Sunday, July 11, 2010

SPAIN Juara WC 2010 Tapi Jangan Jadi Kosong "IMAN" Dek Kerana SOTONG!!

Berakhir sudah kejoahanan bola sepak terunggul di dunia aitu "PIALA DUNIA 2010" di Afrika Selatan. SPAIN akhirnya berjaya merangkul kejuaraan kali ini dengan mengalahkan Belanda 1-0. Jaringan lewat Andres Iniesta dalam waktu tambahan membolehkan Sepanyol, sebagaimana telah diramalkan oleh sotong gurita “Paul” kelmarin, menjulang Piala Dunia 2010 pada kali ini.
Namun dalam membicarakan tentang Piala Dunia sesi kali ini, bukanlah tentang kehebatan para pemainnya yang menjadi bualan hangat tetapi topik utama peminat bola sepak dunia kali ini adalah tentang ketepatan ramalan "PAUL" si Sotong Kurita!!

'PAUL' telah berjaya meramal dengan tepat 8 perlawanan utama termasuklah perlawanan akhir semalam yang telah dimenangi SPAIN. 'PAUL' yang dilahirkan di England dan menetap di Jerman telah mula mendapat perhatian apabila ramalannya dalam perlawanan peringkat kumpulan yang melibatkan pasukan Jerman 100% adalah tepat. Malah dalam peringkat kalah mati, 'PAUL' meneruskan ketepatan ramalannya apabila memilih Jerman menang mengatasi England dan Argentina...

Perkara khurafat ni, Allah akan menampakkan perkara itu benar seperti yang dipercayai oleh kebanyakkan orang, supaya mereka terus berada dalam kesesatan kecuali orangorang yang berfikir...Bersorak rianglah iblis dan syaitan dek kelemahan iman yang runtuh satu persatu kerana 'SOTONG'. Menontonlah kemeriahan bola sepak dan jgn terpedaya dgn 'PAUL' si sotong kurita ini krn ia jg hanyalah makhluk Allah yg menumpang hidup dgn izin Allah....

UMAT ISLAM JANGAN JADI "KOSONG" IMAN DEK KERANA SOTONG"!!! Usahlah kita terpengaruh dan hanyut dengan budaya mereka yang belum beriman serta belum terjumpa kompas atau panduan dalam menjalani liku-liku hidup. Biar kita jadi ikan di laut atau sotong yang tidak terpengaruh atau berubah kandungan garam badannya meskipun diam di dalam air laut yang sangat masin dek kerana kandungan sodiam klorida yang sangat tinggi.
Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:

Maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)." Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

Ertinya: "Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."
Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;

مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد

Maksudnya: "Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes