Pemikir yang senantiasa berfikir, apa yang Allah nak manusia fikir



Konsert Adam Lambert tetap dihalalkan....!!!
Terbuka Untuk SEMUA......!!!!
Bebaskan mahasiswa daripada kezaliman dan ketidakadilan.........!!! Hadir tanda sokongan terhadap lima rakan seperjuangan kita.
"GRADUAN AIDILFITRI",bersaksikan alunan azan magrib, Allah telah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan "AIDILFITRI" itu. Ke arah fasa mengmuhasabahkan diri sejauh mana prioriti kita sebagai seorang HAMBA pada ramadhan kali ini. Salam aidilfitri buat semua dan mohon maaf jika terdapat sebarang kekhilafan. Jadikan Aidilfitri sebagai wadah menghidupkan ukhwah sesama kita....
Sesungguhnya menjadi manusia tidak berhenti berfikir. Cuma yang membezakan ialah perkara yg difikirkan; berfikir untuk diri sendiri, berfikir untuk orang lain dan berfikir untuk ummah.Pemikir yang senantiasa berfikir apa yang Allah nak manusia fikir..
Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan.
Rasulullah terus berdoa kepada Allah. Memohon belas ihsan dan pertolongan kepada tuhan Rabbul Alamin. 17 Ramadhan adalah saksi betapa Rasulullah dengan penuh kekhusyukan dan tadarru’ menadah tangan ke langit memohon restu agar di menangkan peperangan Badar yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Seperti seorang kekasih, selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, “Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus.” Ya Allah, jangan jadikan diri ini sebagai "HAMBA RAMADHAN" semata-mata, tapi istiqomahkan diriku menjadi "HAMBAMU" senantiasa....Kesempatan ini, penulis mengucapkan selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAK...Moga kesempatan yang Allah berikan ini tidak di sia-siakan.
1. Jenayah rogol , rogol dan bunuh serta rogol kanak - kanak mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .
Jom ramai2 kita pakat pi tertutama kepada mahasiswa/i. Semua dijemput hadir terutama dari medan Sarjana Muda Pendidikan Islam.
Umar al-Khattab pernah berkata:
Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.
Berakhir sudah kejoahanan bola sepak terunggul di dunia aitu "PIALA DUNIA 2010" di Afrika Selatan. SPAIN akhirnya berjaya merangkul kejuaraan kali ini dengan mengalahkan Belanda 1-0. Jaringan lewat Andres Iniesta dalam waktu tambahan membolehkan Sepanyol, sebagaimana telah diramalkan oleh sotong gurita “Paul” kelmarin, menjulang Piala Dunia 2010 pada kali ini.
Namun dalam membicarakan tentang Piala Dunia sesi kali ini, bukanlah tentang kehebatan para pemainnya yang menjadi bualan hangat tetapi topik utama peminat bola sepak dunia kali ini adalah tentang ketepatan ramalan "PAUL" si Sotong Kurita!!
Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:
Alhamdulillah, penulis diberi kesempatan olehNya bertemu tokoh terkemuka pendidikan "PROF.DR. SIDEK BABA" di UIA tadi. Beliau sempat berpesan pada diri ini " Perjuangan tanpa ilmu dan jiwa yang terdidik tidak akan membawa kita ke mana-mana. Teruskan istiqomah dalaam perjuangan dan seorang 'PENDIDIK" akan memberi kesan pada generasi ummah akan datang. Kalau baik pendidik itu maka baiklah ummah dan jika buruk pendidik itu maka kesannya juga buruk pada ummah." Moga pesanan Dr Sidek itu menjadi motivate untuk diri ini dalam meneruskan misi bergelar sebagai "pendidik" bagi merealisasikan PENDIDIKAN RABBANI untuk anak bangsa nanti....
Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.
Sejumlah 208 rakyat Malaysia yang disyaki penjenanyah di tembak mati oleh anggota polis antara tahun 2005 dan 2009 dan statistik menunjukkan trend polis menembak orang awam sesuka hati meningkat dari tahun ke tahun.
Beberapa bulan kebelakangan ini banyak isu-isu penting bersifat nasional yang telah melanda negara kita. Antaranya isu penarikan balik subsidi, judi bola sepak, pemberhentian biasiswa ke luar negara dan macam-macam lagi. Isu semasa antara yang sempat penulis ikuti ialah isu "PERMANSUHAN UPSR DAN PMR".Isu pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR yang kian hangat diperkatakan, pastinya telah mengundang pelbagai reaksi baik daripada yang pakar dalam bidang pendidikan dan juga masyarakat. Tapi ia masih lagi diperingkat cadangan dan pihak kementerian memang sedang mengharapkan input daripada kita semua sebelum cadangan ini dilaksanakan.
Penulis mengajak anda semua untuk cuba meletakkan diri kita di tempat pelajar itu sendiri. Selama 11 tahun tanpa peperiksaan besar, rasa-rasanya, apakah yang akan dilakukan oleh para pelajar? Bayangkan jika peperiksaan yang bakal diambil pada tahun kesebelas itu merangkumi kesemua mata pelajaran selama 11 tahun itu, mungkinkah pelajar dapat mengingati kesemuanya? Fikir-fikirkan....
Mengimbas kembali... Ingat lagi kah pada PPSMI? Ada desas desus mengatakan pada tahun 2012, PPSMI akan dimansuhkan? Mengapa ya? Tidak baguskah? Bukan begitu pada saya. PPSMI itu sudah sedia bagus tetapi yang tidak bagusnya ialah tiada perancangan teliti yang diambil oleh kerajaan. Bayangkan betapa kelam kabutnya guru dan pelajar disekolah untuk mengikuti dan mematuhi perubahan yang dilakukan. Dan kesian juga kepada guru-guru yang tidak ada asas bahasa Inggeris untuk mengajar anak muridnya berbahasa Inggeris. Cuba kita lihat dalam pendidikan Jepun, mereka lebih mengagung-agungkan bahasa mereka selain daripada bahasa lain, namun mereka masih boleh berjaya.
Cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan perlu diteliti dan dikaji dengan penuh berhati-hati agar masa depan generasi pewaris masa depan negara tidak diperjudikan sekali lagi sebagaimana gagalnya pelaksanaan PPSMI yang kini lebih dilihat membazirkan duit rakyat serta meminggirkan pelajar luar bandar. Ungkapan peribahasa Melayu 'seperti tikus membaiki labu' haruslah dijadikan panduan agar kerosakan sistem pendidikan yang berlaku pada hari ini tidak semakin bercelaru hanya kerana tindakan yang terburu-buru tanpa kajian yang teliti dan diperhalusi secara mendalam.
Kita tidak mahu lagi melihat sistem pendidikan yang bercelaru dan pelbagai projek dilaksanakan atas nama dan slogan 'pendidikan anak bangsa' dilaburkan dengan begitu mudah tanpa kajian teliti. Akhirnya, implikasi yang diterima kesan daripada transformasi sistem pendidikan dilihat hanya lebih kepada 'retorik' semata- mata dan 'indah khabar dari rupa'. Implikasinya, guru dan pelajar menjadi mangsa 'eksperimen' pendidikan yang bercelaru
Sesungguhnya, 'Guru' adalah 'agen' perubahan masyarakat. Gurulah insan yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan dalam meniupkan kesedaran untuk mencapai 'kemerdekaan' tanahair. Gurulah yang membentuk 'jiwa dan minda merdeka' dari segala belenggu pemikiran negatif di kalangan masyarakat suatu ketika dahulu. Oleh itu, kepada golongan pendidik dan pakar pendidikan di seluruh negara digesa agar 'berani' membuat anjakan paradigma demi melihat sistem pendidikan negara dan masa depan pelajar yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara tidak diperjudikan dengan sewenang-wenangnya.
Menyedari bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang yang digubal suatu ketika dahulu kini semakin tersasar jauh dari konsep JERI (Jasmani, Emosi, Rohani,Intelek). Ahli akademik dan tokoh pendidikan tanahair juga perlu berani menyuarakan pendapat melalui 'lisan dan mata pena' demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki halatuju yang jelas. Cukuplah isu pemansuhan matapelajaran Jawi suatu ketika dulu yang akhirnya menyebabkan ramai pelajar Melayu Islam 'buta Al- Quran' dan tidak 'celik Tulisan Jawi'.
Jika kerajaan masih mahu memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini, penulis berharap kerajaan dapat memberikan sebab-sebab yang solid dan tidak dapat dipersoalkan, barulah rakyat dapat menerimanya. Dan tidak lupa juga, berikan pembentangan tentang perubahan yang bakal dilakukan oleh kerajaan selepas memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini.
Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes