Bermotiwasi dan berazimatkan Firman Allah Taala ;
{ كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ }
“..Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, mengajak kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah..” – surah al Imran:110, al Quranul Karim.
Allah Taala berfirman lagi di dalam al Quran ;
{ إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ }
“..Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah dahulu telah membantunya (Baginda salallahualaihi wasalam)..” – surah at Taubah:40, al Quranul Karim
Terlebih dahulu kita menanggapi secara terbuka maksud isyarat ayat ini. Ayat ini menimbulkan persoalan kepada kita, adakah Allah berhajat kepada qudrat kita dalam membantu agama-Nya? Adakah Allah berkehendak mutlak terhadap kapasiti tenaga hamba-Nya untuk membantu risalah Muhammad?
Ayat ini menjelaskan bahawa, andai kita tidak mahu membantu agama Allah Taala, Allah sendiri tidak berhajat kepada bantuan kita. Inilah jawapan kepada persoalan tersebut.
Kita bersyukur kerana diberi ruang dan kesempatan untuk memahami Islam dengan baik, belajar di tempat bakal-bakal murobbi mencurahkan baktinya, iaitu di Universiti Malaya. Namun, jika kita sebagai mahasiswa tidak meletakkan diri kita selaku pembantu agama Allah, sudah tentu Allah akan menggantikan barisan yang lebih baik daripada kita.
Jadilah kita penuntut ilmu yang bekerja untuk risalah dakwah Baginda salallahualaihi wasalam. Adakah urusan dakwah berlaku tanpa perlu bekerja? Rasulullah slallahualihi wasalam sendiri mengatur perencanaan dalam dakwahnya. Baginda pergi ke Thaif, menghantar rombongan bertemu Raja Najasyi, dan seterusnya berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu Allah Taala.
Sekalipun Allah Taala memberi jaminan kepada Rasulullah salallahualaihi wasalam untuk membantu risalah Islam, tetapi banyak perkara yang dilakukan oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam tanpa bersikap malas dan putus asa, agar agama ini dibantu oleh generasi-generasi selepas Baginda.
Rasulullah membina peribadi para sahabat, menjadi tauladan kepada mereka semua dengan nasihat dan amalan. Rasulullah salallahualaihi wasalam tidak berpeluk tubuh dan pasrah menunggu sehingga Allah berkata ‘kun fayakun’, lalu seluruh manusia beriman dengannya. Sekalipun Allah Taala Maha Kuasa untuk melakukan semua itu. Tetapi perkara itu berlaku dengan praktikal dan strategi yang dirancang oleh Rasulullah sehingga dakwah tersebar ke seluruh pelusuk alam.
Firman Allah Taala lagi,
Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksudDan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan
Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim.
Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah!
Dialah Pelindung kamu.
Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.(Surah Al-Hajj, 22:78)
Jangan takut, jangan sedih...
Tika lidah berkata..”aku sedih dengan mereka” Tika lidah bertutur..”aku kecewa dengan mereka” Saat lidah terdiam, takut untuk menyatakan, Saat anggota kaku, segan untuk melaksanakan, Minda hilang dalam khyalan, Semangat sepi tidak dicambahkan, Dugaan itu cukup untuk melemahkan iman Ujian itu amat memeritkan hati insan, Namun itu memang ketetapan bukan? Setiap liku tarbiyah, Setiap cabang dakwah, Pasti tumbuh duri2 yang menyakitkan, Tentu ada paku2 yang berselerakan. Namun, Janji Allah itu pasti, Sabda nabi itu realiti, Usah gusarkan hati, Jangan bersedih hati, Kita pemimpin, kita pendidik, Kita jua dipimpin, kita jua dididik, Manisnya pasti ada, senyuman pasti akan terukir jua, kerana kita tiada yang berseorangan, tiada yang bersendirian.
Diriwayatkan dari Abu malik Al-Asy’ari sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka di cemburui oleh para Anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah”. para sahabat bertanya,”wahai rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?” Rasullah menjawab,” mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanap ada pertalian persaudaraan di antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka berada diatas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.
“Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati”.(Yunus,10:62)
Thabatkan hati kami di jalan jihadMu...
0 comments:
Post a Comment