Saturday, January 23, 2010

Demonstrasi Demokrasi Campus


1- Alhamdulillah, penulis tadi bersama dgn rakan-rakan seperjuangan dari beberapa buah universiti membuat “DEMONSTRASI DEMOKRASI CAMPUS di kompleks membeli belah sogo.Antara yang dituntut dalam perhimpunan tersebut ialah :-

a) KEBEBASAN AKADEMIK
b) KETELUSAN PENTADBIRAN
c) AUTONOMI UNIVERSITI

2- Lebih kurang 200 aktivis mahasiswa berhimpun di ibunegara tersebut kerna ingin membantah proses pilihanraya kampus. Suara keramat mahasiswa terus kedengaran, “STUDENT POWER” dgn hasrat suara kebenaran ini sampai ke telinga masyarakat. Ini bagi menyedarkan masyarakat tentang hak mahasiswa yg telah diragut oleh pihak yg tidak bertanggungjawab.

3- Ketika penulis bersama shbt2 yg lain, pihak polis mengarahkan agar kami semua bersurai. Selain itu, sekali lagi pihak polis mencipta provokasi dgn bertindak ganas terhadap mahasiswa dan turut merampas banner yg menyatakan suara kebenaran mahasiswa. Ini secara tdk langsung membuktikan negara ini adalah “ NEGARA POLIS”.

4- Dalam perhimpunan itu, sembilan pelajar universiti telah ditahan dan telah dibawa ke ibu pjbt dang wangi. Moga kalian terus kuat dlm pjuangan ini. Kami semua bersama kalian.


5- Antara 9 yang telah ditahan itu ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

6- Kepada yg menentang kebenaran, ketahuilah kami sebagai mahasiswa tidak akn pernah berputus asa dgn mehnah ini semua. “Mahasiswa tetap akan bangkit”.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes