Saturday, November 28, 2009

Spektrum Cinta Aktivis Dakwah

Alhamdulillah, baru blk dr menikmati alam yg sgt indah. Lega rasanya slps mengenakan wuduk dan solat magrib. Selepas solat, penulis melihat ke luar tingkat rumah yg mjd teratak tmpt penulis berteduh skrg. Tetiba, penulis diiberi idea dan ilham untuk mengangkat pena lagi….Thanks Allah….Tanpa Mu xmungkin aku dpt berilham untuk menyeru penaku agr mencoret sesuatu. Moga penaku xkan pernah berhenti mencoret sesuatu walaupun kekadang xkan ada manusia yang dapat memahami apa yang sdh tercoret oleh penaku. Mari kita berbicara soal ” CINTA” walaupun hanya sekejap. Cinta yg penulis cuba nak bawakan adalah tentang cinta yg menyelinap masuk dan tumbuh dlm diri seorang aktivis dakwah….Apa yg dikatakan CINTA SEORANG AKTIVIS DAKWAH???? Kekadang penulis merasakan tdk layak untuk memaksa pena ini terus bersuara, mencoret apa itu cinta seorang aktivis dakwah? Adakah aku memiliki “cinta aktivis dakwah itu? Hati penulis seakan-akan membisikkan pertanyaan itu. Namun, penulis tetap tidak mampu membehentikan pena ini dari terus bersuara walaupun cinta itu tidak mekar tumbuh dlm diri penulis. Aku harus biarkan pena ini terus bersuara selagi mana Allah mengizinkannya…..



Cinta aktivis dakwah adalah cinta seorang hamba dengan spektrum yang luas. Ia membuatkan seorang aktivis melihat kehidupan dengan cinta. Setiap hari, ketika Allah berikan kesedaran dan memasukkannya ke dalam putaran kehidupan, ia menjalaninya dengan cinta. Apa yang membuatkan seseorang menjadi resah dengan kehidupan yg tersimpang. Apa yang menghalangi seseorang dari tidur istirehatnya, semata-mata untuk mengurus urusan umat yang semakin kompleks. Apa yang membuat seseorang sanggup dan rela membelanjakan hartanya, meskipun ia sendiri tidak berharta lebih, hanykana untuk meringankan beban saudaranya sendiri. Semua itu adalah spektrum cinta seorang yang bergelar aktivis dakwah.

Cinta aktivis dakwah adalah cinta yang lahir dari hasil kerja keras yang mencari serta menjaga rasa sayang Allah swt kepadanya. Ia telah membingkaikan kehidupannya ke dlm sebuah frame cinta yang hakiki. Hatinya merasakan masalah terbesar akan timbul, jika Allah murka dengan semua rasa dan amalnya. Kebahagiaan terbesarnya adalah ketika Allah merahmati perasaan dan amalnya. Di dalam frame itulah ia mencorak dan menjalankan pentas kehidupannya. Maka ketika ia jatuh cinta, cinta itu membawanya kepada ketaatan dan rasa kehambaan. Cinta itu telah menghantarkannya kepada amalan-amalan yang membuat Allah semakin cinta kepadanya. Ketika ia jatuh cinta, cinta itu membentenginya dari perbuatan ingkar dan segala perkara yg menyimpang dari KALAMNYA.



Cinta aktivis dakwah menghantarkannya kepada kehidupan yang penuh berkat dan rahmat. Ia mengizinkan perasaannya tumbuh dan berbunga hanya dalam bingkai ketaatan. Ketika itu juga, cinta telah membuatkan ianya tidak lepas daripada komitmen menjaga hak-hak Allah di dalam cinta tersebut. Ia turut sama mempersembahkan cinta itu untuk orang yang memberinya jaminan bahawa cinta tersebut adalah berkat dan penuh rahmat. Ia menjalankan cinta tersebut dengan murakobah yang ketat. Ia selalu yakin, Allah menjadi pendamping yang hakiki bersesuaian dengan harga dan kualiti cinta serta kebaikan dirinya.

Cinta aktivis dakwah bukanlah cinta dusta. Yang berlindung dengan pernyataan, Allah tahu niat saya baik, tapi kemudian melakukan penyimpangan amal. Ia tidak menjadikan cintanya bisu dan pekak. Bukan juga cinta yang melenakan dan menjerumuskan kepada kehidupan yang meresahkan dan mengelirukan. Bukan cinta yang dicatur dengan hiasan kemaksiatan dan sekadar mengejar sebuah tuntutan sosial. Cinta aktivis dakwah bukan cinta dalam 30 hari mencari cinta sepertimana judul sebuah filem Indonesia.



Cinta aktivis dakwah adalah cinta yang terang dan bersinar bak matahari. Ia penuh dengan ketulusan. Ia jelas tidak menyimpangkan seseorang dari statusnya sebagai hamba. Cintanya bukan sekadar rasa hampir, tapi juga rasa tanggung jawab. Bukan sekadar seperti bual bicara romantika dunia. Jelas, terang, dan tidak ada sedikit pun yang disembunyikan. Cinta aktivis dakwah tidak memerlukan pertanyaan seperti “ Ada apa dengan Cinta atau Cinta mampu berbuat apa”?
Pena penulis cuba berhenti seketika dan mghentikan dgn kata-kata tanda kebesaran pdNya dan harapan yg sentiasa berusaha untuk menggapainya. “Allah Sang Raja, Rasulullah Sang kekasih, Perjuangan yang dirindukan, dan Pasangan hidup yang menyejukkan pandangan, serta anak-anak soleh dan solehah sebagai bunga dan buahnya. Cinta tulus, cinta murni, cinta yang hidup dan menghidupkan”. Izinkan aku memilikinya….

Sejenak Menghidupkan Tautan Ukhwah Sebelum Pulang Ke Kampung

Asalamualaikum W.B.T,
Alhamdulillah, walaupun punyai kekangan masa, penulis msh di beri kesempatan olehNya untuk menatap skrin laptop bg up date blog walaupun hanya sekejap. Rasanya xsabar dah nak bertemu mak ayah tercinta. Al maklumlah sepanjang sem ini, penulis hanya sempat blk sekali sahaja.
1) Tiket pulang ke kelate pada 26hb, sampai-sampai terus dengar takbir raya. Allahu akbar 3x!!! Tak sabar rasanya nak bersama family dan juga saudara mara. Confirm msti penuhlah rumah penulis tahun ni. Hal yang paling tak sabar sekali ialah saat nak tumbangkan lembu. Biasanya, mesti “abi” penulis yg jadi big bosss acara korban. Memang dah jadi kebiasaan, rumah penulis menjadi salah satu pusat korban.

2) Sebelum balik, penulis sempat berjumpa buat kali terakhir dengan ustaz TOBRANI coz penulis xsempat nak pi bgmbr bsamanya kt DTC time pah exam subjek pengurusan. So, kena cover blk lah. Tetiba rasa sedih pulak, kerna perkhidmatan ustaz Tobrani kat UM ni telah tamat dan beliau akan kembali ke tanah airnya di Indonesia. Teringat sejenak mcm mana waktu ustaz Tobrani mengajar dulu. Penulis sempat ambik 3 subjek dgnnya iaitu metod akidah, pengurusan dan juga penilaian. Mantap tak mantap, 3 subjek sekali gus dalam satu sem.)= Apa pun, penulis mohon ampun sgl slp dan slh dan juga trm ksh ats sgl ilmu yg ustaz berikan. Jasa mu guru, tetap ku kenang dunia akhirat. Sambil tu, sempat jgk btanya khabar ustaz HAMZAH di blknya, berjiran dgn ustaz Tobrani.

3) “Panggilan haji tlh tiba lg”! Lepas hbs exam 18hb, sempat sejenak penulis melawat pak cik dan mak cik yg akn berlepas ke tanah suci di kelana jaya. Alhamdulillah, sampai jgk hajat diaorg nk pi ke tnh suci. Insyallah penulis pun mgatur impian ingin sampai ke sana suatu hari nanti.ameeen)= Penulis jgk doakan buat mak ayah penulis agr tercapai impian diaorg nak ke sana buat kali kedua. Buat “Fatimah Mohamad” slmt jln dan hati2 pulang ke kmpung. Maafkan saya, sbb xsmpat hntr cz time tu bertembung ngn nak pi kelana jaya.

4) Penulis jgk sempat pi jogging kat taman jaya sambil mlht suasana dsana. Maklumlah, ramai yg dah tegur “badan dah makin berisi”. Sebelum baju penulis xmuat, baik cepat-cepat penulis turunkan segala kalori dan lemak yg wujud dlm jasad ini))= Tp xblh lwn dgn shbt saya “ aiman ruslan” lagi. Kalori serta lemaknya 3x ganda lg dr penulis. Tp kami bcita-cita sama2 nak buang sgl lemak dan kalori yg tdpt dlm tubuh bdn kami. Chaiyok3x

5) Dalam cuti ni, niat nak to pup ilmu sbyk mgkin. Tanpa ilmu sejauh mana sangatlah penulis mampu berjalan. Selagi nyawa msh ada, selagi tu, kita semua xkan pernah berhenti mcari ilmuNya. Byk lg buku2 yg penulis xsempat nk hbskan terutama buku pemberian shbt penulis, saudari aiman. Insyallah, penulis cuba tuk hbskan scpt mgkin. “BUKU KHUTBAH” xabis baca lg.huhuhu




6) Tahniah pd pgarah prgrm BRO MC dan krew2 nya yg tlh btungkus lumus mjayakan prgrm itu. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Tak lupa jgk buat ank usrah penulis, AIN dan MUNIRAH, tahniah akak ucpkan kerna telah mgorbankan sedikit masa, fzkl dan mental tuk pi prgrm bro mc. Di saat shbt2 lain tlh pulang ke rumah msg2, tp adik2 msh sanggup pi prgrm itu. Semoga apa yg adik2 buat tdk sia2 di cc NYa)= Nanti kmbli ke cmpus kte ghairahkan lg usrah kita)-

7) Sempat jgk pi btemu shbt lama ‘Asmah’ masa kat sekolah mahaad kenali dulu. Alhamdulillah, Allah pemudahkan btemu dgnya di midvaley walaupun saat itu penulis xbrp sht. Tahniah penulis ucpkan buatnya dan suami saudara Hafiz. Dah khwin rupanya shbt aku ni. Org jauh lg tu, sabah mari.hehe




8) Kpd sesape yg nak btolak balik kampung esok, HATI2 DI JLN RAYA! Moga selamat sampai dengan aman dan tenang. Doakan jgk pjalanan penulis esok hari, moga slmt sampai. Jemputlah dtg ke rumah penulis di kelate. Thn ni, penulis korban. Opps slp, ayh penulis yg korban. Penulis xberkemampuan lg. Insyallah rmh penulis xbanjir>))

Friday, November 27, 2009

Mukjizatnya Azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan

berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya
.

Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Selamat Beramal, TQ





Sunday, November 22, 2009

"Kembara Lautan"


Ketakutan yang bagaimana membayangi manusia ketika berhadapan dengan lautan yang luas? Seandainya manusia tenggelam dalam ombak lautan yang besar itu, kira-kira apakah nasib yang akan menimpa manusia itu? Jangankan lemas di lautan, mendengar deruan ombaknya saja pun sudah cukup menggetarkan hati manusia. Saat membayangkan betapa luas dan dalamnya laut, kita sering dihantui oleh bayangan-bayangan yang menyeramkan. Takut ditelan ikan paus, takut tenggelam ditelan gelombang ombak yang deras, dan beragam macam ketakutan lain yang membuat hati kita turut sama berombak. Lalu ingatkah kita, selain menggambarkan bahawa lautan ini luas, kita juga menggunakan kata "samudera" untuk menggambarkan betapa luas dan misterinya hidup kita ini.Kita menyebutnya 'SAMUDERA KEHIDUPAN'. Jika demikian, adakah hati kita juga diliputi rasa ngeri ketika membayangkan betapa luas dan dalamnya samudera kehidupan ini?

Semua kengerian tentang laut benar-benar membanjiri hati sahabat saya ketika dia telah mengenakan pakaian khusus untuk menyelam. Maklumlah, ini adalah penyelaman pertama yang dilakukan olehnya. Tetapi saya cuba meyakinkan dirinya, bahawa di bawah sana terdapatnya keindahan yang dihamparkan oleh Tuhan bagi mereka yang bersedia untuk menyelaminya. Keindahan yang tidak pernah bisa kita tatap dari permukaan air laut yang penuh gelombang serta tamparan ombak yang sentiasa beralun itu. Keindahan yang hanya bisa kita nikmati, jika kita bersedia untuk menerjah meneroka rahsia yang menyelimuti lautan itu.

Ketika tibanya saat shbt saya menyelam,tidak ada lagi kesempatan untuk berpengangan tangan dengan saya. Sehinggakan dia harus benar-benar percaya bahawa dia bisa menyelam dengan aman. Saya tidak nampak ketakutan yang menyelimutinya melainkan rasa penuh yakin menyelam dengan penuh tenang dalam air. Setelah penyelaman itu, sama sekali saya tidak melihat rasa ketakutan terpancar di wajahnya. Yang ada hanya tawa dan cerita pengalaman yang menakjubkan yang baru sahaja dirasakan olehnya. Pelbagai keindahan yang digambarkan pada saya melalui tutur bicaranya. Tetiba, hati saya tertanya pada diri sendiri, "ke manakah semua kengerian yang pernah menakuti dirinya"?
Tetiba saya teringat akan samudera kehidupan manusia ini. Mengingat betapa luasnya ia, yang sering membuatkan manusia rasa ngeri akan samudera kehidupan ini. Kita sering khuatir dengan apa yang akan terjadi esok hari, mengingatkan betapa penuhnya teka teki hidup ini yang sering membuatkan kita tidak berani melakukan sesuatu untuk menemukan keindahan hidup yang sebenarnya. Ketika membayangkan untuk terjun ke dalam samudera kehidupan,kita sering berasa takut. Kita takut, kita tidak bisa untuk menyelam di dalamnya dan kita juga takut terseret oleh gelombangnya. Kemudian tenggelam dan tidak bisa kembali ke permukaan lagi. Padahal boleh jadi, kedalaman samudera kehidupan yang penuh misteri itu, di sanalah tersimpan keindahan hidup kita yang sebenar. Seperti kita memandang lautan dari atas, kita bisa melihat deruan ombak dan hamparan gelombang. Kita tidak sama sekali bisa melihat keindahan yang Allah jadikan di bawahnya. Begitulah dengan kehidupan kita, jika kita hanya berani memandang permukaannya sahaja,kita hanya bisa melihat gelombang-gelombang yang mendebarkan. Kita sama sekali tidak bisa melihat apa yang disembunyikan dalam gelombang kehidupan itu, jika kita tidak bersedia untuk menerokanya.


Sesungguhnya lautan itu sangat indah, namun keindahannya hanya bisa kita temukan ketika kita bisa masuk menyelam ke dalamnya. Begitulah, hidup ini juga sangat indah dan keindahan itu hanya bisa kita ketemukan ketika kita bersedia menceburkan diri dalam kehidupan itu sendiri. Hal ini seperti apa yang kita alami sewaktu menyelam, di mana permandangan di dasar laut sungguh berbeza dari apa yang terlihat di permukaan. Oleh itu, tidak cukup hanya melihat dan menjelajah di permukaannya sahaja, barangkali kita harus bersedia menahan nafas lalu terjun ke dalamnya. Meskipun ianya berisiko, sekalipun pada permulaannya tidak aman dan tenang namun ketika kita sudah sampai ke dalamnya, kita akan menemukan hakikat sebenar sebuah kehidupan....


 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes