
Noh Omar Hina Tok Guru

Ini antara kata-kata hinaan Noh Omar kepada Tok Guru Nik Aziz...
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.
“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang. “Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan. “Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini. Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.
“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor. “Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor. Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain. “Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak? “Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,”.
Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat. Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah. “Orang Islam di Selangor faham agama.
Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya. “Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri. “Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor. “Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya.
Komentar bagi isu ini dan jawapan terhadap Noh Omar
Waktu itu, hati penulis hanya mampu berbisik, minta Allah tunjukkan jalan kepada mereka dan segeralah bertaubat mohon keampunan dariNya. Apabila disebut masjid, sudah pasti ia disebut sebagai rumah Allah. Allah SWT menurunkan Islam agama yang syumul, merangkumi semua perkara, termasuk ekonomi, budaya, politik dan sebagainya.
Kita tidak tahu samada Noh Omar tidak mengerti firman Allah dalam suara Al-Maidah ayat 3 ataupun beliau tidak pernah mengetahui akan firman Allah tersebut. Mengatakan bahawa tidak layak bercakap politik dalam rumah Allah, sama seperti mengatakan bahawa Agama Allah ini tidak cukup sempurna. Justeru, mana hendak diletakkan maksud Firman Allah SWT;
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا "Hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku cukupkan atas kamu nikmat-nikmat-Ku, dan aku Redha bagi bagi kamu islam sebagai agama" (Surah Al-Maidah : 3)

Inilah yang disebut sebagai "agama suku, politik suku". Pemikiran halus ini wajib dihapuskan. Jika ada manusia atau ulama' yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh berbicara politik, maka pasti ulama itu adalah ulama berfikiran penjajah. Ia sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak ada bezanya dengan paderi di gereja-gereja.
Noh Omar kena sedar dan buka hati, Islam ini bukan dilihat datang dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau tidak tapi kebenaran islam dirujuk kepada sumber yang asli iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang dibuat oleh nabi, maka itu adalah kebenaran dan manusia kena akui kebenaran tersebut.
Jika ada ulama yang mengeluarkan fatwa tidak sealiran dengan nabi, pasti ulama itu adalah ulama songsang. Persoalannya, apakah nabi SAW menggunakan masjid untuk politik?Ya, politik nabi SAW adalah politik Islam, politik nabi bukan politik perkauman seperti UMNO. Politik Nabi SAW bukan politik penindasan. Politik nabi bukan politik jual negara. Politik nabi SAW adalah politik menuju kepada kejayaan umat di dunia dan di akhirat. politik nabi SAW adalah politik keadilan sejagat.Politik nabi juga tidak bertunjangkan rasuah!
Justeru itulah, nabi SAW bercakap politik dalam masjid. UMNO tidak relevan bercakap politik dalam masjid, kerana politik mereka perkauman, penindasan, jual negara dan politik UMNO politik yang menghalalkan rasuah.
Mengimbas kembali juga masa pilihanraya di Hulu Selangor baru-baru ini, di mana Datuk Zahid Hamidi turut mengfitnah Datuk Hassan Ali kerna membaca khutbah berbaur politik. Sampai bila UMNO terus nak mempergunakan isu masjid sebagai tempat tidak boleh berpolitik sedangkan mereka perlu buka hati dan minda mereka supaya bercakap kepada perkara kebenaran. Seharusnya rakyat lebih bijak untuk menilai kata-kata pimpinan UMNO yang hanya mengeluarkan kenyataan di dasari nafsu kepentingan politik UMNO semata-mata sehinggakan Al-Quran dan As-Sunnah diletakkan di belakang.
Moga Allah senantiasa melindungi kita daripda segala fitnah dan janji Allah itu pasti, dan Islam pasti akan tertegak suatu masa nanti...
0 comments:
Post a Comment