz Bari. Saudara Syafiq Aziz dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertindak selaku moderator.

Forum ini menyentuh mengenai pelaksanaan e-undi,demokrasi kampus dan pandangan panelis mengenai aksi-aksi mahasiswa mutakhir ini. Antara input dan info yang kita dapat ambil dari panelis forum ini ialah:-

1- Saudara Hisyamuddin Rais ketika menyeru kepada semua aktivis-aktivis mahasiswa agar menggunakan medium yang ada seperti ‘you tube’, facebook dan lain-lain dengan semaksima mungkin kerana medium ini merupakan medium yang tidak dapat disekat oleh kerajaan. Sebagai mahasiswa kita perlu bijak menggunakan segala peluang dan ruang yang ada bagi menyatakan suara-suara kebenaran.

2- Prof. Azmi Syarom pula menegaskan sebagai generasi muda yang sentiasa mempunyai idea baru, mahasiswa perlulah lebih berdikari dan tidak hanya menjadi pengikut kepada pihak yang berkepentingan. Beliau juga turut menyelar tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang mencampuri urusan mahasiswa terutama yang berkaitan pilihan raya kampus.

3- Hujah Prof. Azmi Syarom ini juga disokong oleh saudara Shazni Munir yang mengatakan suatu ketika dahulu semua aktiviti mahasiswa termasuk pilihanraya diuruskan oleh mahasiswa sendiri, dan sewaktu itu Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak diwujudkan lagi sekaligus menyaksikan majoriti mahasiswa lebih berdikari dan proaktif berbanding mahasiswa hari ini yang sering dituduh sebagai mahasiswa lesu.Beliau juga menegaskan pertembungan antara dua pihak di semua universiti bukanlah pertembungan antara pihak mahasiswa tetapi antara pihak mahasiswa dan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Melalui forum tersebut, diharapkan dapat memberi semangat dan keazaman kepada para mahasiswa agar berhenti dari terus dibodohkan oleh pihak yang berkepentingan. Student power3x!

“MAHASISWA BIJAK ADALAH MAHASISWA YG TAHU MENILAI”

Tuesday, March 2, 2010

المحبة

أحبك حبين حب الـهوى # وحب لأنك أهل لذاكا

وأما الذي هو حب الهوى # فشغلي بذكرك عمن سواكـا

وأما الذي أنت أهل له # فكشفك لي الحجب حتى أراكا

فلا الحمد في ذا أو ذاك لي # ولكن لك الحمـد في ذا وذاكـا

Aku mencintai-Mu dengan dua cinta
Cinta yang timbul dari kerinduan hatiku dan cinta dari anugrah-Mu
Adapun cinta dari kerinduanku
Menenggelamkan hati berzikir pada-Mu daripada selain Kamu
Adapun cinta yang dari anugrah-Mu
Adalah anugrah-Mu membukakan tabir sehingga aku melihat wajah-Mu
Tidak ada puji untuk ini dan untuk itu bagiku
Akan tetapi dari-Mu segala puji baik untuk ini dan untuk itu”.

إلهى لو كنت أعبدك خوفا من نارك فأحرقني بنار جهنم

وإذا كنت أعبدك طمعا في جنتك فأحرمنيها

وإما كنت أعبدك من أجل محبتك فلآ تحرمني من مشاهدة وجهك

“Wahai, Tuhan! Apabika aku beribadah kepada-Mu hanya karena takut kepada neraka-Mu maka bakarlah aku di neraka-Mu. Dan apabila aku beribadah kepada-Mu hanya menginginkan surga-Mu maka keluarkanlah aku dari surga-Mu. Tetapi, jika aku beribadah kepada-Mu hanya untuk-Mu semata, berikanlah kepadaku keindahan-Mu yang abadi “.

المخلص
عأيشة ابراهيم

Saturday, February 27, 2010

"REUNION MAJMUAH 6"

Reunion Majmuah 6

Alhamdulillah penulis di beri kesempatan untuk mengimarahkan "REUNION MAJMUAH 6" di taman jaya pada pagi tadi. Walaupun pada mulanya agak keberatan untuk join sama tp penulis cuba juga mguatkan diri untuk bersama-sama dgn shbt2 majmuah 6 dr nilam puri tersebut. Al-maklumlah terasa sedikit segan kerna penulis bukan berasal dr nilam puri yg asli.

Namun tetap pnjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi ats kesempatan yg diberikan olehNya untuk penulis mentautkan ukhwah di antara teman2 dr "majmuah 6" Ukhwah tidak akan pernah kenal sesiapa atau dari mana ia datang. Yang penting seseorang itu cuba mengambil peluang sedaya dan sebanyak yang mungkin untuk mentebarkan "ROH UKHWAH" di muka bumi Tuhan ini. Terima Kasih Ya Rabb Ats Ukhwah ini!!

Sepanjang tautan ukhwah bersama "majmuah 6" :-


Menunggu Kehadiran teman2 yg lain):-

Sesi ta'ruf ringkas

Tekunnya mdgr!

Bersama anak kpd shbt dr majmuah 9

JOm mkn sesame

Syukran jazilan buat semua shbt "MAJMUAH 6" ats kebersamaan ini. Mohon maaf andai tdpt khilaf sepnjang ana bersama kalian semua. Minta halal dunia akhirat...

Kenapa Bersikap Assobiyah

Larangan Islam Terhadap Nasionalisme

Nasionalisme merupakan suatu konsep yang sangat berbeza dengan Islam, sebab ia menyeru kepada kesatuan berdasarkan pada ikatan kekeluargaan dan kesukuan , sementara Islam menyatukan manusia berdasarkan pada Aqidah, iatu keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya SAW. Islam menyeru ummat nya bersatu berdasarkan ikatan ideologi Islam. Menyatukan manusia berdasarkan ikatan kesukuan jelas dilarang.

Diriwayatkan dari Abu Daud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
"Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assobiyah(nasionalisme/sukuisme), orang yang berperang kerana assobiyah serta orang-orang yang mati kerana assobbiyah"

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW ketika berbicara mengenai masalah nasionalisme, rasisme dan patriotisme, telah bersabda,
"Tinggalkanlah, ia tidak berguna"( Bukhari dan Muslim)

dan dalam Hadis yang ditulis oleh Misykat al masabih, Rasulullah SAW berkata :
"Dia yang menyeru kepada Assobiyah laksana seorang yang mengigit kemaluan ayahnya."

Di ceritakan oleh At-tabrani dan Al-hakim bahawa dalam suatu insiden beberapa orang memperkatakan dan merendah-rendahkan Sahabat Salman Al Farisi. Mereka membicarakan inferioriti orang Parsi dibandingkan dengan orang Arab. Ketika mendengar hal ini Rasulullah SAW, menyatakan dengan tegas "Salman adalah sebahagian dari kami, Ahlul Bait (keluarga Rasul)". Pernyataan Rasulullah SAW ini memutuskan seluruh ikatan berdasarkan kepada faktor keturunan dan kesukuan.

Juga kisah dalam dua riwayat yang berbeza oleh Ibnu Al-Mubarak dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah, bahawa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar berkata kepada Bilal, "Kamu anak seorang budak hitam" Rasulullah SAW yang mendengar perkara ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan bersabda: "Ini keterlaluan Abu Dzar". Orang yang ibunya berkulit putih tidak mempunyai kelebihan yang membuatnya menjadi lebih baik daripada seorang yang ibunya berkulit hitam". Peringatan ini meninggalkan kesan yang amat dalam diri Abu Dzar. Ia kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahawa ia tidak akan mengangkatnya selagi Bilal belum menginjakkan kakinya ke atasnya.

Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa ikatan nasionalisme tidak mendapat tempat sama sekali dalam Islam. Kaum muslimin diperintahkan untuk berdiri bersama-sama dan tidak memisahkan diri antara satu sama lain hanya kerana mereka berasal dari suku kaum yang berbeza. Rasulullah SAW juga bersabda:

"Orang-orang yang beriman, dalam kecintaannya, kasih sayangnya dan persatuan yang kuat, laksana satu tubuh; ketika satu bahagian tubuh men derita sakit , maka seluruh tubuh akan merasa sakit dengan mengigil dan demam."

(H.R Muslim)

"Orang-orang yang beriman seperti satu tubuh; jika matanya sakit, maka seluruh tubuhnya akan merasa sakit." (Muslim)

"Orang Arab tidaklah lebih baik dari orang bukan Arab. Sebaliknya, orang bukan Arab juga tidak lebih baik dari orang Arab. Orang berkulit merah tidak lebih baik dari orang berkulit hitam kecuali dalam ketqwaannya. Umat manusia adalah anak cucu Adam dan Adam diciptakan dari tanah liat."(H.R. Bukhari dan Muslim, dari Abu Musa)

Perkara ini bererti bahawa orang-orang Islam, baik keturunan Cina, India, Melayu, Jawa, Afrika, Eropah mahupun Asia, merupakan umat yang satu dan mereka tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Seharusnya tidak ada satupun ikatan nasionalisme pun yang dapat memecahbelahkan kesatuan ummat Islam. Allah berfirman sebagai berikut:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara." (Al-Hujurat:10)
 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes