Sunday, December 27, 2009

“Ayuh Kembali ke Campus”

1- Alhmdulillah, walaupun pada mulanya rasa berat hati juga untuk kembali ke alam kampus tetapi apabila kuat seruan kawan-kawan seusia yang sama-sama berjuang untuk mencari ilmu di menara gading ini, karat-karat yang keras disekeliling hati dapat juga dikikis. Al maklumlah, bila cuti dah terlalu lama. Pe pun, perjuangan tetap kena diteruskan jua.

2- Penulis tiba di kampus UM ini pada 19 Disember 2009. Sampainya awal sedikit daripada tahun lalu namun masih sempat lagi mengikut jadual yang ditetapkan. Dia je yg tahu, betapa sakitnya teringatkan kmpung halaman yg terpaksa ditinggalkan.

3- Rasa gembira mula dirasai apabila melihat kawan-kawan seperjuangan turut sama sudah berada di kampus. Mereka juga seperti ku terpaksa berkorban kembali awal ke campus. Melihat di wajah-wajah teman-temanku yang penuh dgn semangat dan keazaman untuk meneruskan sisa perjuangan dan sesi baru pengajian di kampus ini. “Selamat Kembali ke Campus” buat semua warga UM terutamanya batch SMPI 07/08.

4- Pada 23 Disember, sempat juga melakukan “ekspedisi junggle tracking” di sungai congkak bersama shbt-shbt seperjuangan. Di kemuncaknya, bersua dgn air terjun yg sungguh menyegarkan. Subhanallah…yg telah mciptakan sgala keindahan alam di dunia ini.

5- Buat shbt penulis “Aina”, tahniah penulis ucapkan kerna telah selamat di ijab kabulkan. Moga bahagia dunia akhirat)- Tak lupa jgk buat “hidayah razak dan suami”, tahniah ats kehadiran cahaya mata baru-baru ni. Qute sgt baby tu! Syafakillah buat ustaz hafiz ilyas yg baru mjalani “operate telinga”. Penulis doakan moga cpt sembuh.

6- Esok bermula lah misi akademik sesi ‘SEM 2’ 2009. Insyallah, 4.7 pointer kali ini.)= Moga sem kali ni, dptlah penulis kejar shbtku “cik timah” yg tiap2 sem dpt dekan. Sebelum terlupa, tahniah buat cik timah kerna msh dpt mgekalkan ‘ranking dekan sem ini’. “Ayyuh semua, kita kembali ke kampus esok hari (28 Disember 2009) dan mulakan langkah dgn Bismillah”.

Saturday, December 26, 2009

Alhamdulillah...


“Selalu ku sakiti Engkau dgn dosaku, ku balas segala kebaikanMu dgn kekurangan.Tiada pernah aku menyedari semuanya bahawa nafas yg ku hirup adalah kuasaMu. Alhamdulillah ku syukuri semua terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup, Alhamdulillah ku syukuri semua terima kasihku ya Rabbi atas rahmat dalam hidupku. Selalu ku tinggalkan Engkau dgn helahku, ku balas segala kemurahanMu dgn keburukan.”

Penulis sempat menghayati bait-bait lagu “ungu” ini yg memberi sejuta makna kepada diri penulis.

1- Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih berada di dunia untuk menghirup udara segar kurniaan ALLAH. Sesungguhnye kenikmatan dan kurniaan yang diberikan ALLAH kepada kita adalah suatu kelebihan yang masih diberikan kepada kita. Syukur tak terhingga, penulis masih diberi kesempatan untuk membuka lembaran baru sempena tahun baru hijrah 1430 ini.

2- Di kesempatan ini, penulis mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430 kepada semua dan semoga tahun hadapan akan ditempuhi oleh kita dengan semangat ISLAM yang berterusan. Yang mana dirasakan kurang dalam amalan tambahkanlah dan semoga kita terusan beramal kepada ALLAH dengan ikhlas.

3-Bersama-sama ini juga penulis ingin mengajak semua mengamati kisah penghijrahan RASULULLAH Nabi Muhammad SAW beserta para sahabat dan umat ISLAM. Semoga penghijrahan, akhlak, hidup RASULULLAH menjadi panduan, pedoman serta tauladan dalam hidup kita sehari-harian.

4- Sempena Ma'al Hijrah 1430H teruslah memperbaiki diri kita dan memperjuangkan ISLAM yang tercinta. Doakanlah semoga kita semakin menjelaskan yang benar. Mari kita tanamkan azam-azam yang menjadikan kita insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

5- Mengenang kembali kisah peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada 622 M silam. Nabi Muhammad SAW memutuskan hijrah ke Madinah karena masyarakat Mekah sudah tidak lagi mahu menerima dakwahnya dan ini juga merupakan arahan drpd Allah.

5- Hijrah itu sebagai langkah perubahan Nabi Muhammad SAW untuk membuat sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat Madinah. Di Madinah, Nabi Muhammad SAW ternyata berhasil membangun peradaban baru yang lebih mencerahkan. Maka, seharusnya sirah ini di ambil iktibar dan panduan kpd kita semua. Insyallah…

6- Sejenak, sempat juga penulis bermonolog dan bermuhasabah seketika :-

Ya Allah yang Maha Kuasa, Kau ciptakan Manusia termasuk aku, dengan penuh kemuliaan, tetapi setelah ku tercipta, kujalani hidup ini penuh dgn kehinaan dan kealpaan…

1- Untuk ibu dan ayahku tercinta sampai saat ini belum dapat kusenangi hati kalian berdua, bahkan masih ada saja ku bebani, untuk menanyakan khabar saja masih bisa aku terlupa kerna hanya memikirkan kesibukan sendiri. Maafkan anakmu ini ibu dan ayahku tercinta….

2- Dan kepada shbt-shbtku yang sangat kusayangi, selama ini masih saja aku ada membuat kalian kecewa, membuat hati kalian terluka padahal kalian begitu setia menemaniku dalam suka dan duka.Mohon maaf di ats khilaf sepanjang persahabatan kita semua.

3- Jua dalam pergaualanku, aku masih melakukan kesalahan di sana sini yang bisa membuatkan orang sakit hati, mungkin salah seorang darinya adalah anda yang membaca tulisan ini.

Ya Allah… aku memang tidak semulia pada saat Engkau ciptakan, tetapi apakah aku masih dapat Engkau berikan kesempatan untuk terus berusaha mendapatkan kemuliaan itu kembali dihadapanMu sampai di akhir hidupku?
Ya Allah berilah aku kesempatan untuk memperbaiki diriku ini, berikan aku kesempatan untuk lebih mendekatkan diriku padaMU ya Rabbi… berikan aku petunjuk agar aku selalu berada pada jalanMu yang engkau redhai. Aku akan berusaha merubah segala sikap, sifat dan perbuatanku yang salah selama ini kepada orang-orang terdekat dgnku, terutama mereka yang sangat aku kasihi, dan aku sayangi…

Friday, December 25, 2009

IMAM MAHADI VS DAJJAL

Dah lama rasanya, penulis tidak mempedulikan blog mekanik mental ini. Rasanya alasan “sibuk” bukanlah menjadi penghalang untuk tidak penulis ambik “cakno” pada blog penulis sendiri. Mencipta blog adalah sangat mudah tapi untuk istiqamah dengannya amatlah sukar. Apa pun, setiap sesuatu itu punyai haknya yang tersendiri, jadi kte mestilah sedaya upaya menunaikan hak itu.
Apabila penulis membaca semula artikel berkaitan dgn kebangkitan imam Mahadi yg pernah penulis coretkan, rasanya hati penulis begitu ghairah tuk memperkatakan tentang hal Imam Mahadi lagi. Diharapkan agar kalian tdk berasa jemu dan bosan kerna walaupun kalian tdk mahu membacanya, sekurang-kurangnya kalian harus yakin isu tentang Imam Mahadi ini suatu isu yg sgt penting tuk difahami dan diyakini.

Majoriti masyarakat kita mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan menjadikannya sebagai sumber kewangan. Bagi pandangan saya, di sini ingin saya katakan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor utama”.

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan, “Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan” Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang utama iaitu Imam Mahadi, Nabi Isa a.s. dan agama Islam.

Sebagai agen perubah pemikiran masyarakat, kita sebagai mahasiswa perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal. Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia??

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak. Apa benarkah begitu? Sejauh mana kebenaran di sebalik semua ini? Seperti yg saya katakan sebelum ini, saya tidak bersetuju dengan kenyataan “untuk mendapatkan minyak” yg menjadi punca mereka menyerang Afghanistan dan Iraq. Ini bukanlah merupakan faktor utama, pasti ada misi tersembunyi yg mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Kalau kita berfikir dgn logik, wang sudah tidak menjadi masalah kepada Dajjal. Kita sendiri tahu, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak sejak 400 tahun dahulu lagi, bermulanya dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton. Jadi, apakah misi tersembunyi Dajjal sebenarnya? Jom kte terjahnya lagi...

Cuba kita teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dikatakan itu adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu. Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi Isa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah “Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”.

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahadi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s. Imam Mahadi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahadi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahadi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahadi.

Selepas kita mengetahui tentang apakah misi utama Dajjal, penulis juga cuba bawakan tentang teori tentang strategi Dajjal untuk kita semua ketahui dan fahami. Teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahadi. Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu:-

 Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

 Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahadi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahadi.

Jika kita mengambil serta meneliti maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahadi akan diperolehi seperti berikut:-

Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah. Maka Imam Mahadi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahadi akan lahir dari keturunan Hussein. Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahadi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahadi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Selain itu, kita dapat tengok senario sekarang, di mana tentera PBB terus ditempatkan di Iraq. Tindakan ini sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahadi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku. Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah. Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di serata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahadi kelihatan logik bagi Dajjal. Dajjal tidak mengenali Imam Mahadi, jadi dengan menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahadi.

Sehingga sekarang tentera PBB juga turut ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bila difikirkan kembali, ini sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahadi.

Pernahkah kita terfikir wahai mahasiswa sekalian?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau sebenarnya terdapat faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.


Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orang awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini? Adakah ianya kebetulan? Marilah kita sama-sama berfikir…

Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa: “Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.” Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahadi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas. Tidak!! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi penulis, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Pada pandangan penulis, saya begitu yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas dasar faktor politik dan ekonomi, tetapi ia sebenarnya dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahadi yang dijanjikan Allah SWT. Mereka sesungguhnya lupa bahawa perancangan dan strategi Allah lebih maha hebat dari mereka. Janji Allah bahawa Imam Mahadi akan bangkit memenangkan Islam nanti adalah suatu yg pasti. Sedarlah wahai umat Islam semua, mahukah kita semua hanya sekadar berpeluk tubuh semata-mata? Ayuh mahasiswa semua, arahkan pemikiran dah hatimu untuk memahai isu akan kebangkitan Imam Mahadi ini. Justeru itu, tebarkan sayap kefahaman mu ini kepada masyarakat di luar sana.

Friday, December 18, 2009

AYUH SEMUA MAHASISWA TURUN KE FORUM E-VOTING INI!!!

Monday, December 7, 2009

Kebangkitan Imam Mahadi


Sambil mengemas buku-buku pengajian sem lepas, tetiba di tanganku sedang memegang buku pengantar usuludin (Siapa itu Nabi-Nabi). Teringat waktu dalam kuliah, begitu semangat ustaz WAN ZAILAN ketika mensyarahkan kuliahnya. Masih segar dibenak fikiran penulis tentang IMAM MAHADI yang menjadi salah satu tajuk dalam subjek pengantar usuludin. Ketika ini, masyarakat sedang sibuk memperkatakan tentang filem 2012 yang sedang hangat ditayangkan di seluruh pawagam dunia. Tidak kurang hebatnya juga dengan negara kita Malaysia yang mengalami fenomena yang sama. Seluruh pawagam boleh dikatakan sesak sehinggakan tiket terpaksa dibeli awal bagi siapa yang hendak menontonnya. Sampai sekarang, hajat penulis tidak kesampaian untuk menonton filem yang dikatakan kontroversi itu.

Pena ini menyeru untuk ku mencoret sesuatu lagi. Mengilhamkan pemikiran ini untuk mengarahkan pena mencoret tentang “KEBANGKITAN IMAM MAHADI” Dengan redhaMu, izinkan aku membiarkan pena ini untuk terus mencoret apa yang pemikiran aku arahkan.



Kapan bilakah imam Mahadi akan muncul, hanya yang Maha Esa saja maha mengetahui. Begitu juga soal “hari kiamat” kapan bilakan ianya terjadi, jawapannya tetap sama sepertimana kapan bilakah IMAM MAHADI akan muncul. Oleh itu tahun 2012, belum tentu terjadinya kiamat kerna urusan soal kiamat hanya Allah saja yang mengetahuinya.
Wahai manusia yang berfikir, apabila telah tibanya saat Allah mengutuskan IMAM MAHADI datang ke muka bumi ini, maka kita semua umat Islam wajib bergabung dengan barisannya. Begitulah arahan dan perintah Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita semua. Sesungguhnya IMAM MAHADI merupakan “panglima umat Islam di akhir zaman”. Kita dapat lihat dengan jelas sebagaimana mafhum hadis nabi yang berbunyi :-

“ Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’atlah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju kerna sesungguhnya dia adalah “KHALIFATULLAH AL MAHADI”.

Terdapat banyak sekali hadis nabi yang mengisyaratkan kedatangan IMAM MAHDI. Namun hadis ini seperti mafhum di atas merupakan hadis yang paling jelas menjelaskan apakah kewajipan umat Islam di saat IMAM MAHADI akan tiba nanti. Kedatangannya juga menjadi salah satu tanda menjelang datangnya hari kiamat.

Nabi S.A.W. bersabda : (“ketika kalian melihatnya kehadiran Imam Mahadi”….), bahagian ini mengisyaratkan kepada kita bahawa umat Islam perlu senantiasa berwaspada dengan kehadiran IMAM MAHADI. Jangan disebabkan dengan kelalaian kita akan “fenomena” ini, menyebabkan kita akan menyesal di saat hadirnya IMAM MAHADI. Kita juga tidak boleh menafikan akan pentingnya hal ini dengan menganggap bahawa orang yang peduli akan kehadirannya adalah orang-orang yang tahunya cukup dengan hanya sekadar ‘MENUNGGU’ datangnya IMAM MAHADI. Menunggunya manusia seperti ini, di mana sisa hidupnya hanya diisi dengan kesibukan berzikir kepada Allah sambil berpangku tangan menyaksikan keadaan dan keterbelakangan umat Islam hari ini.

Memahami akan fenomena kebangkitan merupakan perkara yang sangat penting. Mengapa??? Kerna kelak IMAM MAHADI akan menjadi pemimpin umat Islam, bahkan panglima perang umat Islam yang akan mengajak kita berjihad fii sabilillah melawan penguasa-penguasa yang bernafsukan kehendak sendiri memerintah dengan mengabaikan kehendak Allah dan rasulNya. Para penguasa inilah berkuasa dengan sombongnya serta menjadi “thaghut” di tengah ummat Islam. Mereka menjadi berkuasa kerna didokong oleh penguasa dunia dari kalangan ‘al-kuffar’ di mana ketika ini Allah mengizinkan giliran mereka menjadi pemimpin ke atas umat manusia sedunia. Mereka menjadi bongkak dalam sistem kekuasaannya yang batil disebabkan keadaan umat Islam yang lemah dalam segenap bidang kehidupan. BANGKITLAH WAHAI MAHASISWA, BANGKITNYA KITA DENGAN MENJADI AGEN KEPADA KESEDARAN MASYARAKAT AKAN FENOMENA IMAM MAHADI INI”

IMAM MAHADI merupakan sebuah ‘solusi Rabbani’ bagi menghadapi babak perjalanan umat Islam di akhir zaman. Ketika ini, Allah memberi kesempatan kepada mereka untuk memimpin umat manusia dan akan tiba gilirannya juga Allah mengizinkan kembali orang-orang beriman menang pada titik akhirnya nanti. Penulis merasakan fenomena ini perlu serap kefahamannya kepada masyarakat. Penulis juga merasakan pelbagai metod dan cara kita boleh lakukan bagi merancakkan lagi usaha memahamkan masyarakat akan fenomena ini dan yang paling utama kita menyerap masukkan kefahaman ini di kalangan warga kampus. Mungkin kita boleh buat melalui talk, forum, kempen-kempen, facebook, friendster dan berbagai cara lagi. “Kefahaman mahasiswa pencetus kepada kefahaman masyarakat”.

Tuesday, December 1, 2009

"AIDILADHA 09"

“ Takbir raya” bergema diseluruh pelusuk dunia pada pagi jumaat 27hb November. Sebelum tibanya aidiladha semua umat Islam dah sibuk tempah lembu untuk dikorbankan. Kalau tibanya aidiladha, selalu sangat kedengaran di telinga penulis “ Kelate mesti meriah kalau raya aji” Bahkan ada yg kata, kelate lah juara tempat yg paling best dan meriah sekali bila time raya aji tiba. Tetiba bila timbul steroetaip sebegitu, membuatkan penulis berfikir, kenapa harus timbul steroetaip sedemikian rupa?? Bagi penulislah, kemeriahan aidiladha ni tidak ditentukan mengikut tempat. Semua yg bergelar penganut agama Islam mesti merayakan aidiladha sepertimana yg telah Allah tetapkan. Bagi yg berkemampuan, bolehlah menyalurkan rezeki yg Allah berikan ini dengan korban. Kemeriahan aidiladha akan terasa bila mana kita memahami hakikat sebenar falsafah dan sejarah mengapa wujudnya “KORBAN” dlm raya aidiladha. Jom kita cuba terjah sedikit apa itu erti “PENGORBANAN”.

Adha atau korban, kalimah ini sering digunakan sempena meraikan hari yang sangat penting di dalam Islam. Aidiladha berbeza dgn Aidilfitri, mungkin aidiladha tidak semeriah aidilfitri tapi disebaliknya tersimpan satu pengertian yang sangat bermakna. Perayaan ini tidak memerlukan puasa sebulan untuk menyambutnya, akan tetapi ia memerlukan pengorbanan sebagaimana yg dilakukan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail serta mengingati para tetamu Allah yang mengerjakan rukun Islam yang kelima. Tetiba penulis teringat kat mak cik dan pak cik penulis, yg ketika ini sedang berada di tanah suci. Penulis doakan agar mereka selamat mengerjakan rukun Islam kelima ini.

Antara keistimewaan Aidiladha ialah korban yang dituntut untuk dilaksanakan pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11,12,13 Zulhijjah. Ibadah korban sebenarnya adalah bukti kepatuhan manusia kepada Allah dan lambang kesyukuran terhadap segala nikmat yang telah dikurniakan, di samping mengeratkan silaturahhim di antara kaya dan miskin. Semuanya sama saja di sisi Allah an Allah tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia.

Secara fitrahnya, aidiladha perlu disambut lebih meriah berbanding Aidilfitri. Ini adalah kerana Aidiladha dipanggil sebagai hari raya al-Akbar ( besar), sementara Aidilfitri dipanggil al-Asghar (kecil). Walaupun demikian, masyarakat kita telah salah faham dalam menyambut kedua-dua perayaan terbesar di dalam Islam ini. Aidilfitri disambut begitu meriah malah pembaziran berlaku di sana sini. Manakala aidiladha tidak begitu terasa melainkan terdapatnya iklan-iklan di televisyen,cuti umum di calendar, ahli keluarga menunaikan haji ataupun lembu yang ditambat di hadapan rumah. Penulis rasa inilah jawapan kepada kenapa timbulnya steroetaip yg penulis jelaskan seperti di awal tadi.

Sinar aidiladha perlu dikembalikan, begitu juga persepsi terhadap sambutan aidilfitri harus diperbetulkan. Ini adalah peranan kita sebagai “MUSLIM” yg benar-benar mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Di sini juga terletaknya pengorbanan yg harus kita lakukan. Bertakbirlah sepuas-sepuasnya sepanjang aidiladha ini. Berpuasalah pada hari-hari awal Zulhijjah terutama pada hari ‘Arafah’. Ingatilah para Hujjaj yg menjalani pelbagai ujian sebagai tetamu Allah serta lihatlah darah yg mengalir dari lembu atau unta yg disembelih sebagai bukti ibadah korban yg dijalankan.

Bila cerita pasal lembu ni, Alhamdulillah…., rumah penulis juga tidak terlepas dari menjadi tempat korban. Biasanya kalangan saudara mara sendiri yg akan sama-sama korban di rumah penulis. Ayah penulislah yang menjadi “leader” untuk acara korban di pagi raya tersebut. Normalnya pihak laki akan menguruskan sembelihan lembu sehinggalah selesai daging-daging itu diagihkan. Manakala pihak wanita pula akan sibuk memasak bagi mereka yg dah penat melakukan acara sembelihan tadi dan juga tidak lupa untuk jiran tertangga yg terdekat. Time ni, penulis adalah salah seorang yg sgt ‘busy’. Maklumlah 24 jam kena berada di dapur.hehe)=



Time raya aidiladha ni biasalah, jemputan memang banyak. Kekadang tidak tersusun jadual dibuatnya. Badan penulis pun dah nak naik balik dibuatnya. Tidak kurangnya juga dgn jemputan kenduri kahwin. Time raya ni,ramai pula yg bertemu jodoh. Penulis lambat lagi kot, maklumlah PHD tidak tercapai lg)=. 6 November ni, sepupu penulis juga akan berkahwin. Nampaknya jadi “krew kenduri” lagi lah jawabnya penulis. Tapi hakikatnya seronok bila time kenduri ni, mcm-mcm pengalaman penulis dapat dan yg paling utama “ROH UKHWAH” itu sendiri yg penulis dapat rasakan. Kelate ni lebih sinonim dgn “bekwoh” yg bermaksud kenduri. Bila sebut ‘bekwoh’ baru rasa ada ummnyer mcm minum teh lipton.

Tidak lupa jgk pada matan presiden PMIUM ustaz Dzuikhairi dan isterinya kak raihana yang baru selamat diijabkabulkan. Penulis doakan semoga mereka berdua bahagia dunia akhirat. Kita tunggu giliran ustaz Syaznir Munir pula selepas ini)-: Penulis jgk ucapkan all the best dan good luck pada warga syariah terutama sahabat penulis sendiri aiman ruslan yg sedang bertungkus lumus berlatih untuk pertandingan “MOOTING” peringkat antara universiti yg akn berlangsung di USIM. “UM IS ONE”, chaiyok3x! moga Allah permudahkan kalian semua.


ustaz Dzul bsama isterinya kak raihana

Alhamdulillah dapat juga penulis terus mengarahkan pena ini untuk mencoret sesuatu
walaupun penulis agak busy dgn suasana raya aidiladha. Thanks Allah…SALAM AIDILADHA kpd semua yg mengenali jasad ini dan penulis mohon maaf atas segala khilaf yg pernah penulis lakukan samada disedari mahupun tidak.
 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes