Friday, December 25, 2009

IMAM MAHADI VS DAJJAL

Dah lama rasanya, penulis tidak mempedulikan blog mekanik mental ini. Rasanya alasan “sibuk” bukanlah menjadi penghalang untuk tidak penulis ambik “cakno” pada blog penulis sendiri. Mencipta blog adalah sangat mudah tapi untuk istiqamah dengannya amatlah sukar. Apa pun, setiap sesuatu itu punyai haknya yang tersendiri, jadi kte mestilah sedaya upaya menunaikan hak itu.
Apabila penulis membaca semula artikel berkaitan dgn kebangkitan imam Mahadi yg pernah penulis coretkan, rasanya hati penulis begitu ghairah tuk memperkatakan tentang hal Imam Mahadi lagi. Diharapkan agar kalian tdk berasa jemu dan bosan kerna walaupun kalian tdk mahu membacanya, sekurang-kurangnya kalian harus yakin isu tentang Imam Mahadi ini suatu isu yg sgt penting tuk difahami dan diyakini.

Majoriti masyarakat kita mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan menjadikannya sebagai sumber kewangan. Bagi pandangan saya, di sini ingin saya katakan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor utama”.

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan, “Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan” Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang utama iaitu Imam Mahadi, Nabi Isa a.s. dan agama Islam.

Sebagai agen perubah pemikiran masyarakat, kita sebagai mahasiswa perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal. Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia??

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak. Apa benarkah begitu? Sejauh mana kebenaran di sebalik semua ini? Seperti yg saya katakan sebelum ini, saya tidak bersetuju dengan kenyataan “untuk mendapatkan minyak” yg menjadi punca mereka menyerang Afghanistan dan Iraq. Ini bukanlah merupakan faktor utama, pasti ada misi tersembunyi yg mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Kalau kita berfikir dgn logik, wang sudah tidak menjadi masalah kepada Dajjal. Kita sendiri tahu, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak sejak 400 tahun dahulu lagi, bermulanya dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton. Jadi, apakah misi tersembunyi Dajjal sebenarnya? Jom kte terjahnya lagi...

Cuba kita teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dikatakan itu adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu. Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi Isa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah “Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”.

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahadi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s. Imam Mahadi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahadi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahadi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahadi.

Selepas kita mengetahui tentang apakah misi utama Dajjal, penulis juga cuba bawakan tentang teori tentang strategi Dajjal untuk kita semua ketahui dan fahami. Teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahadi. Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu:-

 Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

 Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahadi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahadi.

Jika kita mengambil serta meneliti maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahadi akan diperolehi seperti berikut:-

Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah. Maka Imam Mahadi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahadi akan lahir dari keturunan Hussein. Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahadi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahadi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Selain itu, kita dapat tengok senario sekarang, di mana tentera PBB terus ditempatkan di Iraq. Tindakan ini sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahadi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku. Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah. Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di serata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahadi kelihatan logik bagi Dajjal. Dajjal tidak mengenali Imam Mahadi, jadi dengan menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahadi.

Sehingga sekarang tentera PBB juga turut ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bila difikirkan kembali, ini sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahadi.

Pernahkah kita terfikir wahai mahasiswa sekalian?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau sebenarnya terdapat faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.


Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orang awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini? Adakah ianya kebetulan? Marilah kita sama-sama berfikir…

Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa: “Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.” Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahadi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas. Tidak!! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi penulis, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Pada pandangan penulis, saya begitu yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas dasar faktor politik dan ekonomi, tetapi ia sebenarnya dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahadi yang dijanjikan Allah SWT. Mereka sesungguhnya lupa bahawa perancangan dan strategi Allah lebih maha hebat dari mereka. Janji Allah bahawa Imam Mahadi akan bangkit memenangkan Islam nanti adalah suatu yg pasti. Sedarlah wahai umat Islam semua, mahukah kita semua hanya sekadar berpeluk tubuh semata-mata? Ayuh mahasiswa semua, arahkan pemikiran dah hatimu untuk memahai isu akan kebangkitan Imam Mahadi ini. Justeru itu, tebarkan sayap kefahaman mu ini kepada masyarakat di luar sana.

1 comments:

Anonymous said...

ehmm..betul2...
ain pun rasa cam tue...
diorang mencari kesalahan yang kecil utk diperbesarkan, jadi boleh la diorang menggunakannya sebagai alasan...
...sepertimana dalam ayat quran surah al-baqarah : 120...

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes