Saturday, February 27, 2010

Kenapa Bersikap Assobiyah

Larangan Islam Terhadap Nasionalisme

Nasionalisme merupakan suatu konsep yang sangat berbeza dengan Islam, sebab ia menyeru kepada kesatuan berdasarkan pada ikatan kekeluargaan dan kesukuan , sementara Islam menyatukan manusia berdasarkan pada Aqidah, iatu keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya SAW. Islam menyeru ummat nya bersatu berdasarkan ikatan ideologi Islam. Menyatukan manusia berdasarkan ikatan kesukuan jelas dilarang.

Diriwayatkan dari Abu Daud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
"Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assobiyah(nasionalisme/sukuisme), orang yang berperang kerana assobiyah serta orang-orang yang mati kerana assobbiyah"

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW ketika berbicara mengenai masalah nasionalisme, rasisme dan patriotisme, telah bersabda,
"Tinggalkanlah, ia tidak berguna"( Bukhari dan Muslim)

dan dalam Hadis yang ditulis oleh Misykat al masabih, Rasulullah SAW berkata :
"Dia yang menyeru kepada Assobiyah laksana seorang yang mengigit kemaluan ayahnya."

Di ceritakan oleh At-tabrani dan Al-hakim bahawa dalam suatu insiden beberapa orang memperkatakan dan merendah-rendahkan Sahabat Salman Al Farisi. Mereka membicarakan inferioriti orang Parsi dibandingkan dengan orang Arab. Ketika mendengar hal ini Rasulullah SAW, menyatakan dengan tegas "Salman adalah sebahagian dari kami, Ahlul Bait (keluarga Rasul)". Pernyataan Rasulullah SAW ini memutuskan seluruh ikatan berdasarkan kepada faktor keturunan dan kesukuan.

Juga kisah dalam dua riwayat yang berbeza oleh Ibnu Al-Mubarak dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah, bahawa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar berkata kepada Bilal, "Kamu anak seorang budak hitam" Rasulullah SAW yang mendengar perkara ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan bersabda: "Ini keterlaluan Abu Dzar". Orang yang ibunya berkulit putih tidak mempunyai kelebihan yang membuatnya menjadi lebih baik daripada seorang yang ibunya berkulit hitam". Peringatan ini meninggalkan kesan yang amat dalam diri Abu Dzar. Ia kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahawa ia tidak akan mengangkatnya selagi Bilal belum menginjakkan kakinya ke atasnya.

Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa ikatan nasionalisme tidak mendapat tempat sama sekali dalam Islam. Kaum muslimin diperintahkan untuk berdiri bersama-sama dan tidak memisahkan diri antara satu sama lain hanya kerana mereka berasal dari suku kaum yang berbeza. Rasulullah SAW juga bersabda:

"Orang-orang yang beriman, dalam kecintaannya, kasih sayangnya dan persatuan yang kuat, laksana satu tubuh; ketika satu bahagian tubuh men derita sakit , maka seluruh tubuh akan merasa sakit dengan mengigil dan demam."

(H.R Muslim)

"Orang-orang yang beriman seperti satu tubuh; jika matanya sakit, maka seluruh tubuhnya akan merasa sakit." (Muslim)

"Orang Arab tidaklah lebih baik dari orang bukan Arab. Sebaliknya, orang bukan Arab juga tidak lebih baik dari orang Arab. Orang berkulit merah tidak lebih baik dari orang berkulit hitam kecuali dalam ketqwaannya. Umat manusia adalah anak cucu Adam dan Adam diciptakan dari tanah liat."(H.R. Bukhari dan Muslim, dari Abu Musa)

Perkara ini bererti bahawa orang-orang Islam, baik keturunan Cina, India, Melayu, Jawa, Afrika, Eropah mahupun Asia, merupakan umat yang satu dan mereka tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Seharusnya tidak ada satupun ikatan nasionalisme pun yang dapat memecahbelahkan kesatuan ummat Islam. Allah berfirman sebagai berikut:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara." (Al-Hujurat:10)

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes