Monday, May 10, 2010

Kerajaan 1 Malaysia : Haram Pada Politik Masjid, Halalkan Arak Judi


Alhamdulillah, penulis telah selamat sampai di kampung halaman tercinta walaupun hati agak bercampur rasa sedih kerna meninggalkan bumi campus UM seketika, yang telah banyak mengajar diri penulis tentang erti perjuangan. Sempat membaca komen akhi Wan Afifi dalam facebook tadi "
hilang sorang lagi tenaga DAIE di kampus...semoga keberadaan di luar, dirasai..." Tetiba komennya membuatkan penulis terfikir sejenak, betapa besarnya tanggungjawab kita dalam menjadi seorang daie. Moga redha Allah menjadi milik para penolong agama Allah dan moga dengan ruang dan kesempatan yang Allah berikan untuk berada di tanah arab Kaherah Mesir nanti dapat dimanfaatkan seboleh mungkin demi agama Islam.Ameen...

Masih panas dengan isu kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010. Ini adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus sebagai seorang yang beragama Islam.

Apakah dengan memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata-mata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

Di sini, penulis cuba bawakan perbandingan antara dua negara iaitu antara negara Malaysia dan Norway dalam bab berkaitan arak dan judi bagi membuatkan kita boleh berfikir dan menilainya dengan lebih bijak. Insyallah...

IKLAN ARAK SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DI NORWAY!!


Norway adalah salah satu negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran UMNO/APCO???

Penulis sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Selain itu, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

Jelas kepada kita, UMNO hanya "menanam tebu di bibir". Mereka heboh dalam bab "kalimah Allah" tapi benda yang jelas haram seperti arak dan judi, UMNO boleh biarkan serta galakkan macam itu sahaja. Walaupun Norway tidak mengharamkan arak sama sekali, namun segala bentuk iklan arak diharamkan di Norway. Sebagai contoh pada 2008, sebuah pasukan bolasepak dari England bernama Everton FC telah menentang sebuah pasukan bolasepak Norway bernama SK Brann. Everton FC mengiklankan jenama beer “Chang” di atas jersey bolasepak mereka.

Namun, sewaktu mereka bermain di Norway, mereka terpaksa bermain dengan jersey kosong kerana undang2 Norway mengharamkan iklan arak dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Padahal, di waktu biasa, pemain yang sama seperti diatas akan memakai jersey seperti ini:
IKLAN ARAK DI MALAYSIA TIDAK HARAM

Berbeza di Malaysia, arak masih boleh diiklan di akhbar-akhbar bukan Melayu, di panggung-panggung wayang dan di beberapa media yang lain. Malahan, pada satu masa dahulu, Carlsberg telah menjadi penyumbang kepada Sukan Komenwell dan ianya dilakukan secara terbuka.Yang menghairankan adalah Norway adalah negara bukan Islam, tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Rasmi” di dalam perlembagaan Norway, tiada slogan seperti Islam Hadhari dan hampir tiada orang Islam di negara Norway.

Tapi kita lihat, undang-undang arak lebih ketat di Norway berbanding Malaysia. Norway berpendapat kalau diizinkan iklan arak hanya akan menggalakkan lagi rakyatnya minum arak. Kesan dan impaknya nanti, masalah ketagihan arak di Norway akan bertambah buruk dan tidak dapat dikawal. Norway adalah negara yang lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia namun, mereka lebih ketat mengawal arak berbanding Malaysia. Inilah acuan dan kesan pemerintahan kerajaan UMNO/APCO!!

MELAYU/ISLAM DUDUK DI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK

Pada masa yang sama juga, UMNO mengizinkan orang Melayu Islam dilantik menduduki Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor. Melayu Islam diizinkan Kementrian Kewangan (bawah UMNO) untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan Guiness Anchor. Itu tandanya UMNO menyokong industri judi dan arak di Malaysia.

Kesimpulannya, UMNO bersikap munafik dalam isu arak. Di hadapan rakyat umum, mereka bersandiwara kononnya berjuang Islam. Tapi, hakikat sebenarnya mereka adalah penaja dan pengempen arak nombor satu.

Syukurnya penulis tidak menjadi salah seorang penyokong UMNO. Sekurang-kurangya insyallah akidah dan agama penulis terselamat dengan tidak menyokong UMNO. Sokongan galakan UMNO pada industri arak dan judi ini akan menyebabkan akidah dan agama Islam boleh diperkotak katik dengan begitu sahaja.


SARANAN BUAT AWANG ADEK, MENTERI, UMNO/APCO, PARA MUFTI DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA


Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah fahamilah tegahan dalam firman Allah ini :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa
manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Buat para mufti, kalian tidak boleh berdiam diri sama sekali dalam soal arak dan judi di negara ini, kerana sudah jelas dan nyata Allah telah berfirman dalam al-Quran bahawa minum arak dan berjudi adalah haram dan dosa besar. Kalau sebelum ini, terdapat seorang mufti boleh pula mengulas dari sudut hukum terhadap calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim, yang pernah meminum arak sebelum ini sebagai haram, mengapa untuk mengulas tentang isu ini tidak boleh?! Kita meminta mufti supaya dapat mengulas dari sudut yang sama berhubung perkara itu.

Penulis dan rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan untuk lesin judi Piala Dunia 2010.
Kami BANTAH!!






0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Pena Murobbi..... Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template by BloggerThemes