Friday, June 25, 2010

40 Ulama : Tahukah kamu...

Belum pun lagi reda isu "JI" yang dimainkan oleh Umno, penulis baru diberitakan sebentar tadi, seramai 40 orang ulama telah pun menyertai Umno. Isu yang ingin penulis bangkitkan di sini bukanlah “kepartian”, tetapi isu Agama Islam dan kebatilan. Kita cukup ketahui sebelum ini, beberapa unsur percanggahan dengan Agama Islam telah jelas dan terang dilakukan oleh parti tersebut. Bahkan unsur kezaliman juga telah banyak berlaku dan cukup jelas untuk menyedarkan kita.

Antara bentuk percanggahan dengan Islam ialah perjuangan sekularisme, liberalisme, nasionalisme dan sebagainya. Manakala unsur yang berbentuk kezaliman ialah menolak pelaksanaan hudud, judi, arak, pemisahan masjid, mempermainkan hukum Allah, kehilangan duit negara berbillion-billion ringgit dan sebagainya.

Maka kepada 40 orang yang telah menyertai parti tersebut, penulis sebagai mahasiswa Universiti Malaya menyatakan pendirian setegas-tegasnya memandang kemasukkan mereka ini suatu yang tidak relevan. Insyallah kami selaku mahasiswa di Universiti Malaya bersedia untuk berhadapan dengan ulama-ulama ini.
Kita tidak mahu mereka “berpotensi” untuk bergelar ulama bisu seperti ulama yang dah ada sekarang dalam parti tersebut. Sebagai buktinya, kita boleh lihat bagaimana sikap kebisuan ulama sebelum ini apabila timbulnya isu "judi". Kalau betul mereka menyertainya untuk menyebarkan dakwah Islam, bermakna mereka sudah tersilap pilih jalan untuk menyebarkannya. Tidak tahukah mereka, selama ini perjuangan parti tersebut sudah bercanggah dengan Islam? Adakah mereka tidak tahu, sebelum ini parti tersebut pernah menghina sunnah Nabi yang anda perjuangkan? Adakah mereka tidak tahu, parti tersebut menolak pelaksanaan hukum Allah?

Penulis dan warga Malaysia yang lain menantikan ulasan dan hujah daripada mereka untuk membolehkan perkara yang haram, dan mengeluarkan dalil untuk bercanggah dengan Islam.

Seorang ulama sejati tidak akan tunduk kepada kemungkaran!! Umno dalam usaha memperbodohkan minda orang-orang melayu dengan kemasukkan ahli-ahli agama ini untuk penyucian imej mereka yang telah kotor dan berkarat hanya dengan mengunakan umpan perkataan "ULAMA".

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [Hadis Riwayat Baihaqi].

Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan ciri khas seorang ulama yang membedakan dengan kebanyakan orang yang mengaku berilmu atau yang diakui sebagai ulama bahkan waliyullah. Dia berfirman:

إِنَّماَ يَخْشَى اللهَ مِنْ عِباَدِهِ الْعُلَمآءُ

“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama.” (Fathir: 28)

Badruddin Al-Kinani rahimahullah mengatakan: “Mereka (para ulama) adalah orang-orang yang menjelaskan segala apa yang dihalalkan dan diharamkan, dan mengajak kepada kebaikan serta menafikan segala bentuk kemudharatan.” (Tadzkiratus Sami’ hal. 31)

"Ingatlah berjuang di Jalan Allah memerlukan pengorbanan dan kesabaran kalian yang tidak ada batasnya"

Renungkanlah...

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes