Sunday, July 11, 2010

Kesempatan Bersama Prof. Dr. Sidek Baba

Alhamdulillah, penulis diberi kesempatan olehNya bertemu tokoh terkemuka pendidikan "PROF.DR. SIDEK BABA" di UIA tadi. Beliau sempat berpesan pada diri ini " Perjuangan tanpa ilmu dan jiwa yang terdidik tidak akan membawa kita ke mana-mana. Teruskan istiqomah dalaam perjuangan dan seorang 'PENDIDIK" akan memberi kesan pada generasi ummah akan datang. Kalau baik pendidik itu maka baiklah ummah dan jika buruk pendidik itu maka kesannya juga buruk pada ummah." Moga pesanan Dr Sidek itu menjadi motivate untuk diri ini dalam meneruskan misi bergelar sebagai "pendidik" bagi merealisasikan PENDIDIKAN RABBANI untuk anak bangsa nanti....

Moga kata-kata dan amanat Dr Sidek Baba itu menjadikan penulis untuk terus istiqomah dalam misi pengajian sem kali ini dan seterusnya. Dimana kita hanyalah sebagai mata-mata rantai perjuangan dalam keadaan kita belajar niatkanlah bahawa "suatu hari nnti apa yang aku belajar ini AKU DAPAT MEMBANTU AGAMA ALLAH". Allah, kuatkanlah hati ini untuk terus bersemangat dalam meneruskan sisa perjuangan di UM yang masih berbaki setahun. Ameen...

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes