Thursday, July 8, 2010

Penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlu dilaksanakan dengan segera

Sejumlah 208 rakyat Malaysia yang disyaki penjenanyah di tembak mati oleh anggota polis antara tahun 2005 dan 2009 dan statistik menunjukkan trend polis menembak orang awam sesuka hati meningkat dari tahun ke tahun.

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada soalan lisan di parlimen, jumlah orang awam yang ditembak mati oleh anggota, meningkat daripada 9 orang pada tahun dan melonjak kepada 88 orang pada tahun lalu.

Statistiknya adalah seperti berikut:

2005 - 9

2006 - 16

2007 - 13

2008 - 82

2009 - 88

Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan trend tindakan polis menembak sesuka hati semasa menjalankan tugas. Insiden terbaru melibatkan empat "perompak" yang ditembak mati dalam kejadian di kediaman Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat. Keempat-empat mangsa tidak sedikitpun mendapat peluang menjalani proses undang-undang yang sewajarnya.

Mari kita mengimbau insiden yang melibatkan isu polis yang menembak sesuka hati semasa bertugas, antaranya ialah :-

1) Remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam ditembak mati oleh polis pada 26 April 2010

Ianya adalah sebuah tragedi yang sungguh malang dan sekali lagi mengheret PDRM menghadapi krisis kredebiliti mereka yang semakin dipersoalkan .

2) Kejadian di mana remaja 18 tahun, Mohd Afdam Arin dari Taman Johor Jaya ditembak mati pada 20 October 2009 atas dakwaan kes ragut.

3) Shahril Azlan Ahmad Kamil 25 tahun turut mengalami peristiwa ngeri apabila terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009 yang lalu .


4) Norizan Salleh 30 tahun juga pernah menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak 5 kali di bahagian dada dan tangannya dalam satu peristiwa 30 Okt 2009 yang hampir meragut nyawanya dan membuatkan beliau parah dan terlantar 2 minggu dihospital .

5) Begitu juga pengalaman ngeri yang dihadapi oleh Suwandi Abdul Ghani 37 tahun Muhammad Azman Aziz 21 tahun yang ditembak polis dengan peluru hidup dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 sept 2007 yang lalu .

Kita menyeru dan mendesak inkuiri terbuka diadakan ke atas kesemua kes terbabit bagi memastikan kebenaran terbongkar dan keadilan ditegakkan seperti dalam kes Aminulrasyid.

Sudah tiba masanya cadangan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Polis pada 2005 berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilaksanakan dengan segera.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes