Wednesday, July 7, 2010

Bebaskan Mahasiswa...!!

Adakah matlamat golongan mahasiswa zaman ini sejajar dengan peranan yang diamanahkan oleh masyarakat umum kepada barisan pelapis kepimpinan negara ini? Sedarkah mahasiswa bahawa mereka juga sebahagian dari masyarakat sivil dan bukan hanya terperangkap dalam kerangka kampus?


Mahasiswa adalah golongan terpelajar dan dalam kalangan yang terpilih untuk berada di menara gading seperti ulasan Abdul Aziz Bari dalam salah sebuah esei dalam karyanya, Politik Perlembagaan.


Kelulusan yang diperlukan untuk seseorang mahasiswa melanjutkan pelajaran adalah tinggi dan sudah semestinya yang terpilih adalah yang benar-benar layak. Peluang ini secara ideal diharapkan bakal melahirkan seorang insan yang berguna dan mampu menyumbang balik kepada masyarakat.


Namun begitu, adakah dengan labelan tersebut ianya mampu untuk menjaminkan bahawa golongan mahasiswa yang dilahirkan hasil daripada sistem pendidikan yang kita ada adalah golongan yang sentiasa peka dan sensitif kepada setiap isu ummah, kenegaraan dan sebagainya? Ini adalah satu persoalan asas yang harus difahami dan dijawab oleh mahasiswa sendiri.


Sepandang mata jelas dilihat betapa kerapnya muncul kes-kes yang melibatkan kepentingan awam seperti pendedahan butiran konsesi air oleh SYABAS, penahanan rakyat Malaysia bawah ISA, isu penganjuran pilihan raya kerajaan tempatan, tuduhan AUKU ke atas 4 pelajar Sains Politik di UKM, isu pelajar UM berkenaan kes Rosmah puaka dan sebagainya.


Apakah peranan mahasiswa dalam menjana idea dan jalan penyelesaian bagi perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal umum? Bagaimana pula dengan soal prinsip? Adalah oleh kerana inilah kita harus faham akan falsafah perjuangan dan mahasiswa itu itu sendiri!


Jelas sekali mahasiswa hari ini tidak punya sensitiviti tentang soal kenegaraan cuma tertumpu dalam bidang jurusan masing-masing tanpa menghiraukan tanggungjawab mereka sebagai golongan terpelajar dalam masyarakat, bahkan tidak pun mempergunakan ilmu jurusan masing-masing untuk membantu masyarakat!


Kepada mahasiswa yang berkata, “Cukuplah saya membanggakan ibu-bapa dengan ijazah saya”, apakah gunanya ijazah jika negara dan rakyatnya tidak berfungsi? Ingat-ingatlah pepatah “No man is an island entire of itself


Mahasiswa harus lebih faham sebelum kita memberi kefahaman kepada yang lain. Antara pengetahuan yang harus ada pada setiap mahasiswa, tanpa megira jurusan, adalah kefahaman asas undang-undang negara, terutamanya kefahaman Perlembagaan Persekutuan – “the supreme law of the country.”


Dengan pemahaman ini dan falsafah di sebalik penggubalan perlembagaan, barulah lahirnya keupayaan untuk mahasiswa memainkan peranannya dalam masyarakat. Ufuk minda mahasiswa harus juga merangkumi soal kenegaraan yang lain seperti soal politik, ekonomi, sosial, budaya, kesenian dan lain-lain. Tetapi yang penting sekali adalah hasrat dalam jiwa dan hati mahasiswa yang inginkan perubahan ini.


Sebagai bakal pemimpin masa depan, mahasiswa semua harus keluar daripada kerangka kampus, bebaskan corak pemikiran dari acuan yang ditetapkan oleh orang lain dan pekakan minda terhadap isu-isu hal ehwal umum dan cadangkan jalan keluar supaya dapat mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat umum. Bicara dengan ilmu, prinsip dan intelektual. Tinggalkan emosi dan sikap taklid supaya mahasiswa mempunyai imej tersendiri.


Kita harus ubah daripada apa yang kita punya sekarang.

Percaya pada diri dan mulai berubah.

Yakinlah bahawa mahasiswa dan anak muda ini punyai idealisme yang sudah bersedia memimpin negara.

Kata Karyawan Agung Indonesia, Pramoedya Ananta Toer; “Mahasiswa, saya yakin kamu itu tahu apa yang harus kamu lakukan.


Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman birokrasi....!!

"JUDI SUKAN, PENDIRIAN NAJIB TIDAK TETAP"

Perdana Menteri Najib Razak berdolak dalih sekali lagi apabila secara mengejut membayangkan kemungkinan kerajaan membenarkan semula judi sukan bertapak di negara ini.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa jika kerajaan meluluskan judi sukan, lesen berkenaan akan diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, kerana syarikat itu diberi kelulusan itu sebelum ini.

Jawapan Najib itu menguatkan desas-desus bahawa Umno-BN hanya menangguhkan pemberian lesen untuk judi sukan selepas membatalkan kelulusan itu akibat tekanan masyarakat umumnya dan gagasan pakatan rakyat.

Rakyat akan teruskan gesaan untuk membantah lesin judi tersebut walauapa pun yang berlaku!!

Isu Anak Luar Nikah Makin Membarah...


257,000 anak luar nikah membimbangkan

Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009. Sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam. Perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian). Sumber rasmi JPN.


Sangat memalukan umat Islam yang paling ramai atau mejoriti dalam masalah kelahiran luar nikah berbandingkan dengan agama lain. Sepatutnya umat Islamlah yang lebih baik dari umat agama lain, kerana Islam telah melarang umatnya melakukan maksiat atau zina. Islam juga telah menetapkan hukum yang tertentu bagi orang yang melakukan zina dan maksiat.

Kepada siapa yang patut dipersalahkan. Adakah ini salah ibu bapa? Adakah ini salah guru-guru? Adakah ini salah orang agama? Adakah ini salah pemerintah? Jawapan saya ialah semuanya salah sebab tidak menjadikan cara hidup Islam sebagai penghayatan umat Islam. Subjek pendidikan Islam hanya dijadikan sebagai mata pelajaran dan bukan dijadikan penghayatan. Hukuman syariat tidak ditegakkan secara menyeluruh sehingga berlakulah masalah zina, maksiat dan sebagainya. Sepatutnya semua pihak tidak perlu menuding jari kepada sesiapa dan semua pihak perlu bersatu tenaga mencari metode atau penawar untuk mencegah gejala sosial ini.

Percayalah, musibah besar akan diturunkan oleh Allah kepada umatnya yang jauh lupa kepada Allah dan tidak mengamalkan lagi ajarannya. Apabila musibah atau bencana datang tidak mengira usia, mangsa, keturunan dan semua manusia akan dimusnahkannya. Sebelum datangnya musibah Allah, maka lebih eloklah kita semua jadikan kehidupan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dijadikan sebagai cara hidup. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan sumber kehidupan kita semua. Nescaya semua masalah ini dapat dihindarkan tanpa perlu bermodalkan duit yang banyak seperti sekarang ini. Islam itu agama yang indah dan sangat sesuai diamalkan dari dahulu, kini selamanya hingga ke akhir hayat.

Petikan dari http://www.ustaznoramin.com/2010/07/257000-anak-luar-nikah-membimbangkan.html

ZINA DAN RIBA MEMBARAH, KERAJAAN PANDANG RINGAN!! -HARON DIN-

Pendedahan media tidak lama dahulu bahawa terdapat 257,000 anak yang didaftarkan tanpa bapa menggambarkan betapa kroniknya gejala zina di Negara kita.
“Kalau terdapat 257,000 anak luar nikah dilahirkan bermakna gejala perzinaan berlaku berlipatkali ganda banyaknya kerana tidak semua perzinaan itu menyebabkan si wanita mengandung”.

“Kita juga melihat bahawa orang sudah tidak malu mendaftarkan anak luar nikah di Pejabat Perdaftaran, inilah bala yang diturunkan oleh Allah” kata Datuk Prof Dr Haron Din.

Dr Haron Din berkata masalahnya sekarang ialah kerajaan yang berkuasa sekarang tidak memandang isu ini sebagai isu yang kronik dan meruncing.
“Tidak ada satu pun komen dan feedback yang kita dengar dari menteri-menteri dalam hal ini, sebaliknya program-program maksiat dan melalaikan terus digalakkan” tambah Dr Haron.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Maahad Ar Rahmah, Solok Gaong sempena program meraikan kejayaan pelajar-pelajar Maahad tersebut dalam peperiksaan tahun lepas.

Dr Haron Din seterusnya mengajak umat Islam supaya mengamalkan prinsip Amar Makhruf Nahi Mungkar bagi menyelesaikan masalah-masalah seperti zina, judi dan lain-lain maksiat bagi menyelamatkan rakyat dan Negara ini.

Tuesday, July 6, 2010

Benarkah kita khairu ummah??

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”
(Surah ali-Imran 3: 110)



Benarkah kita khairu ummah?

Umat yang mampu tampil sebagai pemimpin dunia, mengarahkan peradaban dan menyelamatkan umat manusia? Yang pada kenyataannya umat Islam yang 1 million ini tidak berdaya menghadapi keganasan Yahudi yang hanya berjumlah 11 juta di dunia ini. Negeri-negeri Islam dengan berbagai sumber daya alamnya terkuras untuk kepentingan umat lainnya dan sebahagian besar lainnya terjerat oleh hutang-hutang yang membelenggu kemerdekaannya. Dan kita pun tak mampu berbuat banyak tatkala saudara-saudara kita sesama Muslim mengalami penindasan, pemerkosaan dan pembantaian di berbagai belahan bumi ini.

Benarkah kita khairu ummah?

Umat yang memiliki persatuan yang kokoh dan persaudaraan bagai tubuh yang satu, di mana bila sakit salah satu anggota tubuh itu akan terasakan oleh anggota yang lainnya? Tetapi realiti menunjukkan bahawa perselisihan dan persengketaan seolah telah menjadi candu bagi negara-negara Islam. Kita gemar berselisih dalam hal-hal kecil dan berperang untuk masalah-masalah sepele (remeh). Apakah gerakan yang menggerakkan Iraq satu masa dulu untuk menyerang Kuwait yang sama-sama Muslim? Apakah yang ada dalam benak Perikatan Utara yang menyatakan dirinya Muslim tatkala mereka menggempur Taliban yang juga Muslim? Apakah yang difikirkan oleh sesebuah negara Islam yang membenarkan tentera kuffar untuk berpengkalan di negaranya untuk menyerang anggota tubuhnya yang lagi satu?

Benarkah kita khairu ummah?

Umat yang meraih kejayaan hidup di dunia dan di akhirat? Padahal sebahagian besar dari umat ini telah tertipu oleh kehidupan dunia yang menipu dan melenakan dengan melepaskan Islam dari kehidupannya dan menukarkannya dengan berbagai macam ideologi sesat yang diimport dari Barat, yang dibuat oleh manusia, yang menghasilkan kerosakan akhlak dan kebejatan moral serta bertaqlid buta kepada Barat. Sementara sebahagian lainnya mengurung diri di masjid dan asyik berpuas diri dengan beragam bentuk ibadah ritual, tanpa peduli terhadap kondisi umat Islam yang menyedihkan. Sehingga Islam tak lebih dari serangkaian dogma beku tentang hal-hal metafisis, dan menjadi rekreasi rohani sebagai pelarian dari tekanan kehidupan.

Itukah yang dimaksud ALLAH sebagai khairu ummah? Ataukah kita perlu mendefinisikan kembali Islam dan umat Islam? Atau merevisi kembali ayat-ayat ALLAH, agar kita dapat ‘memahami’ realiti umat Islam yang kontradiktif (banyak pertentangannya antara keinginan dan kenyataan yang dilakukan) ini?

Sejenak bersama khairu ummah terdahulu

Sesungguhnya khairu ummah bukanlah suatu gelar warisan yang akan secara turun-temurun disandang oleh setiap generasi yang mengklaimnya (mengakuinya), sehingga orang jahil akan sama dengan orang ‘alim; dan orang-orang yang lalai sedarjat dengan mereka yang berjihad. Khairu ummah bukan pula suatu predikat murah yang cum-cuma diberikan kepada umat yang mengaku Muslim, tanpa adanya pembuktian dari keimanannya dalam perkataan mahupun perbuatan/perilaku.

ALLAH SWT tidak memberikan predikat/gelar ini kepada suatu kelompok masyarakat yang mengaku Muslim, tetapi dalam sehariannya mereka membuang Islam dalam kehidupannya. Predikat khairu ummah pun tidaklah layak bagi umat yang berpangku tangan terhadap problematika umat Islam dan duduk bersenang-senang tanpa beranjak untuk berjihad membela Islam dan menghancurkan musuh-musuhnya. Tetapi umat ini akan menjadi khairu ummah selama mana mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam, menjadikan Islam sebagai aturan dan pedoman hidupnya serta tak henti-hentinya menyerukan umat manusia menuju kebaikan dan taqwa, serta meninggalkan kemaksiatan dan kemungkaran sejauh-jauhnya.

Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam QS. 3: 110 tadi di atas:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

Gambaran yang jelas tentang profil khairu ummah adalah pada masyarakat Islam pertama, iaitu generasi para sahabat/salafus shalih. Merekalah umat yang secara ekplisit dinyatakan ALLAH dalam al-Quran sebagai khairu ummah, dan dalam kenyataannya sejarah mencatat kemuliaan mereka. Selama lebih dari 7 abad lamanya umat Islam kemudian memimpin peradaban dunia dan menyelamatkan umat manusia dan mengeluarkannya dari kesempitan hidup dunia kepada keluasan rahmat ALLAH SWT.


Profil mereka adalah sebagaimana yang ALLAH gambarkan dalam firman-Nya:
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Fath 48: 29)

Pada ayat yang lain ALLAH menerangkan karakteristik mereka:
“Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Maidah 5: 54)

Generasi sahabat telah tampil menghiasi sejarah dengan penuh ‘izzah (kemuliaan) dan keberanian, dan generasi semacam itu tidak mustahil untuk muncul kembali menggantikan suatu kaum yang telah berpaling dari ajaran Islam dan diliputi kehinaan sebagaimana yang dinyatakan oleh ALLAH pada awal surah tersebut di atas, asal merekapun berusaha dan berjihad seperti halnya yang dilakukan oleh para sahabat dan memenuhi syarat-syaratnya sehingga mereka mampu tampil sebagai mengemban risalah Islam yang akan memimpin dan menyelamatkan dunia dan umat manusia. Dengan demikian mereka layak untuk menyandang predikat khairu ummah.

Menjadi khairu ummah

Ketika membaca surah ali ‘Imran ayat 110 di atas, ‘Umar Ibnu Khattab RA berkata: Barangsiapa yang redha dengan gelar ini, maka perhatikanlah syarat-syaratnya”.

Ada 3 syarat tercantum dalam ayat itu, agar umat Islam kembali meraih gelar khairu ummah iaitu: menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar dan beriman kepada ALLAH.

Iman kepada ALLAH merupakan landasan pertama bagi setiap Muslim untuk mengimani pokok-pokok keimanan beserta cabang-cabangnya. Di atas landasan inilah tegaknya bangunan Islam yang meliputi segala aspek kehidupan. Bangunan Islam yang utuh yang mengatur masalah ibadah dan mu’amalah, aqidah dan syari’ah.

Iman kepada ALLAH merupakan titik tolak pembebasan manusia dari segala belenggu kehidupan; kemerdekaan akal dan perasaan dari berbagai khurafat, tahyul dan kemusyrikan. Hati yang hidup dengan iman dan ma’rifatullah adalah hati yang tak pernah takut dan tunduk kepada selain ALLAH. Hati yang sentiasa tenteram, tak pernah gelisah dan jiwa selalu optimis terhadap pertolongan ALLAH. Di sinilah letak kebahagiaan dan ketenangan hati itu.

Kerana itu orang yang beriman akan memandang kekufuran sebagai kesengsaraan dan kehinaan. Mereka akan bangkit memimpin dunia menuju kesejahteraan, mengangkatnya dalam kemuliaan dan mengeluarkannya dari kegelapan jahiliyyah. Mereka – dengan keimanannya – akan menyeru umat manusia agar hidup sejahtera di bawah naungan Islam. Inilah landasan kedua yang akan mengangkat darjat umat Islam.

Dan landasan ketiganya adalah mencegah manusia dari perbuatan mungkar. Ini adalah lebih sulit daripada sekadar mengajak kepada kebaikan, kerana mencegah kemungkaran menuntut adanya kekuasaan dan kekuatan. Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa dari kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Bila tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Bila tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya… yang demikian itulah selemah-lemahnya iman.”

Merubah kemungkaran dengan kebaikan merupakan bukti kukuhnya iman, membiarkan kemungkaran dengan sekadar membencinya dari hati adalah suatu tanda kelemahan iman, sedangkan orang yang meredhai kemungkaran menandakan ketidakberadaan iman pada dirinya walau sebutir pasir pun.

Itulah 3 sifat yang menjadi karakteristik khairu ummah dan umat Islam akan tetap menjadi umat terbaik apabila ketiga-tiga sifat tersebut ada dalam dirinya.

TOLAK APCO...!!


Putrajaya sambung khidmat APCO setahun lagi

Pentadbiran Najib memperbaharui kontrak khidmat Worldwide untuk tempoh setahun lagi bulan lalu meskipun pembangkang membantah kehadiran firma tersebut atas alasan mempunyai hubungan dengan Israel, rejim yang dikutuk umat Islam.

UMNO Sambung Khidmat APCO, Rakyat Perlu Bangun Tentang UMNO Habis-habisan!!

Tolak dan bantah UMNOAPCO!!

Monday, July 5, 2010

Kartunis Hina Rasulullah Mahu Bersara,Hidup Dlm Ketakukan Menguncikan Diri Didalam Bilik Air Yang Dipasang Pintu Kebal Kerana Takut Dibunuh....

COPENHAGEN 8 Jun - Kartunis Denmark yang mencetuskan bantahan umat Islam kerana melukis karikatur yang menghina Nabi Muhammad mengumumkan dia akan bersara dengan harapan untuk mengurangkan bahaya ke atas dirinya dan wartawan lain.

Kurt Westergaard semalam berkata, sudah tiba masanya untuk dia menamatkan kerjayanya selama 25 tahun dengan akhbar Jyllands-Posten yang mula menyiarkan karikatur tersebut pada September 2005.

Penyiaran karikatur itu yang mencetuskan protes di seluruh dunia terhadap Denmark dan akhbar tersebut serta ugutan bunuh terhadap Westergaard.

"Saya tidak mahu lagi membahayakan keselamatan akhbar ini serta kakitangannya, dan saya hanya mahu melakukan kerja lain," kata kartunis itu.

Januari lalu, dia menjadi sasaran percubaan bunuh oleh seorang lelaki Somalia di rumahnya dekat pekan Arhus, tengah Denmark.

Westergaard, 75, terselamat dengan menguncikan diri di dalam bilik air yang dipasang pintu kebal, dan mendapat perlindungan polis selepas kejadian itu.

"Saya berharap pemergian saya akan membantu mengurangkan ancaman terhadap Jyllands-Posten," kata Westergaard.

Karikatur Nabi Muhammad itu mencetuskan protes pada Januari dan Februari 2006 dan memuncak dengan insiden pembakaran pejabat diplomatik Denmark di Damsyik dan Beirut dan kematian berpuluh-puluh orang di Nigeria.

Pada 2008, 20 akhbar Denmark menyiarkan semula lukisan kartun itu, mencetuskan protes lanjut di negara Islam seperti Sudan, Mesir, Pakistan dan Indonesia.

Westergaard diberi cuti oleh Jyllands-Posten atas sebab-sebab keselamatan sejak November lalu selepas dua lelaki ditangkap di Chicago atas tuduhan merancang untuk menyerang akhbar itu. - AFP
 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes