Saturday, June 26, 2010

"Kenapa UMNO Dahagakan Sangat Ulama??

Melihat pada isu 40 ulama yang menyertai Umno kelmarin, membuatkan penulis berpandangan untuk melihat apa yang sebenarnya tersirat di sebalik berlakunya isu tersebut atau dalam erti kata lain KENAPA UMNO DAHAGAKAN SANGAT ULAMA...??

Kita sedia maklum, reputasi UMNO memang diketahui umum tercalar sangat teruk dengan timbulnya isu kelulusan judi bolasepak. Sekalipun Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah mengumumkan menarik balik sebarang kelulusan lesen judi bolasepak, tindakan kerajaan Malaysia yang telah gagal memahami hukum halal haramnya kesalahan judi ini benar-benar menyebabkan rakyat Malaysia terutama golongan atas pagar 'berfikir semula' akan sokongan mereka kepada UMNO. Malahan ahli-ahli UMNO sendiri ramai yang mendesak agar kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut.Sikap kebisuan mufti-mufti juga sudah cukup menyedarkan rakyat!

Dalam suasana yang kelam-kabut inilah, UMNO mula bercakap dan mengatur starategi mengenai perlunya kumpulan ulama' di dalam parti tersebut setelah isu "JI" telah dimainkan oleh mereka. Bagaimana mereka mendapat ilham tidaklah diketahui tetapi jelas ini adalah suatu tindakan seolah-olah cuba melenyapkan dan memancing kembali persepsi rakyat yang mula meragui akan keperihatinan UMNO terhadap hukum-hakam Islam.

Untuk mengatakan UMNO memainkan isu ulama' ini bertujuan memadamkan reputasi PAS sebagai Parti yang bertunjang Islam adalah mustahil kerana dasar perlembagaan UMNO sendiri meletakkan bangsa Melayu sebagai asas perjuangannya! Manakan mungkin Islam mampu didaulatkan melalui perjuangan kebangsaan? Hakikatnya sejak merdeka sehingga sekarang UMNO jelas gagal mendaulatkan Islam malahan telah 'berjaya' menghancurkan sahsiah umat Islam di Malaysia yang bermajoritikan bangsa melayu.

Pada pandangan penulis, apa alasan 40 org ulama untuk bersama-sama `berjihad' dengan sekutu Apco??? Kalau penulis melihat kepada sebelum ini, alasannya tetap sama dengan beberapa orang yang berkelulusan agama yang lebih awal diperbodohkan dan diperkotak katik kan seperti Nakhaei, ustaz Firdaus, ustzah Mashitah dan terbaru ustaz Jamil Khir. Kesemua mereka ingin men`syahadah’kan parti sekular itu untuk kembali kpd Al-Quran. Hasilnya? Hasilnya kita dpt lihat bagaimana... Bertambah baikkah atau bertambah teruk? Disaat dua tiga yang ternama itu berada di dalam parti itu, pemimpin mereka bercita-cita untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama ada malah pusat judi terbesar kekal tersergam indah di puncak gunung. Apa yang dua tiga org ternama di dalam bidang agama ini telah mampu buat? Yang kita lihat hanya kebisuan yang terus menerus. Jika yang sudah ternama seperti ini tidak mampu buat apa-apa melainkan cukup bulan makan gaji, adakah 40 ulama ini boleh buat??? Kita tunggu dan lihat nanti bagaimana...Rakyat aken terus memerhati dan menilai...

Kita tidak mahu bersangka buruk terhadap 40 orang ini. Kita cuba beri masa kepada kumpulan 40 ini tempoh `berpantang’ 40 hari juga. Selepas itu, dalam tempoh 100 hari kita mahu lihat apa perubahan yang berlaku di dlm parti sekular yang mereka sokong itu. Jika di dlm tempoh tersebut mereka gagal untuk menjadi lebih cerdik dari kebanyakan yang jahil di dalam parti yang baru mereka sertai itu, kita nasihatkan kepada mereka kembalilah semula ke pondok atau pengajian agama seandainya mereka masih segan untuk berjuang bersama kita..

Wait and see...!!

Abu Darda menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:

«وَفَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ إِنَّ اْلأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ»

Keutamaan ulama atas ahli ibadah bagaikan keutamaan bulan terhadap seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, melainkan mewariskan ilmu. Karena itu, siapa saja yang mengambilnya, ia telah mengambil bagian (tanggung jawab) yang besar. (HR at-Tirmidzi dan Abu Dawud).

Tanggung jawab yang dimaksud adalah tanggung jawab mengembangkan misi risalah para nabi untuk menuntun umat manusia pada hidayah.

Warisan para nabi berupa ilmu itu tidak serta-merta bisa dimiliki sebagaimana warisan dalam bentuk harta. Siapa yang ingin memperoleh warisan ilmu itu, ia harus berupaya meraihnya. Muawiyah menuturkan, Rasul saw. pernah bersabda:

«يَا أَيُّهَا النَّاسَ تَعَلَّمُوْا، إِنَّمَا الْعِلْمُ باِلتَّعَلُّمِ، وَالْفِقْهُ بِالتَّفَقُّهِ، وَمَنْ يُرِدْ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِيْ الدِّيْنِ»

Wahai manusia, belajarlah kalian, sesungguhnya ilmu itu tidak lain diperoleh dengan belajar, pemahaman itu dengan pendalaman. Siapa saja yang Allah kehendaki kebaikannya, Dia akan memahamkannya dalam masalah agama. (HR Ibn Abi Ashim dan ath-Thabrani).

Peliharalah kami dari kebatilan dan sebarang fitnah...

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes